Ahad, 18 Mei 2014
HOT!! Salah Lapor Berita Harian Tentang Tarif Letrik Amatlah Teruk!
Begitu lama dalam bidang pemberitaan kali ini nampaknya akhbar Berita Harian gagal untuk memberikan fakta sebenar tentang kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kenaikan tarikh elektrik negara.
Tarif elektrik sememangnya telah mengalami kenaikan sejak bulan Januari yang lepas dan perkara ini telah diketahui sejak tahun lepas lagi.
Perdana Menteri sebenarnya telah menasihati pihak Tenaga Nasional Berhad agar syarikat elektrik negara itu memperbaiki mutu perkhidmatan mereka berikutan kenaikan yang dilakukan dan bukannya sepertimana yang dilaporkan bahawa tarif elektrik akan dinaikkan lagi.
Selama 5 bulan kenaikan tarif elekteik telah berlaku dan pengguna yang menggunakan elektrik dengan nilai RM 70 kebawah sebenarnya tidak merasa kenaikan tersebut dimana yang lebih terasa adalah merekanyang menggunakan kuasa elektrik melebihi nilai RM 70 sebulan.
Perdana Menteri juga mengatakan bahawa tidak guna ada kenaikan jika mutu perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan apa yang diberikan oleh rakyat dimana masih ada gangguan bekalan elektrik terhadap pengguna.
Apa yang menjadi kesalan ialah, Berita Harian seolah olah mengatakan bahawa Perdana Menteri mengumumkan bahawa akan ada lagi kenaikan elektrik yang membuatkan ianya heboh di laman laman sosial seperti facebook dan sebagainya.
Ianya juga telah menjadi mainan politik murahan pihak pembangkang ekoran laporan yang tidak tepat diberikan oleh Berita Harian.
Perdana Menteri juga telah mengingatkan pihak TNB bahawa pelabur agak sukar untuk melabur di Malaysia jika mutu perkhidmatan bekalan elektrik tidak ada penambah baikan dan rakyat akan merungut sekiranya mereka nerasakan kenaikan tidak setimpal dengan pembayaran.
Sepatutnya sebagai media arus perdana Berita Harian akan lebih peka bukannya menulis dalam keadaan buta tuli, dalam membuat tafsiran dan maksud berita yang hendak disampaikan.
Kerana jika maksud yang disampaikan tu salah, ia akan memberi kesan kepada suasana politik di Malaysia. Malah pembangkang juga akan mengunakan point berkenaan secara terus untuk mengelirukan rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan