Isnin, 10 Mac 2014

HOT! Teori Atau Pandangan, Kehilangan Pesawat #MH370 Yang Patut Kita Baca! #PrayForMH370 #DoakanMH370


Teori atau pandangan ni Mc ambil dari facebook linknya boleh klik kat SINI. Anggap bacaan ini sebagai satu sudut baru yang patut kita tahu dan tak perlu berpegang atau sungguh-sungguh percaya. Hanya untuk pengetahuan.


1. MUQADDIMAH

Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan matahati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya.

Anda sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag. Saya sudah acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan perairannya. Hari ini kita melihat mereka maju setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke persada kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama pihak-pihak yang berkepentingan.

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR Tirmidzi)

Kemudian baginda membaca ayat: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda)." (QS Al-Hijr: 75)


والله أعلمُ بالـصـواب

i. KEPADA SIAPAKAH SAYA TUJUKAN ARTIKEL INI

Seorang sahabat di alam maya yang baru saja saya kenali datang bertanya di inbox:

BWW: Salam .. bro .. ada klu tentang kehilangan MH370 ?
08/03/2014 17:16

Saya berharap ini kali terakhir saya melahirkan pandangan saya mengenai MH370. Sebagai menghormati permintaan beliau maka saya sampaikan sedikit pandangan saya. Saya tidak mahu terlibat dengan percaturan yang tiada kesudahan ini. Kalau ada yang beroleh manfaat dari artikel ini selain dari saudara BWW, maka fikir dan kembangkanlah.

Saya tidak ada keperluan mendekati sesuatu isu secara apa yang kononnya diistilahkan sebagai "pendekatan ilmiah". Saya tidak perlu pada justifikasi dan pembuktian yang terperinci, maupun perdebatan yang tiada kesudahan. Kami membaca pergerakan mereka pada kadar yang 'manasabah' dan samasekali tidak akan terlibat dalam permainan putar alam mereka. Sidang pembaca boleh membuat interpolasi selanjutnya. Saya sekadar menyampaikan bahawa kalian sedang disasarkan, itu saja.

Perkara pertama yang menarik perhatian saya sebaik sahaja menerima khabar mengenai MH370 ialah kesungguhan luarbiasa CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini dari detik-detik permulaannya.

Bagi kami apa saja yang timbul dari CNN adalah berita buruk, "CNN is bad news.". Inilah klu pertama saya sebenarnya. Saya membaca ramai yang terpengaruh dengan liputan berita CNN pada detik-detik awal tercetusnya berita tentang insiden MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN dengan harapan bahawa Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.

Saya masih berdoa agar mereka itu yang di dalam pesawat MH370, mangsa-mangsa kelompok sang perosak mukabumi, agar segera muncul dengan selamatnya di hadapan kita semua supaya anda boleh mengabaikan peringatan dan pesanan ini.

ii. RICHARD QUEST & SILAPMATA KLASIK DAJJAL MELALUI CNN

Sistem dajjal meninggalkan templat acuan yang sering dikitar semula berulang-ulang kali sehingga anda tidak nampak, sedangkan ia sedang bermain-main di bawah batang hidung anda. Silapmatanya membawa anda ke alam fantasi yang diolah mereka dengan begitu realistik, sedangkan tanda-tanda mereka sedang beroperasi diabaikan. Sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda sedang dilaksanakan.

Menurut Quest beliau bertemu dengan Fariq ketika penggambaran program CNN Business Traveller dan rakaman video penerbangan tersebut adalah pada 19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama (MH370).
  • Fariq Ab Hamid, 27, had recently switched to the Boeing 777-200
  • He landed it in a flight captured on video last month by CNN
  • It was a textbook-perfect landing, the captain said of Hamid's work - (Sumber CNN)
Photo
(Gambar: Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest, 17 hari sebelum kejadian insiden! Jurnalis CNN atau Sepai?)

Anehnya CNN yang sudah dikenali sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung tidak dipertikaikan kehadiran mereka. Tidakkah aneh bahawa beliau sudah berada dalam pesawat tersebut terlebih dahulu membuat penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada 19 Februari? Kebetulan?

Richard Quest sendiri mempunyai latarbelakang yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau mempunyai rekod tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah 'meth'. Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau berkelulusan undang-undang!

Beliau membuat penggambaran CNN Business Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai pakar aviasi, menjelang insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai 'PAKAR AVIASI' dan memberi liputan/analisis secara terperinci  mengenai MH370. Apakah mereka datang ke sini untuk membuat penggambaran Business Traveller atau membuat persiapan untuk OPERASI FALSE FLAG MH370 sebenarnya? Bangunlah anak-anak Melayu, jangan lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama kamu sendiri. Hentikanlah permusuhan sesama kamu.

Pada tahun 2006 Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan saluran Inggeris Al Jazeera, di atas alasan ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay) dan berketurunan Yahudi Eropah (Jewish). [1]

Photo
(Gambar: Richard Quest)

1. ^ Owen Gibson; Afshin Rattansi (November 12, 2006). "Look east: After long delays and a rumoured editorial split with its Arabic parent, English-language news channel al-Jazeera will go on air this week. Owen Gibson and Afshin Rattansi report". The Guardian. Retrieved 6 August 2012. "But there were delays from the start. It was hard to recruit big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down an offer on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable."

CNN reporter in sex, rope and drug scandal
April 21, 2008 - 8:40AM

A well-known CNN reporter has been arrested in New York's Central Park with drugs in his pocket, a rope around his neck that was tied to his genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest - who is known for his boisterous and quirky style - was arrested at 3.40am on Friday, almost three hours after the park's 1am closing time.

He was initially arrested for loitering, the New York Post said. However, a search by police uncovered the oddly configured rope, a sex toy inside Quest's boot, and a small bag of methamphetamine in his left jacket pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)
Gay CNN presenter Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident
http://www.pinknews.co.uk/2009/06/22/gay-cnn-presenter-richard-quest-on-his-comeback-after-that-embarrassing-park-incident/

Kedua-dua Yahudi Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu Richard Quest dan Anderson Cooper kelihatan tersasul beberapa kali semasa melaporkan tentang MH370. Tidak hairanlah isu membaca riak wajah dan "bahasa badan" ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah Melayu 'pulang paku buah keras'. Pentagon sendiri telah menggerakkan aparatus mereka baru-baru ini untuk 'membaca' Presiden Vladimir Putin berikutan sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1 jam.

"The Pentagon has spent hundreds of thousands of dollars in recent years so that researchers can study the body movements of foreign leaders, including Russian President Vladimir Putin, in hopes of predicting future behavior."
http://rt.com/usa/pentagon-connors-putin-language-510/

Video 1: Richard Quest - I flew with missing first officer of MH370.
http://youtu.be/phRyN9RO-Ek

(00:32) And now ships, air and sea rescue from both Vietnam and Malaysia and Singapore is also involved, China would also  get involved. The US forces who are in that area could be involved too. Everybody will be in a coordinated ATTACK (gugup dan membetulkan semula ayat kepada: ATTEMPT) to try and find exactly where this aircraft is in the water.."

Apakah yang sedang bermain dalam kepala Richard Quest sehingga tersasul dan berkata "coordinated attack?". Apakah ini prosedur 'Search & Rescue' atau 'Search & Destroy'?

(00:54) Pembaca berita kepada Richard Quest: "Now Richard let's talk a little bit more about that co-pilot Fariq Hamid. You actually sat in a cockpit of a similar aircraft just a few days ago.."

(1:18) We were (flying).. filming, (gugup membetulkan semula ayat: HAD AUTHORISED) had authorised filming for CNN Business Traveller, and we were on the cockpit.."

Richard Quest dan Anderson Cooper nampaknya bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa insiden-insiden ini diterima oleh penonton sebagai insiden 'kebetulan' dan penggambaran CNN Business Traveller tersebut mendapat pengesahan rasmi dari pihak berkuasa. Dengan lain perkataan ia bukannya suatu operasi 'covert' rahsia perisikan Amerika Syarikat.

  • Video #2: Richard Quest: Malaysia Airlines MH370 jet was 'at safest point' in flight.
http://youtu.be/yR1iArXcaPc

Pada saat pembuka kata (00:03) video #2, Anderson Cooper sudah tersasul.

Anderson Cooper: "We're now bringing in Richard Quest who has 'ACTUALLY' (gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson mengubah ayat kepada "secara kebetulan..")  has been shooting a story on the "airline" (Penerbangan Malaysia) and has spent time with the airline's CEO..."

  • Video #3: Where is Malaysia Airlines Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact .
http://youtu.be/y-RuoMDqRqQ

Pada video #3 kita melihat pelbagai aspek pencerobohan keselamatan pesawat MH370 diperbincangkan & Rene Marsh koresponden CNN memberi isyarat dan justifikasi tentang keperluan untuk badan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety Board - NTSB).

Beliau membuat konotasi bahawa negara-negara di rantau ini tidak mempunyai kepakaran yang memadai untuk menangani krisis yang sebegini dan negara-negara yang lebih besar, maju dan berkemampuan (Amerika Syarikat) seharusnya mengetuai penyiasatan tersebut.

Menurut John Goglia, "pakar aviasi" dari NTSB, agensi induk AS yang menyiasat kemalangan kapal terbang, "Ketiadaan panggilan kecemasan mencadangkan bahawa kapal terbang sama ada mengalami penyahmampatan letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan letupan."

” Ia harus berlaku cepat kerana tidak ada komunikasi, ” kata Goglia. Beliau berkata identiti palsu kedua-dua penumpang kuat mencadangkan kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red Flag) yang besar,” menurutnya.

Saya 'bertanya' kepada John Goglia di sini, "Red Flag" atau "False Flag"? Tak perlulah bermain istilah dengan anak Melayu.

