Khamis, 27 Mac 2014

HOT!! Disebabkan Tragedi #MH370 Shila Amzah Kena Serang di China? #PrayForMH370


Umum mengetahui kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.

Kebencian ini bertambah teruk apabila Red Bean Army pula menggunakan laman media sosial untuk menyebarkan berita fitnah mengenai Tragedi #MH370 dan menghasut rakyat diseluruh dunia terutamanya warga China untuk membenci Malaysia berikutan insiden itu..

Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

Tentunya, penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.

Buktinya, laman sosial nombor satu china Weibo.com dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama Shila dengan tragedi pesawat MH370.

Berikut ialah antara komen-komen positif dari segelintir peminat china yang masih menyokong Shila pada ketika kebanyakkan peminat lain bersikap negatif.

"This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality."

"As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ '\​​' patriotic dog \ '\​​', online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people's reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?"

"Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you." - crazykid

Semoga Shila tabah menghadapi dugaan ini..

Sumber Empayar Pemuda

Tiada ulasan: