Khamis, 3 April 2014

INFO!! Punca Pelancong China di Culik Hasil Kerjasama 'Orang Dalam' dan Puak Sulu?


Kronologi cerita pelancong dari China dan pekerja Filipina yang telah di culik oleh orang yang tidak dikenali dan disyaki berbangsa Sulu.

KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki telah menyerbu sebuah resort di Semporna sebelum menculik dua individu – seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China yang berada disitu.
.
Sumber polis memberitahu kejadian berlaku pada jam 10.30 malam semalam apabila suspek yang bersenjatakan senapang M14 tiba ke resort atas air itu dengan menggunakan bot.
.
Tiga dari suspek tersebut – seorang daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain menanti di dalam bot.

Suspek mengarahkan seorang pekerja di situ yang sedang menonton TV di sebuah bilik supaya diam dan tidak melakukan apa-apa namun disebabkan ketakutan, pekerja tersebut telah bertindak terjun ke dalam laut demi mengelakkan diri dari diapa-apakan oleh penjenayah tersebut.

Mereka kemudian telah membawa lari seorang pekerja resort yang lainnya dan seorang pelacong yang bercuti di resort tersebut.

Mangsa yang dilarikan dipercayai dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, pekerja resort tersebut dari Filipina manakala seorang lagi dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, seorang pelacong warganegara China.

Gao telah mendaftar masuk ke resort tersebut pada semalam dan dijangka berada di situ sehingga Sabtu ini.

Suspek dipercayai berbangsa Sulu kerana dikesan berdasarkan loghat percakapannya dan kesemua suspek melarikan diri ke arah Pulau Gaya dan mereka juga dikatakan fasih berbahasa Melayu.

Ketika kejadian, 61 pelancong menginap di resort tersebut dan 47 pekerja sedang bertugas di resort tersebut.

Jarak antara resort tersebut dengan Pekan Semporna adalah 2.2 batu nautika.

Sejurus selepas kejadian itu satu laporan polis telah dibuat pada jam 12.58 dan gerakan bersepadu pelbagai agensi dari Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dikerahkan untuk mengesan suspek.

Pengarah Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian dan siasatan kini sedang dijalankan. – ASTRO AWANI

Gambar gadis pelancong China yang telah diculik oleh Lanun Sulu (Perangai macam lanun, soo Mc panggil lanun)


 Bapa kepada pelancong China minta bantuan dari pihak berkuasa untuk selamatkan anaknya.

PETALING JAYA – Bapa kepada pelancong warga China yang diculik di sebuah resort di Semporna, Sabah menghubungi Stesen Radio ‘Shanghai People’ bagi merayu mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk menyelamatkan anaknya.

Beliau berkata, anak perempuannya, Gao Huayun, 29, bekerja di sebuah firma Jepun dan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.

Beliau pada Rabu menerima surat daripada sebuah universiti di Britain bagi memaklumkan bahawa anak perempuannya diterima masuk menyertai program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Beliau berkata, Gao berkunjung ke Malaysia bersama rakan-rakan sekuliahnya.

Gao dilaporkan diculik pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Singamata Reef Resort.

Mereka turut menculik seorang kakitangan resort warga Filipina.

Menurut stesen radio itu, seorang wanita bernama Xu membuat laporan polis di balai polis daerah Yangpu di Shanghai dengan mendakwa bahawa anak perempuannya diculik di Malaysia. – The Star

Orang dalam negara menjadi DALANG untuk lanun Sulu tu memasuki resort terbabit

SEMPORNA – Polis percaya bahawa kumpulan yang menculik untuk mendapatkan wang tebusan, yang berpangkalan di selatan Filipina bertanggungjawab terhadap penculikan dua wanita, seorang pelancong warga China dan seorang pekerja resort warga Filipina di Semporna.

Polis turut mengesyaki bahawa tujuh lelaki bersenjata itu mendapat “bantuan dalaman” untuk memasuki resort itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Khamis.

Beliau menambah, “sesiapa yang ingin memasuki kawasan resort itu perlu dibawa atau dibenarkan masuk oleh kakitangan Singamata Reef Resort.

Hamza berkata, pihaknya mengenal pasti kumpulan-kumpulan tertentu dalam usaha mereka untuk mengesan lelaki bersenjata dengan harapan bagi menyelamatkan dua wanita yang diculik.

“Ia kelihatan seperti kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang merupakan dalang kepada insiden ini.

“Kumpulan ini menculik mangsa dan kemudian menjualnya kepada kumpulan-kumpulan lain,” kata beliau sambil menambah bahawa mereka telah merekodkan kenyataan 49 pekerja resort dan 61 pelancong (59 warga China, seorang warga Iran dan seorang rakyat Malaysia) dalam siasatan mereka.

“Tiada tangkapan yang dilakukan,” kata beliau sambil menambah bahawa mereka hanya mencari orang-orang yang boleh membantu dalam siasatan mereka. – Mstar.com.my

Nampaknya sedang kita asyik memberi tumpuan pada pencarian pesawat MH370, masih ada lanun Sulu yang berani menceroboh ke negara kita untuk membuat kacau.

Walaupun mendapat bantuan dari orang dalam, ini membuktikan sistem pertahanan kita disana masih lemah dan mudah diceroboh. Itu baru 7 orang bersenjata, kalau masuk satu angkatan, macam mana?


McTheory:
Masih ada yang tak lupa kisah Lahad Datu..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kiram mai balik kot. nak mengamuk pulak si mata tak betui tu.

Ameno Babi berkata...

polis kita byk rasuah,apa nk heran,nanti jgn terkejut sulu tawan sabah.

Tanpa Nama berkata...

Tanya sama Anwar..apa sebab culik..nanti jawab anwar Sabah tak hilang lagi...

Tanpa Nama berkata...

Kiram tak mai pun tak pa. Beribu suku sakatnya ada kat Sabah hasil kerja buat barisan.

Kalau betul geng tu yang buat. Dia helo ja, dorang boleh lalu depan polis pegi tempat kejadian. Bolehkah Polis kenal???? Bukan salah Polis!!!!!

Keturunan mereka nipun dah datang lama dah. Aku ingat asalnya bukan saja mereka nak buat hal. Tapi mereka ditipu, dihimpit kemiskinan. Mereka ni bangsa hebat dulu, jadi tak heran la sikap memberontak mereka tu.


Haiiiii orang Sabah. Ubahla Orang Sabah. Masalah yang barisan buat ni bukan setakat dah jadi bubur, tapi tah jadi hape dah. Nanti pakatan akan cari punca masalah, adjust elok2 dan selesaikan secara adil untuk semua.

Ubahla kerana masalah ni akan berulang, berulang, berulang.....

Tanpa Nama berkata...

Setuju...
Inilah hasil,pemberian kerayatan.

Projek ic...

Puak buta aja tak nampak..
Pemimpin gadai negara utk harta dan kemewahan.

Pencacai macam tu jugaklah.

Ps. Rupanya orang umno yg dapat bayaran hahahahah.
Macai siber...
And mula buat fitnah pasal red bean yg tak wujud.

Macai kelakar dan bodoh