Photo

2. ANTARA MASALAH YANG DICIPTA DENGAN REAKSI YANG MENDATANG

Photo 

 Anda akan melihat bahawa sekiranya insiden ini berakhir sebagai nahas yang tragik, maka China akan mempunyai kasualti yang terbesar di mana lebih dari separuh mangsa dari insiden MH370 adalah warganegara China. Maka dari suatu sudut, siapakah sasaran sebenarnya dari segi kasualti nyawa?

Perkembangan semasa berkenaan konflik Barat-Rusia, akhir-akhir ini melihat China dengan lantang menempelak Amerika Syarikat. Apakah anda menyangka China tidak memahami isyarat Amerika Syarikat kepada mereka dari insiden MH370 ini?

Malaysia sudah terjebak di dalam insiden ini di mana di mata dunia, kelemahan pentadbiran dan keselamatan membabitkan penerbangan luar negara dilihat sebagai lemah. Maka apakah perasaan China terhadap Malaysia? Tragedi MH370 ini dibentuk supaya negara kita tersepit dicelah konflik yang mendatangkan kemarahan China dan rakyatnya terhadap Malaysia.

Pada peringkat awal ini sahaja, cuba anda perhatikan apakah sentimen rakyat mereka terhadap Malaysia mengenai pengendalian kes ini? Anda belum merasakan bahang kemarahan dan kekecewaan rakyat China? Kekeruhan hubungan dua hala sedang disemai secara sistematik. Bagi saya inilah cara instigasi yang sangat klasik, dengan menggunakan pihak ketiga (Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran sebenarnya iaitu China.

3. ISYARAT TERTINGGI KEPADA CHINA

Seorang kenalan maya di RT melawak dan katanya "tiada siapa yang lebih arif tentang sistem pengendalian Boeing dari Amerika Syarikat. Kalau ada sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan pesawat MH370 dari ruang udara dengan mudah adalah Amerika Syarikat."

Itulah hakikatnya. Rangkaian perhubungan data 'dalam penerbangan' Boeing 777 berhubung terus 24/7 kepada Pusat Komputer Boeing di Seattle, Washington.

Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:

1. Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
2. Sebuah serangan peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki dari USS Navy Guided Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi di Laut China Selatan ketika itu.
3. Senjata berteknologi tinggi yang tidak diketahui.

Radar USA 7th fleet di Laut China Selatan mampu menjejak pesawat tersebut, mengetahui ia meletup, dan jatuh ke perairan. Radar tersebut mampu menjejak secara tepat lokasi dan kordinat impak berlaku.

Satelit Reconnaisance Amerika Syarikat mampu melihat pesawat tersebut meletup di udara. Pusat kawalan recon AS juga mampu menjejak sekiranya sebuah peluru berpandu anti-pesawat dilancarkan sebelum ianya meletup di ruang udara. Dalam anggaran masa 7 jam segala keputusan boleh diproses dan disahkan.

"They will keep you running in circles where in fact they have you encircled." - Al Faedah
Namun tiada sebarang statemen yang relevan hingga kini diterima secara rasmi dari Whitehouse sedangkan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mereka akan terus meletakkan anda dalam pusingan-pusingan yang mengelirukan, namun pada masa yang sama mereka telah pun mengelilingi kamu.

Ini menimbulkan pra-sangka yang manasabah bahawa pihak-pihak perisikan tertinggi blok Barat terbabit sedang dalam prosedur melaksanakan agenda terorisma keatas negara membangun di Asia Tenggara seperti Malaysia.

Insiden MH370 adalah suatu signal & statemen tahap tertinggi kepada China. Anda akan melihat suatu siri reaksi dari China secara berperingkat samada secara langsung atau tidak.


والله أعلمُ بالـصـواب

4. ANTARA MASA & TIMING INSIDEN
Photo
(Gambar: Kapten Zaharie Shah)

Perhatikan dengan baik 'timing' insiden ini berlaku sebaik sahaja keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang diterima. Mereka sudah pun mempunyai masa yang memadai untuk menyusun insiden ini bertepatan dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah? Anda percaya pada "kebetulan"? Tragedi Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac 2013. Insiden Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac 2014, genap setahun sahaja selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua semata-mata "kebetulan".

Bagaimanakah sentimen blok pro kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda menjangka bahawa situasi pertentangan antara kedua blok yang bertelingkah ini akan bertambah meruncing? Apakah segala masalah ancaman perpecahan sesama kita bakal selesai dengan terpenjaranya sekali lagi Anwar Ibrahim? Janganlah terlalu naif. Kerana kenaifan sebeginilah umat Islam diperdaya berkurun-kurun lamanya.

Perhatikan kedudukan Penerbangan Malaysia selepas ini. Apakah anda menyangka, reputasi dan kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara yang sememangnya sudah pun terumbang ambing, tidak akan tergugat samasekali? Sebenarnya, entiti syarikat penerbangan negara kita juga sedang disasarkan.

Perhatikan elemen & komposisi penumpang-penumpang pesawat MH370. Tidakkah anda melihat kehadiran komposisi yang sesuai? Penumpang warga Ukraine, Rusia, Amerika Syarikat, dan China.. Sekiranya elemen terorisma Eropah diperkenalkan, maka bukankah komposisi ini menepati konflik semasa global di Ukraine? Bagaimana pula dengan elemen teroris dari China?

