Selasa, 25 Mac 2014

INFO! Lautan Hindi Mampukah Penumpang #MH370 Terselamat di sana? #PrayForMH370


Ada yang tanya Mc, apakah ada kemungkinan penumpang pesawat MH370 tu boleh selamat jika terhempas di lautan hindi?

Berat nak jawab soalan ni, tapi biar Mc ceritakan serba sikit mengenai lautan hindi!

Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.


Malah menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter.

Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.


“Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter".

Peluang untuk kita menjumpai kotak hitam?

Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.

“Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinamik dimana ia berubah menyukarkan lagi proses mencari,” kata Dr Rizal.

Beliau menambah, Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah.

Oleh itu menurut beliau jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan.

Selain itu, kekangan teknologi juga antara faktor yang memberi cabaran kepada pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mereka.

Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut.

Menurut Dr Rizal, rata-rata teknologi yang ada kini hanya boleh mengesan objek sedalam 500 meter sahaja dimana beliau mencerminkan Lautan Hindi sebagai lautan yang ‘ganas’.

“Isunya ialah menggunakan kapal untuk kita menggunakan teknologi sonar, iaitu tenaga bunyi untuk melakukan pemetaan di dasar laut. Kapal-kapal ini kebanyakkannya hanya boleh melakukan pemetaan pada kedalam 1000 meter sahaja,” katanya.

Kotak hitam pun belum tentu kita mampu untuk jumpa, inikan pulak nak tanya soalan selamat atau tidak?

Hanya Allah yang mampu menjawab, bagi Mc baik kita redha dan sedekahkan Al-Fatihah pada semua penumpang dan crew yang beragama Islam.






McTheory:
Al-Fatihah!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buat malu org Kedah
Brp kali nak ulang benda yg sama.
Kalau x ada modal, x payah lah pulun mcm pelaq nak bg info, yg org lain dah bg sblm ni

Macam Pelaq

Tanpa Nama berkata...

hang la pelaq..
blog dia..dia punya pasai la...
syoh..syoh..anjing pi main jauh2..

Tanpa Nama berkata...

jawapan untuk soalan berkenaan ialah....ya penumpang mh370 mampu terselamat seandainya laporan daripada inmarsat diterima pada 8-mac-2014...bukannya 24-mac-2014

McTheory berkata...

Pada Tanpa Nama 9:47,

Info diberikan pada org yg taktau. Sb masih ramai yg ingat Lautan hindi tu macam laut selat melaka atau china selatan.

Tanpa nama 10:26,

Pada 8 Mac semua terarah ke Laut China Selatan. Malah agensi2 terhebat dunia juga gagal mengesan semua ini lebih awal.

Tanpa Nama berkata...

To Pelaq 10.19
Aku punya pasai la nak komen
Sejak bila hang jadi talibarut dia ?

To Pelaq 10.26
Awat hang x kata 7hb ?
Bangang sungguh
Sah !! Kena liwat otak hang ni
Mau 4 hasta ayaq mani al juboqi dah masuk dalam
Benak piang

Tanpa Nama berkata...

mcm mana ada org gila sawan boleh sibuk nk komen kt sini.. duk tak duduk maki tuan rumah..lantak dia lah nk letak apa..dh blog dia..sewel kot!

Tanpa Nama berkata...

Responder nya padam atau terpadam...kalau tak terpadam...the next day pun dah boleh jumpa...cuba mengerti...

Tanpa Nama berkata...

To Anon 11.57ptg

Abih nak maki sapa ? Nak maki hang ka ? Pelaq la Anon 11.57ptg