Khamis, 20 Mac 2014

MISTERI! Malaysia Hantar Komando Elit Untuk Cari Pesawat #MH370 #PrayForMH370


Difahamkan sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara. Bagaimanapun, lokasi dan jumlah anggota terbabit adalah menjadi rahsia.

Penghantaran pasukan ini sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan komando elit pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara.


Pasukan Komando Malaysia sudah beberapa kali dihantar untuk membantu misi rahsia di luar negara. Pasukan komando kita diantara tentera negara Islam yang terbaik di dunia.

Selalunya misi rahsia, untuk mengempur kedudukan atau mendekati lokasi yang tidak dapat dihubungi secara terus.

Kita doakan mereka semua selamat berjuang untuk negara.

McTheory:
Terus berharap dan berdoa..

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah..permudahkanlah urusan mereka untuk mencari dan menyelamatkan MH370.. berikanlah Hidayah-MU buat pemerintah negara supaya pesawat MH370 semua yang berada didalamnya selamat..Ameen

Tanpa Nama berkata...

Aminnn...

Tanpa Nama berkata...

ameen..ya robb..

Tanpa Nama berkata...

Amin... Semoga mereka semua mendàpat perlindungan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Amin

Tanpa Nama berkata...

Amin ya rabb