Sabtu, 15 Mac 2014

HOT!! Kerja Melampau Corak Muka Chew Mei Fun! #PRKKajang


Tifo selalu sinonim dengan penyokong setia meluahkan rasa cinta
dan jiwa pada pasukan ataupun individu. Selalunya tifo besar
dihasilkan wajah,pasukan dan yang tak dijangka boleh dihasilkan.

Bagaimana tifo dihasilkan? Ia terhasil dengan melukis dan cat
secara berkumpulan, ini secara langsung jiwa dan cinta
diluahkan. Dan menjadi kepuasan apabila terhasil dan
dipertontonkan oleh orang ramai.

Maka dengan ini tifo wajah Datin Paduka Chew Mei Fun terhasil.
Atas rasa teruja,jiwa dan cinta, sekumpulan remaja telah
mengambil masa 2 hari untuk mengahasilkan tifo wajah beliau.

Segala kudrat penat lelah dilupakan janji tifo itu berjaya dan satu
kepuasan untuk Calon N.25 PRK KAJANG.

Penulis amat mengagumi sokongan yang diberikan oleh
sekumpulan remaja daripada Kajang yang membuat tifo ini. Ini
bukti bahawa harapan mereka teramat besar kepada calon Barisan
Nasional untuk membawa perubahan kepada rakyat Kajang.

Tifo ini juga sebenarnya memberi tamparan hebat kepada calon air
mata PKR, Kak Wan yang dilihat tidak menjadi pilihan baik
pengundi cina mahupun pengundi melayu. Kali ini mereka akan beri
amaran kepada PKR.

Siapa yang akan percaya kepada PKR yang letak jawatan secara
tiba-tiba kemudian nak bagi PKR semula? Ingat pilihanraya ini
hanya satu mainan? Boleh suka-suka letak jawatan? Ini bezanya
antara mereka yang bertanding untuk rakyat ataupun untuk diri
sendiri.

Apapun tahniah kepada kumpulan remaja tersebut. Anda beri
gambaran yang bagus kepada rakyat Kajang yang lain. Harapan
akan menjadi kenyataan jika sentiasa berusaha dan berdoa. Kak
Wan dah boleh tarik diri sebenarnya.

sumber selangorchronicle.blogspot.com/2014/03/ada-remaja-sokong-mei-fun-gantung-tifo.html?m=1

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam sahabat...

mohon link kan blog selangor chronicle ke blog sahabat

selangorchronicle.blogspot.com