Isnin, 17 Mac 2014

INFO! Misi Mencari Pesawat #MH370 Fasa kedua Semakin Sukar? #PrayForMH370

 
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sembilan hari lalu kini menjadi lebih sukar dengan peluasan kawasan pencarian dan pertambahan negara yang terlibat di dalam operasi tersebut.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, negara yang terlibat di dalam operasi itu telah bertambah kepada 25 negara dan melangkau 11 sempadan negara.

"Operasi pencarian semakin sukar kerana ia membabitkan dua koridor laluan. Walau bagaimanapun, kami masih komited dalam mencari pesawat berkenaan," kata Hishamuddin pada sidang akhbar semalam.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, kerajaan sedang berunding dengan beberapa buah negara mengenai bentuk bantuan yang diperlukan dalam operasi SAR pesawat MH370 yang sudah masuk hari kesembilan (semalam).

Kenyataan tersebut turut berkata, bentuk bantuan yang diperlukan bukan sahaja terdiri daripada aset laut dan udara tetapi termasuk data satelit berserta analisis, data radar dan kepakaran pencarian darat.

Negara-negara tersebut ialah Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgystan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis.

Pada 8 Mac lalu, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dari menara kawalan udara (ATC) Subang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu telah diubah haluan oleh seseorang di dalam pesawat berkenaan.

Boleh rujuk jadual dibawah,

 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kat ostolia kot.

Tanpa Nama berkata...

jahat la org yg p ubah haluan ni. xdak keja ka selain menyusahkan org. kecik2 xmau mampoih, besaq2 menyusahkan org