Rabu, 14 Mei 2014

INFO!! Tabung Bantuan @PemudaUMNOKedah untuk Adik Fatin Dapat Perhatian YDP Agong Tunku Abdul Halim! @ShaifulHazizy @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


Tempohari berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Adik Fatin daripada YDP Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang disampaikan oleh Bijaya Setia/Setiausaha Sulit Tuanku Sultan Kedah iaitu Syed Unan di Pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darulaman.

Untuk makluman semua, Tabung Bantuan Adik Fatin ini merupakan inisiatif Pergerakan Pemuda UMNO Kedah yang diketuai oleh Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin setelah mendapat tahu mengenai penderitaan yang ditanggung adik Fatin berumur 8 tahun dan keluarganya setelah adik Fatin terjatuh di sekolah, lalu menyebabkan beliau koma dan kini terlantar lumpuh.

Sekurang-kurangnya adik Fatin dan keluarganya berasa dihargai dan kurangkan sikit beban dengan bantuan yang diberi. Tahniah buat Pergerakan Pemuda UMNO Kedah kerana menjadi pembela rakyat marhaen.

Kepada mana-mana pihak yang mahu menyumbang bantuan kepada adik Fatin, kalian boleh la menderma ke Akaun Tabung Prihatin Nur Fatin Amira 02011021194042 (Bank Islam).. sumbangan anda amatlah dihargai.

Untuk pengetahuan semua, kempen bantuan untuk adik Fatin berakhir pada bulan ini. Selepas ini bantuan itu boleh diserahkan secara peribadi kepada keluarga adik Fatin sendiri.


McTheory:
Hari ni kita tolong orang, nanti orang tolong kita pulak.

Tiada ulasan: