Isnin, 31 Mac 2014

HOT! PM @NajibRazak WAJIB Lantik Pak Kadir Jasin Jadi Pengerusi Media Prima!!

Apa lagi Kadir nak?

Mc rasa PM Najib perlu lantik Pak Kadir Jasin jadi  Pengerusi Media Prima, selagi tak lantik, beliau akan terus membuat bising, menyerang kerajaan dan PM Najib tanpa henti. Malah ianya bersambung-sambung dan bersiri-siri.

Kita tahu, sebenarnya dah lama Pak Kadir ni nak kan jawatan pengerusi tu, tetapi ianya dipandang sepi oleh PM Najib, mungkin ada sebab PM Najib tak beri jawatan tersebut pada Pak Kadir. Samaada beliau tidak layak atau beliau ni mungkin akan lawan tuan.

Disebabkan PM Najib tak tunaikan hajatnya yang mahu mengawal Media Prima, sejak daripada itu Pak Kadir terus-menerus menyerang pentadbiran Najib dengan pelbagai cara. Malah beliau pernah menafikan, serangan beliau terhadap Najib bukan kerana jawatan.

Kalau tak inginkan jawatan, kenapa perlu mengamuk kan?

Digunakan pula media sosial untuk menyerang, katanya konon Najib lemah, tak kuat. Kemudian, direkacerita pulak Najib gagal dalam mentadbir, baru-baru ni sekali lagi Pak Kadir bersuara kononnya Najib gagal dalam menghadapi krisis dan populariti Najib juga jatuh.

Kita sebagai manusia yang waras, pun tertanya-tanya, apa masalah Pak Kadir ni dengan PM Najib?

Serangan bertali-arus membuktikan bahawa Pak Kadir ni sememangnya mahukan sesuatu, takpun beliau ada merancang sesuatu yang kita taktahu. Kepinggin sangatkah jawatan pengerusi tu hingga Pak Kadir sanggup menjatuhkan air mukanya dengan menyerang seorang pemerintah negara?

Takkanlah orang lama macam Pak Kadir buat kerja tanpa apa-apa faedah kan??

Kalau Pak Kadir kata ia perjuangan untuk negara, apa untungnya rakyat jika pemimpin dijatuhkan secara tidak demokrasi? Kalau UMNO mahu menukar pemimpin, pemilihan yang lepas dah lama Najib di tukar. Tapi UMNO masih mahu Najib Razak menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN sekaligus Perdana Menteri Malaysia.

Malah tidak ada seorang pun yang berani melawan PM Najib ketika pemilihan yang lepas.

Takkan nak suruh ahli UMNO buat rusuhan dan tukar Presiden cara rampasan kuasa kot? Orang lama dan bijak seperti Pak Kadir tahu, tekanan yang beliau buat, bukan untuk turunkan Najib sebagai PM, tapi beliau sengaja berbuat demikian untuk perhatian dan mungkin atas kepentingan peribadi.

Kalau kepentingan peribadi, sudah tentu Pak Kadir mahukan jawatan pengerusi Media Prima atau beliau ada permintaan lain yang kita sendiri pun tak tahu.

Pada PM Najib Mc merayu, daripada biarkan si Pak Kadir ni terus 'bising' baik lakukan sesuatu dengan 'menunaikan' hajat peribadi beliau tu.



McTheory:
Hilang hormat, sebab perangai macam budak-budak..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong ..!Sokong !! kalau dah tak ada sangat jawatan yg sesuai untuk Pak kadiaQ ... Tok Najib tolonglah lantik ke apa apa sahaja jawatan yg BESAR ...misalnya Jadi Pengerusi "Zoo Melaka" .. mungkin dengan itu jiwanya akan lebih aman...

Quantum Metal Consultant berkata...

Kadiaq org besar dlm bidang wartawan bersuara bagi pihak orang kecil rakyat bawah supaya najib 'ada mata' untuk pandang dan dengar.

Jika suara yg mewakili sebahagian pengundi diabaikan, majoriti melayu dan anak muda akan berpindah ke tangan pembangkang seperti di kajang.

Yg kata kadiaq pelahap mungkin sama pelahapnya.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya had umur pencen perlu dinaikan 99 tahun...banyak lagi spesis yg tak reti reti bersyukur..

Tanpa Nama berkata...

Kata orang sana sini pelahap. Cuba pandang diri sendiri...mungkin lebih hebat dpd depa tu tak???