Ahad, 9 Mac 2014

HOT! Tragedi Pesawat Bukan Gurauan, Tolong Hormati Ahli Keluarga Penumpang! #PrayforMH370


Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu.


Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.

Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.

Sumber ni Mc ambil dari blog Kamera Kupang



Pesanan pada bijak pandai di facebook dan media sosial lain.

Tahukah kamu-kamu yang sekarang sedang berlagak sebagai pakar penerbangan dan menyebut kerajaan bertindak lembab, Pesawat Air France 447 hanya dapat disahkan terhempas pada 6 Jun 2009 selepas pasukan mencari menjumpai serpihan ekor pesawat dan dua mayat, sedangkan pesawat itu dilaporkan hilang pada 1 Jun 2009. Usaha mencari dihentikan pada 27 Jun 2009 dengan hanya menemui 51 mayat daripada keseluruhan 273 keseluruhan penumpang dan anak kapal. Kotak Hitam pesawat hanya ditemui pada Mei 2011. Dua tahun selepas tragedi. Termasuk bangkai besar pesawat juga dijumpai pada 2011. Lihatlah betapa sulit dan sukarnya kerja-kerja berkaitan tragedi penerbangan. Pesawat tidak boleh diumumkan sebagai terhempas selagi bukti tidak ditemui. Jadi jangan jadi pakar di Facebook dan sedap bercakap semata-mata. Ini kerja rumit! Faham?!

Sungguh menyayatkan hati.



Manusia ada akal untuk berfikir, tolong guna dengan sebaik mungkin. Jangan buat cerita bukan-bukan. Cuba bayangkan kalau semua ini menimpa ahli keluarga kita. Tentu sedih kann?

McTheory:
Semua orang cuba melakukan yang terbaik.. doa tu paling penting.

Tiada ulasan: