Rabu, 7 Mei 2014

HOT!! Tian Chua Kecewa Pada Polis?


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua meluahkan kekecewaan beliau terhadap tindakan pihak polis dan menuduh pasukan keselamatan itu sebagai berat sebelah dalam menangani kes melibatkan isu jenayah.

Tian Chua menuduh pihak polis tidak memandang serius berhubung kejadian tembak melibatkan aktivis mahupun masyarakat yang tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya ingin mengatakan kekecewaan saya terhadap pihak polis apabila melibatkan orang awam atau aktivis-aktivis bukan kerajaan ia seolah-olah tidak di ambil serius. Tetapi apabila laporan polis dibuat oleh pihak yang menyebelahi kerajaan, siasatan akan diambil malah dakwaan di ambil secara cepat. Ini menunjukkan ada pilih kasihnya bila pihak polis menangani sesuatu kes," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media bersama Pengerusi MyWatch R.Sri Sanjeevan di Restoran Media berhampiran Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hadir sama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Dalam masa sama Sanjeevan ketika menceritakan kronologi malang yang menimpa dirinya turut berharap agar pihak polis tidak lagi berdolak dalih ketika menjalankan siasatan.

"Saya ditembak 27 Julai tahun lalu dan berada dalam keadaan koma di hospital. Saya percaya ia kerana saya mendedahkan isu jenayah dan sindiket dadah yang didalangi seorang pegawai polis di Negeri Sembilan dan Melaka. Julai tahun lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid berjanji untuk bekerjasama dengan MyWatch namun tiada sebarang tindakan di ambil.

"Dua hari lepas saya terima 3 butir peluru hidup 9mm di peti surat rumah saya di Bahau, saya bersyukur kerana tiada perkara malang berlaku, saya sudah membuat laporan polis dan berharap jangan berdolak dalih lagi.

"Jika kita lihat kejadian sebegini berlaku kepada angggota atau mereka yang menyebelahi BN atau kerajaan, tindakan segera di ambil. Kes tembak yang nyaris meragut nyawa saya tidak disiasat. Malah saya masih tak tahu siapa pegawai penyiasat dalam kes saya. Saya tidak tahu langsung perkembangan di dalam kes saya.

"Kalau nak bukti saya sudah beri bukti seorang pengedar dadah mengaku bahawa beliau mengedar dadah tetapi ia didalangi oleh seorang pegawai kanan polis di Negeri Sembilan, dia (pengedar dadah) mengaku dalam rakaman video yang disiarkan FMT tahun lalu," katanya.

Tengok video dibawah, Tian Chua pertikai polis,



Sementara Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin pula membuat kesimpulan bahawa pasukan polis tidak menjalankan tugas dengan pantas.

"Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Selepas 6 bulan ia masih dalam siasatan. Saya rasa kita boleh membuat kesimpulan bahawa polis menjalankan tugas dengan lembab sekali. Saya minta polis tidak beri alasan lagi dan buat tangkapan sekarang juga," katanya.


P/s: Rasanya.. siapa agaknya mereka ni yang berani nak mempertikaikan polis? Sendiri pun macam perangai penjenayah kan?

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Polis semua sandiwara maaaa...
apasat lagi mau mintak tolong sama sandiwara punya olang maaaa...
lu punya celita pun mayak sandiwara maaa....

Tanpa Nama berkata...

Ini sandiwara punya celita sapa pun tak mau ambik action maaaa...
lain olang tak mau join sandiwara sama lu la apek....

Tanpa Nama berkata...

Dulu mau tambah polis pkr cakap tak payah ma. Negara aman tak perlu polis ma. Itu pasat polis talak cukup.
Lagipun lu bikin sandiwala tak perlu siasat ma.

Tanpa Nama berkata...


Kalau negara mengamalkan undang2 Islam yang sebenar. Mendidik rakyat dengan contoh kepimpinan yang baik.

Yang jahat akan sedar. Yang nak buat jahat pun sedar. Yang miskin cukup makan. Yang kaya tak boros dan membantu yang miskin.
Sekali kena rejam yang lain dah kecut.

Hanya negara yang bermasalah ja perlu polis banyak.

Lagi masalah jika polis ikut cakap pemimpin politik.

Tanpa Nama berkata...

Betul la..polis kena ikut ckp pemimpin nya..
pemimpin nya kp la....
Kp kena ikut cakap pak menteri...
tak kan nak ikut cakap anon atas tu...
polis bukan bodoh nak ikut ckp pembangang mcm ko...

Tanpa Nama berkata...

Anon 1.50. Awat hang teruk sangat. Kalau pemimpin suruh kp arah polis terjun lubang taik, takkan nak ikut.

Nasib baik ko tak jadi polis.

Tanpa Nama berkata...

Yg suka lubang taek tu al juburi je.

Tanpa Nama berkata...

Yang suka sebut j----r tu orang barisan je.

Berdasarkan bukti di atas serta hujah Pakatan. Marilah orang Melayu yang cerdik kita tinggalkan Melayu b---h yang merosakkan Melayu kini dan akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:18..
Pemimpin BN tak sebodoh pemimpin pembangang ko tu...
asyik nak suruh terjun lobang taik je...
bodoh...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pkr sangat bijak dan telus...
lihatlah betapa cantiknya pemilihan parti kami
yg amat tulus sehingga tercetusnya
pemilihan DIBATALKAN dan pergadohan maki hamun sesama kami...syabas...