Selasa, 3 Jun 2014

HOT!! Cerita Sebenar Disebalik 'Babi' Dalam #Cadbury!!


Kenapa perlu keliru dengan kenyataan JAKIM?

Saya kira, pihak JAKIM tidak pernah membuat tindakan U-TURN sepertimana yang mewarnai ruangan komen terhadap kenyataan pihak JAKIM hari ini.. Saya nasihatkan supaya perbanyakkan pembacaan dari sumber yang sahih sebelum kita membiakkan fitnah2 di alam yang serba laju ini..

Mari kita ikuti kronologi isu ini terlebih dahulu. Bermula dengan ketirisan 'screenshot' dokumen sulit pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) tentang pencemaran DNA babi bagi 2 produk Cadbury ke laman sosial pada 23 Mei [rujuk: dokumen sulit]. Dalam masa tidak sampai satu hari isu ini dimainkan dengan panasnya oleh orang ramai sehingga 'memaksa' pihak KKM mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari berikutnya. [rujuk: kenyataan media KKM]. Jika difikirkan kesahihannya, ya, berita ini memang benar kerana ia disahkan sendiri oleh pihak KKM..

Namun perlu diingat, pengesahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Ketua Pengarah JAKIM, sebaik sahaja menerima berita ini seolah2 terkejut lalu terus mengambil tindakan serta merta menggantung sijil halal untuk produk yang terlibat bertindak memulakan siasatan. Beliau menyatakan sepatutnya hal ini dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu untuk tindakan peringkat dalaman sebelum sampai ke tangan orang ramai [rujuk: kenyataan KP JAKIM]

menurut beliau, kuasa yg diberikan kepada makmal ujian tersebut hanyalah mengesahkannya sahaja, bukan menghebahkan kepada umum. Jika diteliti secara logik, ia hanyalah satu pencemaran DNA, bukan kandungan yang sengaja diadun oleh pihak Cadbury [Rujuk: penerangan pegawai JAKIM]. Jadi, ia hanyalah satu pemboleh-ubah yang masih boleh dikaji dan dibincangkan, bukan terus dihukum sepertimana sumpah seranah yang kita hamburkan!


Setakat itu, 2 persoalan yang timbul;

1. Keputusan ujian dikeluarkan pada Februari, tapi kenapa Mei baru dihebahkan?
- soalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada KKM. KENAPA DI'BOCOR'KAN PADA MEI? malah sepanjang tempoh Februari hingga Mei, langsung tiada penjelasan yang dibuat oleh KKM kepada JAKIM. Salah siapa? Pihak JAKIM menegaskan jika Februari isu ini timbul, maka Februari lah tindakan diambil.
Namun begitu, JAKIM lah yang dihukum oleh rakyat..

2. Kenapa logo halal boleh diluluskan kepada Cadbury?
- Diingatkan sekali lagi, ini hanyalah satu isu pencemaran yang mungkin boleh berlaku diluar kilang dan di kedai2. Cadbury memiliki sijil halal seawal 2004 dan sehingga Februari lalu masih tidak ada penyelewengan tentang status halal dalam pemprosesan harian mereka. Namun rakyat terlebih dahulu menghukum JAKIM sebelum kata putus dikeluarkan..
JAKIM sekali lagi dipijak-pijak!

Pada 26 Mei, JAKIM telah mengambil kedua dua jenis produk yang terlibat itu bersama-sama 4 produk lain serta 5 jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan DARI KILANG untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Kimia Malaysia(JKM) bagi tujuan ujian dan pengesahan. Berbeza dari ujian yang dilakukan oleh KKM tempoh hari yang mana sample diambil dari kedai, bukan dari kilang. Hal ini yang mungkin mengakibatkan berlakunya pencemaran tersebut.

Alhamdulillah, pada hari ini [2 Jun], pihak JKM telah tampil dengan keputusan ujikaji dan mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan pada 2 jenis produk tersebut [rujuk: keputusan ujian JKM]. Walaubagaimanapun, pemeriksaan keseluruhan akan dijalankan keatas kilang Cadbury mengikut prosedur2 yang sepatutnya.

1 lagi persoalan timbul. Adakah ini satu sandiwara untuk menyelamatkan syarikat Cadbury dan adakah disana telah berlaku transaksi rasuah disebalik keputusan ini?
- persoalan ini sering berlegar bila terbit sebarang kekeliruan dalam pengurusan pihak kerajaan. Janganlah kita mengambil isu ini sebagai bayangan kepada isu2 rasuah yang pernah terbukti berlaku sebelum ini. Hanya berbekalkan kebarangkalian yang direka sendiri, kita tidak berhak menuduh itu dan ini! Ini soal darah daging umat Islam di Malaysia.

Adapun tersiar kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan coklat Cadbury Halal dimakan sebelum didakwa tercemar [rujuk: Majlis Fatwa]. Ia bertujuan untuk meredakan perasaan orang ramai yang sangat beremosi sehingga ada yang mahu menyamak, menyucikan darah, membakar bangunan dan sebagainya dek takutnya akan coklat tersebut yang sudah menjadi darah daging mereka.

Kenyataan ini boleh digunapakai samada sekiranya produk Cadbury itu terbukti haram, mahupun terbukti tiada DNA babi dikesan. Asasnya, kita sebagai orang awam yang tidak mampu untuk menyelidik setiap makanan secara saintifik dan hanya mampu bergantung kepada logo halal JAKIM, bukan menjadi kesalahan kita jika ia haram. Sebaliknya pihak yang bertanggung jawab itulah akan menanggung dosa disebabkan pengkhianatan terhadap amanah yang diberi. Kecuali memakan daging yang dilabel Pork yang bercop halal.

sambung baca SINI

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

FAKE CADBURY -POSSIBLE
SO MANY FAKE PRODUCTS IN MARKETS YOU SHOULD INVESTIGATE -
DO YOUR HOME WORK
MANY LAH MANY CONSUMERS GET CHEATED

Tanpa Nama berkata...

Kat KL sendiri boleh lihat ramai Melayu Islam pegi kedai yang tak der tanda halal pun.

Time2 kenduri skarang pun boleh lihat orang bagi coklat dan makanan yang tak tahu halal haramnye.

Inilah hasil penguatkuasaan dan tarbiyah bee end.

Isu ni panas time prk teluk intan je..

Esok lusa makan coklat cadbury macam biasa.

berasiam berkata...

isu ini sebahagian daripada strategi politik kebencian untuk memupuk kebencian orang Islam terhadap pihak berkuasa. teramat jelas gerakannya. yang dijadikan sasaran ialah jakim. kononnya jakim lambat umum, bila dah sah negatif, kononnya jakim buat u-turn. terdedah skrip yang telah tersedia. macam orang tu, bila mahkamah bebaskan, kononnya tuduhan sengaja dibuat-buat, bila mahkamah sabitkan, kononnya mahkamah berkonspirasi. skrip telah tersedia untuk menekan walau apa pun penjelasan yang diberikan.

yang buat cerita itulah yang sebenarnya babi, atau mungkin BABI yang buat cerita.

Tanpa Nama berkata...

Termasuk lah ko dan tok2 lebai ko sekali...
elok la makan dna babi tu...

Tanpa Nama berkata...

Ini sebenarnya ajaran islam pas..semua yang datang daripada kerajaan salah..maka emosi rakyat sebegini tidak menghairankan..dan saya rasa kecewa kerana seringkali kerajaan dijadikan bahan wlpn isu keagamaan sedangkan kalau kita membuat kajian,majoriti pekerja jakim pro pembangkang..dan mungkin sbb itu institusi islam msia lemah,sebab ia diurus oleh pembangkang..

hangkedee berkata...

Agenda BESAR kafir harbi semua diserang temasuk institusi. agama.Apa apa pun jom boikot. Cadbabi. Sudah tahu babi haramitu bagi orang Islam kenapa mereka kafir masih melakukan khianat terutama kepercayaan.

Tanpa Nama berkata...

tak mustahil lah, sekarang nih akhir zaman, x mustahil jakim boleh termakan rasuah.. bru cek 11 sampel dari kilang dah keluar kenyataan yang cadbury halal, terburu2 sngat, cek lah cadbury yg ada kat pasaran, cek secara menyeluruh, kalau ambik dari kilang jer, x mustahil dia dah tapis bahan yang berkemungkinan ada babi.. kenapa nak pujuk rakyat cepat sangat, takut sangat cadbury terkubur ker?? pelik btul aku,menteri pulak bersungguh2 nak pertahankan cabury kenapa??

Tanpa Nama berkata...

Alaaaaa mat sabu releks je.. bn lak nak disalahkn. Tah hapa hapa. Ni kalau tanya mat sabu ni agaknya apa jwpndia.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt