Isnin, 3 Mac 2014

HOT! Kemalangan Pertama di Jambatan kedua Pulau Pinang!


Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.

“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.


Jambatan Kedua Pulau Pinang, dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 1 Mac lalu, dengan disaksikan lebih 10,000 orang.

Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata Najib.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan, bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di zon perindustrian tanah besar di Batu Kawan.

Jambatan itu turut mencatat sejarah sebagai jambatan terpanjang di Asia. Projek mega itu yang menelan kos RM4.5 bilion dikendalikan oleh kontraktor China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sebagai pemegang konsesi untuk 45 tahun.

Selain dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar, jambatan tersebut mempunyai kelebihan kerana menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala Richter pada jarak 300 kilometer daripada punca gempa bumi.

HDRB adalah produk daripada getah asli yang direka bentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom, iaitu makmal milik Lembaga Getah Negara dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara - AntaraPos


McTheory:
Dok berhenti ambik gambar kot.. tu yang eksiden!

Tiada ulasan: