Satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.
Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.
Pesawat tersebut kini didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikesan radar tentera.
Malah PM Australia juga mengesahkan bahawa satelit mereka mengesan objek tersebut.
Tumpuan utama akan diberikan terhadap usaha mencari kotak hitam jika objek yang dikesan satelit Australia di selatan Lautan Hindi disahkan sebagai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selagi tiada sebarang petunjuk sah diperolehi mengenai pesawat MH370, usaha mencari akan diteruskan seperti yang dirancang.
"SAR akan diteruskan di koridor selatan dan koridor utara sehingga pihak berkuasa Australia mengesahkan penemuan objek tersebut berkaitan pesawat MH370.
"Tindakan segera kita jika maklumat disahkan ialah mencari kotak hitam pesawat," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini.
Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya langkah segera yang akan diambil oleh pasukan SAR jika dua objek yang dikesan radar disahkan mempunyai kaitan dengan MH370.
Katanya, pengesahan mengenai objek yang dikesan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth itu boleh dibuat pada bila-bila masa.
Jelasnya, kerajaan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat mengenai operasi carian.
"Ia (maklumat) cukup penting yang satu dunia ingin tahu.
"Percayalah, bila dapat sahaja maklumat kita akan maklumkan kepada semua," katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata waris penumpang MH370 akan diterbangkan ke Australia jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian.
Semalam lagi, beberapa pasuka SAR telah bergerak ke objek berkenaan untuk mengenal pasti samaada ianya MH370 atau bayangan lain.
McTheory:
Masih berdoa dan berharap..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan