Selasa, 11 Februari 2014

INFO! @MukhrizMahathir Buat Musuh Gelisah! #HanyaDiKedah




MALAM kelmarin bertempat di Stadium Darulaman Alor Setar berlangsung Malam Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat dengan kehadiran kira-kira 40,000 umat Islam dari seluruh pelosok negeri ini untuk menzahirkan kecintaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Majlis dihiasi dengan alunan qasidah dan selawat diketuai tokoh qasidah terkenal Indonesia, Habib Syech As Seggaf usai perarakan peserta pada lewat petang yang diketuai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tazkirah ulama yang hadir pada majlis ilmu tersebut sangat berharga kepada mereka yang hadir dan begitu juga lantunan qasidah dan selawat yang bergema menjadi pengisian yang sangat bermakna.

Pun begitu di sebalik niat kerajaan negeri Kedah memperbanyakkan usaha dakwah dan tarbiah kepada masyarakat Islam di negeri ini seperti program tersebut masih ada suara-suara sumbang dalam kalangan pemimpin pembangkang menuduhnya sekadar percaturan politik demi meraih sokongan rakyat.

Tanpa segan-silu, ada yang sanggup menggelar Mukhriz dengan pelbagai nama dan apa yang menyedihkan adalah kenyataan seumpama itu keluar dari mulut pemimpin yang mengakui Islam sebagai teras perjuangan parti mereka.

Barangkali parti pembangkang hari ini semakin tercabar kerana pelbagai langkah yang sebahagiannya menjadi dasar kerajaan negeri dalam mempertahankan Islam dan umatnya semakin mendapat tempat di hati rakyat termasuk daripada parti lawan.

Apatah lagi, pentadbiran Mukhriz dilihat konsisten dalam memastikan kesejahteraan Islam di negeri ini sekali gus dilihat menggerunkan terutama sekali apabila beliau mampu melaksanakan dasar yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pemerintahan sebelum ini.

Sebagai contoh, pewartaan fatwa anti Syiah yang kelak penggubalan enakmen di bawahnya dan ketegasan kerajaan negeri terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama-agama lain dalam kitab mereka, memperlihatkan kesungguhan Mukhriz dalam menjaga kesejahteraan Islam di negeri ini.

Mukhriz juga berani mengambil langkah mengasingkan pendapatan negeri daripada sumber yang patuh syariah dan tidak patuh syariah bagi perbelanjaan yang melibatkan umat Islam iaitu sesuatu yang julung-julung kali diadakan.

Siapa yang dapat menjangka seorang pemimpin yang dilihat sering tampil dengan imej korporat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini mempunyai sisi lain sebagai seorang pemimpin yang tegar dalam menegakkan syiar Islam.

Nah, ini sebenarnya realiti kepimpinan Mukhriz yang digeruni pemimpin pembangkang negeri ini sekali gus cuba diserongkan dengan pelbagai tohmahan walaupun ketika beliau cuba mengusahakan pelbagai langkah ke arah meningkatkan kerohanian umat Islam negeri ini.

Berbalik kepada program malam tadi, selain bagi memupuk penghayatan dan kasih sayang terhadap Rasulullah SAW, majlis seumpama ini seharusnya dilihat sebagai medan penyatuan seluruh umat Islam dan tidak sewajarnya 'diserongkan' hanya kerana penganjurannya diterajui oleh kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh UMNO-BN.

Kebanyakan penduduk negeri ini sebenarnya cukup bersyukur dan gembira dengan penganjuran acara seumpama itu yang memberi peluang kepada mereka beribadah dan menyatakan kecintaan kepada Rasulullah.