Apakah pecahan terperinci demografik setiap penumpang dalam pesawat MH370? Siapa-siapakah mereka? Apakah maklumat dan rahsia yang ada pada mereka? Apakah anda mampu merungkai "nilai" mereka dalam konteks perisikan?

Sama-samalah kita perhatikan elemen apakah yang akan mereka ketengahkan kelak.. Yang penting ialah alibi warganegara Amerika Syarikat sudah pun ditanam dalam insiden ini sebagai syarat bagi membuka ruang kepada campurtangan Amerika Syarikat.

Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan FBI mereka untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga China! Apakah anda melihat kekalutan China untuk menghantar pasukan perisikan mereka?

Memang masih terlalu awal pada ketika ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal diolah oleh mereka. Saya sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan sebarang polemik dan percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda akan hanya semakin keliru.

والله أعلمُ بالـصـواب

Photo

5. MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS

Pihak manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang "dicipta" ini? Pastinya Malaysia berada dalam kedudukan yang paling tertekan, lemah dan terdedah. Perhatikan rentetan reaksi pada setiap spektrum. Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada setiap peringkat?

Bayangkan sekiranya insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan kesemua penumpang dan krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya keatas kita semua. Pihak manakah yang bakal meraih keuntungan dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini melibatkan AS sebenarnya, sedangkan mereka 'menawarkan bantuan?"

Inilah mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi "Problem-Reaction-Solution" ini. Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka. Dicatur kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama sendiri dan memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada asalnya.

Saya membincangkan dengan ringkas penciptaan 'problem' (masalah) & implikasi reaksi yang timbul darinya. Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut dan terperinci. Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat besar dari isu ini.

والله أعلمُ بالـصـواب

Photo

6. AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN & SOLUSI

Anda akan melihat selepas ini siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan disusun secara sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini akan diwar-warkan secara "umum" dan "terbuka". Ada di antara "penyelesaian-penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang tabir bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.

Mereka sudah pun memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan (security) dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah, terbuka dan akan dirobek secara berperingkat. Inilah masa yang paling sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan agenda dan kehendak mereka dituruti. Mereka akan tampil ke hadapan dan memimpini anda untuk 'keluar' dari krisis ini. Sudah tentulah mereka orang yang paling 'berpengalaman'.

Dalam kesibukan anda menangani pelbagai persoalan & permaslahan yang berbangkit, terorisma dan berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah "ransom demand" mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun dari implikasi insiden 'false flag' pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari "teroris" dan "tuntutan maupun ugutan" yang sebenarnya.

Ia mungkin sudah pun bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti dan keselamatan. Dengan lain perkataan bersedialah untuk tahap 'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi keatas urusan negara. Dengannya datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila soal-soal keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala kelemahan kamu akan dieksploitasikan.

Bayangkan sekiranya insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan menyangka bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada mereka untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, perhatikanlah nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila 'pakar-pakar' perisikan dan penyiasatan mereka masuk.

Oleh yang demikian, akhirnya anda akan lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi dan tolak-ansur dilaksanakan secara sistematik selepas ini sebagai "pampasan" untuk mengeluarkan diri kita dari perangkap yang sudah mengena. Ada antaranya akan diumumkan. Ada yang mungkin dilaksanakan secara terselindung. Segalanya bergantung sejauh manakah insiden ini akan diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau naratifnya menjadi semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda yang bakal disusun.

Badan-badan penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN terlibat secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan aparatus perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil saya menyediakan komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.

Malangnya anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI dan apa sekalipun menjalankan operasi 'psy-op' mereka di sini. Mereka akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar 'spin' terkini lagi tercanggih tentang MH370.

Inilah generasi yang telah diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi keatas negara kita atas kepentingan serakah mereka.

Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, "Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!".

Sedangkan ALLAH SWT telah berfirman:


وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menturuti millah (tatacara hidup & agama) mereka (yang telah terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah:120)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim. (Al Ma'idah: 51)

7. KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK

Photo 

Anda tidak akan 'nampak' naratif yang saya nyatakan ini, kecuali anda tinggalkan naratif yang disogok kepada anda secara sistematik.

Tragedi yang disusun ini sekiranya berkesudahan dengan pengesahan nahas, akan membabitkan bilangan nyawa yang sangat ramai dan naratif yang berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan penyelesaian yang mudah dan simplistik. Malah sebarang 'penyelesaian' dan 'solusi' yang tercapai akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.

Pada akhir perjalanan setiap dari perancangan mereka ini, anda akan ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari jawapan. Ia bukanlah perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.

Ketahuilah tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi "mangsa-mangsa" yang terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri. Sekiranya nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah. Masamu semakin suntuk.

Samada anda dalam blok pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.

Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk kita bersatu dan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan sasaran musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.

Kita tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama kita. Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara mereka yang menentang kamu di bumi sendiri. Saya mendoakan anak-anak dari umat Melayu & Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka. Dan apabila mereka tegur menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti mereka. 

والله أعلمُ بالـصـواب

48 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

artikel BODOH untutk blog BODOH bagi pembaca melayu BODOH!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tanpa Nama 11:00 PTG

tolong bukak pintu hati, ini yang sedang berlaku sebenarnya. Konspirasi september 11 telah berlaku. dan apa yang berlaku sekarang berlaku dan dirancang oleh Zionist...carilah sumber2 bekaitan freemenson, tample of black ninght, negara yahudi dan berkaitan dengan nya untuk mendapat maklumat yang jelas

Detguaq berkata...

Kepada anon 10/3/2014 11.00ptg.

Apa yang bodoh? di mana yang bodoh? kenapa pula bodoh? Mengapa perlu tergesa-gesa melabelkan bodoh itu? PANIK bila ada orang cuba membuka minda kita??? Atau anda adalah sebahagian dari pasukan penguasa takdir dunia?

**Detguaq.

Tanpa Nama berkata...

perghh.. tiba-tiba kata org bodoh..

Tanpa Nama berkata...

Artikel yg mnarik..tahniah..abaikan komen bodoh di atas..

mae berkata...

saya setuju Malaysia akan tersepit. Harap tidak salah kendali.

Abe Long berkata...

Satu ulasan yg bagus yng kerajaan malaysia perlu tahu.

Abe Long berkata...

Satu ulasan yg bagus yng kerajaan malaysia perlu tahu.

Tanpa Nama berkata...

Karim

Tanpa Nama berkata...

Sebagai manusia yg diberi akal oleh Allah.
Kita patut berfikir dgn apa yg dipostkan oleh saudara kita ini..

Tanpa Nama berkata...

1. FBI akan join kalau berlaku apa apa kepada rakyat USA. Itu SOP dia orang

2. Ada ke orang Malaysia ni pakar menyiasat kapal terbang teerhempas? padahal team yang dihantar tu mmg berpengalaman dlm Air Crash Investigation

3. Jgn ingat China tak de alat untuk mengesan peluru berpandu kalau ia dilancarkan.. kita boleh nampak dlm radar jugak sebab ia berada di 35000 kaki bukan dekat dgn permukaan air

4, ya, kemungkinan US nak control malaysia melalui TPPP tu ada, tetapi bolehkan dia Involve issue Ukraine?

byk benda yg di tulis ini walauun ada kemungkinannya, soalan yang tak dijawap adalah kemana perginya kapal terbang itu?

McTheory berkata...

Tulisan diatas hanya pandangan. Pembaca pun berhak beri pandangan masing2 tak perlu emosi. Ada kebenaran dan ada juga kesangsian. Biasa la..

Tanpa Nama berkata...

NAHAS ini memberi ekses kpd tahap keselamatan negara kpd negara luar. Kuatkan ketaqwaan kita dan bersatulah. Malaysia satu2 negara Islam maju yg belum disentuh.

Tanpa Nama berkata...

kita hnya mampu merancang allah swt yg mnentukan,buka minda tnya hati,semoga kita mndapat hidayah dan petunjuk dariNYA,kun fayakun Allahuakhbar!

Tanpa Nama berkata...

Kalu BODOH, kenapa kau yg perasan pandai ada kt blog nie..Kau tu yg BODOH dn MEMPERBODOH KN DIRI...BANGGANG

Unknown berkata...

Hebat & Menarik...Ermmm ada kemungkinan insiden ini satu plot perancangan...terutama dgn pendedahan & pembabitan CNN.

Tanpa Nama berkata...

Boleh diambil sbg info tmbhan.lg kita kna fikiran trbuka..bkn melabelkan sbg bodoh..bile baca ade logiknye knpa FBI trgesa gesa dtg ke sini..sepatutnye NTSB..bkn FBI utk mnyiasat

Tanpa Nama berkata...

Kenapa perlu disebut mrlayu melayu brulang kali..knpa xsbht umat islam dinnegara ni silalah brrsatuu!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau bodoh kenapa kau baca dari awal ? Nampak sangat kau bodoh kn diri kau sendiri . Double triple bodoh kau !

mat din berkata...

Ummat islam, ummat manusia kita ini.adalah bidak bidak dipapan catur iblis.tu, parti mata DAJJAL.dia pandang sebelah mata saja tu.

Tanpa Nama berkata...

skrg ni segalanya boleh berlaku.

tengok saja dlm insiden Lahad Datu - kapal tentera laut Amerika boleh berada/tersadai diperairan Filipina dan Malaysia, dan mcm2 yg lain.

jadi mengapa perlu tolak teori dan andaian ini? negara kita sendiri kan ke dah ada melahirkan dajal yg boleh mencipta apa2 jenis huruhara yg dia inginkan.

org bodoh saja yg mengatakan ianya andaian atau teori bodoh (10/3/14 11:00 ptg)

apa2 pun ianya adalah Ketentuan Allah swt jua ...

Tanpa Nama berkata...

antara yg plg sy takuti adalah bila adanya berita yg kononnya kapal ini dirampas, lalu digunakan utk mengebom white house..maka, masuklah tentera2 AS ke dlm malaysia kononnya utk mmbantu mencari dalang disebalik pengeboman.. solat hajat bukan utk keselamatan MH370 shj..tapi utk keselamatan negara..

Tanpa Nama berkata...

satu sudut pandang yg nyata terkeluar drp pemikiran biasa. baik untuk dijadikan maklumat tambahan agar kita lebih berhati hati didalam berurusan dengan puak puak ini.

namun saya juga berpendapat malaysia juga tidak terlalu naif untuk memahami permainan mereka.

Tanpa Nama berkata...

sebarang kemungkinan bleh diambil kira...tetapi kita sebgi umt islam jgn trus lalai sebaliknya tingkatkn ketakwaan dan keimanan krn Allah adalah sebaik-baik perancang..

Tanpa Nama berkata...

Jgn terkeliru Yang tuduh BODOH ni ialah tentera read bean...baca dan analisalah sendiri

koronez berkata...

kepada tanpa nama yg plin ata, kami tahu anda bukan melayu dan islam.. jgn cuba timbulkan sengketa jika anda tidak mahu membuka minda nada sendiri.. kajilah dulu baru bercakap lebih baik.. semua ageda2 ini telah lama mereka rancangkan utk memasuki malaysia.. bertuah ini

Tanpa Nama berkata...

KEPADA YANG CAKAP BODOH ADALAH ORANG YG BODOH ...ORANG YG PANDAI AKAN DIAM DAN MELIHAT KEMUDIAN BERI ULASAN DAN PANDANGAN ..BUKAN TERUS HUKUM ....

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa kjaan Msia aware sbb tu kita kordinat pencarian..n limitkan pgerakan kapal2 us jauh dr pantai..depa tolak teori pganas bkn krn xbtoi,mgkn xmau rkyat ssh hati n xmau negara lain tlibat sar ni supsicious kita tau niat dpa.. Intel kita bkn bodoh,tp ada benda yg seeloknya kita org awam xperlu tahu,biaq dpa wat keja dpa..

Tanpa Nama berkata...

Bagi soalan ulasan tanpa nama yang lepas
"3. Jgn ingat China tak de alat untuk mengesan peluru berpandu kalau ia dilancarkan.. kita boleh nampak dlm radar jugak sebab ia berada di 35000 kaki bukan dekat dgn permukaan air"
Sila baca ni-->http://www.scmp.com/news/asia/article/1441024/chinese-passenger-jet-carrying-220-people-near-miss-north-korean-missile

Kapalterbang komersial mereka hampir terkena peluru berpandu Korea.Itu menunjukkan mereka tak lah canggih mana...

Tanpa Nama berkata...

Bukankah beberapa minggu lps, ada adun pakatan tweet tentang pesawat Air Asia terhempas di KLIA. Adakah mereka sudah merancang semua ini? http://kedahkekl.blogspot.com/2014/02/hot-bila-adun-pas-kata-kapal-terbang.html

❤︎ y u l i a n a ❤︎ berkata...

This is another speculation, bro! Anyways thanks for the specs. Though sounds really amusing. I am not saying I disagree with everything okay?

When will you guys stop blaming the Jews for every crisis and problems in the world?
You think Arabs and Muslims are all too innocent, kind?
Oh please, google 'suicide bombing'.

-Who are the majority of today's suicide bombers? Answer: Sunni Muslims.
-Why do they commit suicide bombing? Answer: To get 72 virgins in paradise.
-Which denomination teaches 72 virgins in paradise for male martyrs? Answer: Sunni Islam.

And why do some other blogs have exactly the same article as this? Copypasta? This is unoriginal. This shows that bloggers who just copypasted this are mindless blind-followers.

Yes, many Malays are lied. One of the lies is the stupid "72 voluptuous virgins in paradise". Another lie is "all Arabs are pious and true Muslims". Many Malays are lied by sexist and extremist Arab muftis.

bruangkoko berkata...

kalau yg ni kerja cia, akan ada 1 filem tntg MH370, tujuan supaya dunia ikut pemahaman filem tu dan dgn mudahnya orang putih brainwash otak kita. To Y Honeybunch, if you dont like the Sunni Muslim society, you can go to your own religion country. No body need you to be part of our nation. We dont need you to preach hatred among Malaysian. In case you got sodomized by your religion scholar, you are welcome to suicide.

Unknown berkata...

To honeybunch
1.Who started the 1st war?was it muslim?
2.Who started The 2nd word war?was it muslim
3.Who killed abouth 20 million of aborigines in australia? was it muslim?
4.Who Sent the nuclear to nagasaki and hiroshima? Was it muslim?
5.Who killed more than 100million Indians in north America? Was it muslim?
6.Who killed More than 50million indians in south America? Was it muslim?
7.Who Took abouth 180milion Of African people as slaves,of Whom 88% died and were thrown In the Atlantic ocean? Was it muslim?
NO,They weren't muslim!! Fisrt u have define terrorism Properly.if not non muslim does something bad,its a crime.but if a muslim commit the same act,he is a terrorist.
Fisrt remove this double standard, then come to the point!!!! If u dont know abouth muslim dont talk abouth it

Tanpa Nama berkata...

Artikel yg perlu difikirkan secara mendalam... Klau kita asik gaduh je memang yahudi laknatullah senang nk pengaruh kita...

Tanpa Nama berkata...

Wahai melayu2 semua..tak payah la sibuk2 nak layan teori konspirasi pulak..baik la melayu2 semua bergelak ketawa layan maharaja lawak lagi la byk manfaatnya..tiba2 pulak semua melayu nak jadi bijak nak jadi hero konspirasi..agak2 tgh duduk buang masa sambil hisap sampoerna A kat kedai kopi boleh la cipta macam2 konspirasi lagi..melayu melayu..bila ada kepala taik bawak berita ramai yg makan taik..

Tanpa Nama berkata...

BUKALAH HATIMU : M.NASIR

Mereka bawa perang di kaca TV
Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T

CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga."

Tanpa Nama berkata...

Analisis yang sangat menarik untuk diambil ira dan diperhalusi terutama dalam kalangan kita orang Islam, rakyat Malaysia dan orang Melayu....hanya kepada Allah kita memohon perlindungan agar diberikan taufiq dan hidayahNya...amin.

kai yamaguchi berkata...

Sy stuju dgn teori bloger..cth kes lahad datu.sy pcya ia adlh konspirasi dri USA...Dn skg MH370...malaysia antra ngra yg aman jika di lihat dari dunia luar.mreka mncri sesuatu di sini..teori yg bloger kuar kn ni sy pcya ada kaitn yg rpat dgn isu skg.harap krjaan kita celik kn MATA...

Tanpa Nama berkata...

betul apa yg sedang diperkatakan..pandang dengan mata hati...setiap takdir allah itu saling berhubung kait.

peace berkata...

Wow...nice bro!..But why dont we just pray for the victim,the plane..dont make sooo many speculation..we dont even know wat this all about'..God know it- so please dont make it worse like some people do now...DONT mention 'bout all the sensitive issue...agama,perkauman...u know that ok? Just pray 4them...

nazhri berkata...

Wowww..Kenapa kita x pernah nak melihat kejadian ni dari sudut kelemahan kita sendiri. Mungkin ini ujian dari Allah dek kelemahan kita yang selalu lalai dan tidak menjalankan tanggungjawab kita terhadapNya. Insaf2 lah dan hisab la diri kita semua dan sama2 la kita kembali ke jalan yang benar.

Unknown berkata...

sy stuju ngn blogger..seharus rakyat malaysia jgn terlalu dibuai dengan andaian demi andaian..sebaliknya kaji diri sendiri..Sekarang jika diperhatikan rakyat Malaysia terlalu banyak mengeluarkan spekulasi tentang isu MH370..Terlalu mudah mempercayai sumber2 ynag tidak diketahu dari mana datangnya..ad jugak yng menjadikan isu ini sebagai bahan gelak tawa...tolong la bukak mata tu...nanti jangan menyesal x sudah..

Tanpa Nama berkata...

Semoga rahmat allah melimpahi kita semua....x mustahil allah ghaibkan mh 370..seperti kisah didlm al Quran. .itu adalah yg terbaik buat masa ini...dan mereka berpusing2 buntu terperangkap dlm percaturan mereka...dah berapa kali statement, dari awal kehilangan yg dikeluarkan oleh pihak mereka salah...masuk besok ape agak nya plan statement diaorg nk klua kan....kuasa allah..

Tanpa Nama berkata...

kemungkinan besar ada betulnya....syabas kerana teori yang bagus.....boeing sape yg buat....ini bkn masalah teknikal tapi rampasan....ada 3 negara besar dunia....amerika,china,rusia....masing2 ada rakyat di dlm kapal terbang....ape motif sebenar masih belum terungkai....masing2 mengelak perang dunia ketiga....kita hendakla berdoa agar penumpang dan negara kita di jauhi bencana yang dahsyat ini....hentikanla berpolitik,pandangla ke depan utk keselamatan negara dan rakyat yang mempunyai jati diri pada agama,bangsa dan negara...

Tanpa Nama berkata...

Apa pun yg tidak melihat dengan mata hatii. Saya mintak mereka kaji program NWO kemudian kaji hakikat sebenar 9/11 . Kemudian tonton kat youtube THE ARRIVAL. kemudian baca buku art of deception. Kemudian baca semua dakyah dajjal dan maklumat tentangnya beserta terjemahan penerangan alquran kemudian kamu ikut ulasan diatas dan teori lainpasal.mh370 pasti kamu semua dapat sebuah jawapan dri jutaan pertanyaan. Kita perlu sedar kita hari ini sebenarnya di peringkat alhir. Jgn asyik dengan dunia dan terus tenggelam dalam khayalan. Sebb itu yg mereka mahu. Saya meminta sekali lagi bukalahhh seluarnya minda anda hati anda. Sesungguhnya allah tuhan bersama sama mereka yg dapat.melihat petanda petandanya. Saya terus dalam.bidang penerbangan dan saya tahu ada yang tidak kena dengan MH370. JGN BIAR PISANG BERBUAH DUA KALI . Selamatkan diri kalian dari fitnah ini

