Ahad, 18 Mei 2014

HOT!! Pelaburan Rm4Billion! Kedah Bakal Menjadi Negeri Maju! - @MukhrizMahathir #MBmesraRakyat #HanyaDiKedah


Tahniah Dato Seri Mukhriz Mahathir di atas kejayaan ini!

Hasil usaha gigih beliau mentadbir negeri yang aman dan makmur ni.

Pencapaian suku tahun pertama sudah mencapai rm4 billion.


Kedah menerima pelaburan sebanyak RM4 bilion dalam sektor pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, menjadi negeri kedua tertinggi menerima pelaburan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelaburan yang diluluskan itu merupakan prestasi yang sangat baik kerana jauh mengatasi pelaburan keseluruhan diterima sepanjang tahun lepas iaitu sebanyak RM2.5 bilion.

Beliau berkata Kedah pada kedudukan kedua selepas Sarawak yang menerima pelaburan sebanyak RM8.26 bilion manakala ketiga Selangor (RM1.9 bilion), diikuti Johor RM1.29 bilion dan Pulau Pinang RM831 juta.

“Pelaburan ada melibatkan pembesaran kilang sedia ada dan pelaburan baru. Antara yang besar adalah pelaburan dalam sektor fabrikasi wafer di Kulim Hi-Tech Park dan juga sub-sektor farmaseutikal,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mukhriz berkata kemasukan pelaburan yang tinggi dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan Kedah masih merupakan destinasi pelaburan yang diminati pelabur asing dan tempatan.

“Saya harap lebih banyak pelaburan seperti ini masuk ke Kedah sekaligus membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat kita dan juga warga (Malaysia) dari luar Kedah,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mempertingkat usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan, bukan hanya sektor pengeluaran tetapi juga dalam sector pelancongan dan perkhidmatan.

“Kita tidak tumpu kepada kedudukan ke berapa kita tetapi tumpu kepada jumlah pelaburan yang masuk. Tahun lepas, pelaburan termasuk juga sector perkhidmatan dan pelancongan berjumlah RM13.1 bilion,” katanya.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Tak heran la setakat 4 bil pelaburan tu...
masa Pas tadbir pon banyak pelaburan..
tapi pelaburan Pas lagi hebat sampai ke Papua new guena dan rugi berkarong karong....tak hebat ke pas boleh buat kerugian...umno boleh???

Awanama berkata...

PAS melabor utk kayakan EXCO mereka..dr xpadai pakai Alphad dh boleh pakai.. tp otak membelit nk menipu rakyat tu xboleh nk ubah..

Syabas UMNO Kedah.. Dato Mukriz Insya Allah dia ada caranya tersendiri.. kebijaksanaan Tun M tetap akan mengalir pd beliau.

Usahlah tiru PAS.. yg hanya juara berceramah dan memaki hamun org akhirnaya mereka gagal. Org yg byk mengutuk takkan berjaya itulah lumrah.