Semua memahami bahawa Islam memberi ganjaran yang lumayan kepada orang yang banyak berselawat ke atas Rasulullah seperti firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)

Mukhriz sendiri menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan program Kedah Berselawat sebagai acara tahunan dan niat murni beliau wajar disahut semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Mudah-mudahan, pada ketika pemimpin pembangkang di negeri ini 'bekerja keras' meletakkan pantang-larang pada pentadbiran Mukhriz, beliau tidak melatah dengan membalas perbuatan serong tersebut sebaliknya meneruskan sahaja usahanya kerana akhirnya, rakyat yang akan menilai keikhlasan beliau itu.- Utusan

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Alhamdulillah imej Mukhriz dah bagus..
tp imej Isterinya agak masih 'merbahaya' bg dirinya sbg MB Kedah.
Og yg nk jd MB Kedah ni kena faham 'adat' org Kedah.. menutup aurat itu plg dijadikan ukuran utama.
kalau maish berjambul tu.. mudah lah fitnah tempias.. mcm Najib- Rosmah punya gaya habis BN jd mangsa jugak..

Sedangkan Sultanah Kedah @ Permaisuri Agong pun dh berimej Islam, jd susah jugak.. sbb benda aurat ni terutama tudung jelas wajib. xde pilihan.. xboleh ckp tunggu nk ikhlas baru nk bertudung..
xde istilah tunggu ikhlas dlu bru nk solat.. ikhlas atau tak Solat tu wajib.. ikhlas atau tak tudung itu wajib..

ditakuti cara pikir org Kedah akan menyebabkan imej Mukriz terpalit dgn imej isterinya..
di majlis lain isterinya mempamirkan rambut sepenuhnya.. baju yg agak sendat..

tegur rakyat yg ikhlas mhu pemimpin yg terbaik.. dan tidak sanggup nnt jd bahan kutukan.

Semoga Allah berikan hidayah pd Isteri Dato Seri Mukhriz utk turut serta spt Sultanah Kedah, bertudung menutup aurat.. impaknya amat hebat dan pasti rog Kedah akan jd kan role model Insya Allah.

Sekadar teguran ikhlas..

Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

kelemahan atau kekuatan seorang pemimpin berada pada orang paling rapat dengan nya...isteri anak ibu bapa...
kelemahan ini akan digunakan sepenuhnya oleh musuh2 nya...
kita tunggu dan lihat...

Tanpa Nama berkata...

kami jgk gelisah staf2 kuin sbb mukhriz bangang ni bt tak tau kat kami....janji tak serupa bikin...ingatkan dia baguih rupanya baru nampak bashah lebih baguih utk jd mb kedah...
serah bulat2 kat tajul urus yg tak reti nak urus dan terang2 dia memihak kepada puak2 pas kuin....
kami bukan nak mintak langit tp cuma pertimbangkan balik keputusan pindah semula ke kola ketil tue...
jgn tanya pihak atasan kuin sbb majoriti depa ni org pas dan pkr! comfirm depa nak teruskan projek kola ketil sbb tu projek pas! mana janji bn dulu?

Tanpa Nama berkata...

Tajul ngok tu talibarut PAS..
awal2 jd exco lg dia dh hint tak nak tutup KUIn Kuala Ketil wpun Mukhriz dh setuju.

Dgr kata puak2 haram PAS ni dgn Tajul guna nama Tuanku Sultan utk pastikan agenda pelingkup KUIN di Kuala Ketil ni ikut telunjuk depa.

Kena tau jgk berapa byk ostad2 PAS haram jadah dh invest beli hartanah di kawsn Kuala Ketil.. nk baut umh sewa, itu ini.. so ini semua kacau daun.

Tanpa Nama berkata...

aku yakin Mukhriz masih mahu KUIN di kembalikan di Alor Setar.. tp harap2 Tajul Munafik ni kena disingkirkan dulu. Selagi dia jd EXCO jgn haraplah KUIN akan patah balik ke Alor Setar.

check lah latar belakang keluarga Tajul ni sapaa...

jgn biarkan sehingga kemasukan student 2014/2015 bermula.. jika berlaku kira dh terlambat!

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya staf2 kuin yg TETAP ni tarak teloq nak lawan....takkan nak harap staf yg tak tentu jawatan kot yg nak lawan??? hgpa dah tetap bangun lawan laaa jgn dok kata kat belakang saja....dulu masa ustaz azki berenti, ada staf dok bunyi tak pa akan ada lg mcm ustaz azki kat kuin ni tp sapa? habaq mai sapa???? sapa woi!!! sapaaaaa??????