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Rasullah SAW berpesan sekiranya kita berbalah sesama kita, kembalilah kepada Sunah dan al-Quran. Ingat perbalahan itu adalah percikan dari bunga api yang dimainkan oleh iblis laknat tullah. ketika kita marah sesunguhnya kita telah menzahirkan dan mengizinkan anak iblis - syiatan laknat bersarang di hati. Sekiranya iblis berterusan bersarang dihati, maka akan matilah hati.Hati yang telah gelap dan mati tidak mungkin disingahi Cahaya Ilahi. Saudara-saudara ku, mulai saat ini, berusahalah untuk membersihkan hati kita... kikis jelaga yang melekat, halau keluar anak iblis yang telah lama bertakhta di hati. Mudah-mudahan Allah redha kepada kita, lalu dicampakkannya kembali sinar terang dihati kita (nurani),
Perlu diingat kini kita sememangnya sedang berada di dalam gelombang fitnah besar akhir zaman, iaitu 'fitnah Dajjal'. Rasullah mengingatkan bahawa fitnah besar tersebut tidak pernah berlaku sejak dari zaman nabi Adam, bahkan tidak juga berlaku ketika baginda masih hidup, namun ia berlaku di tengah umat akhir zaman. Ejen-ejennya Dajjal yang terdiri dari iluminiti, feremison, the hedan hend tanpaknya sudah berada tahap terakhir menguasai dunia. Saudara dan teman ketahuilah dajjal sememngnya ingin menakluki dunia, proksinya sentiasa bergerak siang dan malam tanpa henti. konsperasi sebenar dajjal disebalik perang dunia pertama 1920an ternyata berjaya meruntuhkan sistem kahlifah Othmaniah (empayer islam terakhir), konsperasi perang dunia kedua 1940an bertujuan mengwujudkan sebuah negara yahudi yang dikenali sebagi Israil, juga berjaya. Perang seterusnya adalah konsperasi meruntuhkan negara pendokong ahli sunah wal-jamaah dengan mengantikan dengan proksinya yang terdiri dari wahabi, Syiah mahupun islam liberal. Semua negara islam aliran suni lainya bermual dari afrika, timur tengah dan asia jauh semuanya ditumbangkan satu persatu, termasuklah Libya dan iraq. Afaganistan yang liat ditumbangkan, akhirnya juga berjaya ditukar menjadi negara proksinya. Ternyata umat Islam (Jemaah islamiah ahli-sunah wal-jamaah) dirantau ini sahaja belom berjaya dikocak sepenuhnya. Propaganda seumpama 'arab spreng' ternyata gagal di implemankan di wilayah ini. Wilayah mana lagi yang masih tegap berpegang kepada aliran sunah wal jamaah, walau pada zahirnya wilayah ini, khususnya negara kita masih ada cacat celanya dari segi menjadi model sebuah negara islam, namun hakikatnya kita masih utuh mempertahankan al-Quran dan Sunah. Lihat sahaja ketegasan kita mempertahankan kalimah 'Allah'.. Selagi anak panah yang disasarkan kepada tidak mengena, selagi itulah jarum-jarum halus berbisa akan dicucukkan kepada kita melalui proksi dan konsperasi halus yang telah sekian lama dirancang. Sebelum mereka menguasi dunia sepenuhnya.
Bangunlah Saudara dan teman, bangkitlah dari lena yang panjang, luruskan barisan kita, jangan lagi berpecah belah... bersatulah di bawah payung daulah umah sejati. Jangan lagi bercakaran, memusuhi sesama sendiri lantaran terjerumus fitnah besar akhir zaman. Jangan lagi terbuai lalai, dek tuba yang telah sekian lama ditabur. Tangung jawab kita memang besar, menjadi benting terakhir atau kuburan terakhir untuk pendokong sunah dan al-Quran. Esok pasti akan datang, datang membawa panji-panji hitam, menjulang kembali maruah agama yang sekian lama tercalar.

Gelombang Serban biru

Unknown berkata...

Ada kebenaran artikel ini wlu pun belum tentu semuanya benar isi kandungan..kita diberi akal fikiran boleh nilai sendri brdasarkan logik akal dn fakta...apa yg baca dr suatu artikel us military ..us miliki satellite canggih spt navsat utk kesan sbrg nuklear launching from missile submarine...navsat bole kesan lokasi peluru brpandu atau nuklear.dgn tepat x lm sblm ia dilancarkan jd nape us x bole kesan mh370 hr prtama ia hilanv...sy org awam bole pk tkan pemimpim kita sume x bole....hrp rahsia hitam bkn dismpan oleh org kita...wallahuallam


Tanpa Nama berkata...

Hanya Allah sahaja yg tahu segala galanya...sebagai hambaNya..berdoalah kita untuk kebaikkan semua..saye setuju,kita jangan lalai dan tidur...negara juga perlu sokongan dari kita.