Isnin, 30 Jun 2014

HOT!! GAGAL Banteras Mesin Judi Salah Siapa? - @RazlanRafii



Pemuda UMNO Wilayah menyambut baik atas pembongkaran Mingguan Malaysia terhadap kegiatan judi yang berleluasa di seluruh Negara.

Kegiatan ini dilihat seperti mempunyai lesen besar dari pihak berkuasa sehingga pelabur judi haram tidak pernah ada rasa takut untuk melabur.

Empunya premis juga sudah lali dengan tumpulnya gigi pihak berkuasa sampai tidak ada rasa gundar untuk menyewakan premis mereka untuk kegiatan judi.

Ada beberapa pihak yang perlu kita GEGAR atau dikenakan renjatan Letrik bagi membangunkan mereka, bagi menyedarkan mereka bahawa "sedar atau tanpa sedar, jabatan/kementerian kamu menghalalkan judi di seluruh Negara"

1. Pihak bekuasa tempatan seperti DBKL, MPSJ, MPPJ, dan lain-lain sudah tentu mereka ini mempunyai kuasa dalam memberi lesen perniagaan, pasukan pemantau lesen premis sudah tentu menjalankan rondaan berkala bagi pemantauan.

2. Pihak Polis Diraja Malaysia yang seharusnya menjaga kegiatan haram di setiap kawasan, ada kalanya pusat judi haram ini berada tidak sampai 100 meter dari kawasan mereka bertugas.

3.Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia menjaga pemberian lesen Siber kepada syarikat Internet, sekiranya ada memberi lesen, sudah tentu adanya pemantauan, penggunaan Kenalpasti DNS juga amat mudah digunakan bagi megenalpasti premis menjalankan aktiviti Judi, apakah mereka kurang KEPAKARAN?

4. Tenaga Nasional Berhad, yang memberi sumber elektrik kepada premis. Adakah peraturan TNB membenarkan premis mengunakan sumber tenaga bagi syarikat yang melanggar undang-undang?

5. Syarikat Jalur Lebar seperti TM, YTL dan lain-lain, seperti tidak ada tanggunjawab untuk membenteras kegiatan judi haram, setiap syarikat pengguna yang memohon sudah tentu ada latarbelakang syarikat, kalau ada penipuan, kenapa tidak ditamatkan atau menghalang premis itu menggunakan perkhidmatan.

6. Akhir sekali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), janganlah bertindak pasif, kalau mahukan sebenar-benar menyiasat aktiviti rasuah secara total, bertindaklah secara proaktif, kegiatan judi haram umpama Gajah di depan mata, tidak perlulah mencari kuman di seberang laut, selesaikan yang di depan mata dahulu.

Pihak-pihak yang diatas adalah empunya kepada undang-undang atau syarat-syarat, mereka mempunyai kuasa di atas perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Bersatu dan benteraslah kegiatan haram ini.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


McTheory:
Sokong mesin judi dibenteras, sebab ada diantara sahabat kita yang jadi MAYAT hidup sebab gila berjudi. Berilah wang berapa banyak pun, ianya akan tetap dihabiskan dimesin. Kesudahannya hidup berhutang kiri kanan hingga menyusahkan orang lain.

Penguatkuasa patut tegas untuk benteras perkara ini..

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa peranan pej agama dalam mendidik melayu yg kaki judi supaya benci judi dan melayu lain supaya benci dadah. Kalau ada melayu masih taik judi atau taik dadah, undang-undang macam mana pun tak akan dapat selesaikan masaalah ini. Fokus kepada penjudi dan penagih dadah. Melayu yg lemah iman dan integriti ini yg akn menghancurkan bangsa sendiri. Sebabkan mereka terjadi rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Dulu complaint masalah maksit/judi masalah negara dan pemimpin be end... Penyokong bee end divert ke kes rogol di Kelantan.

Skarang isu ni dah masuk media bee end..... apa cerita???

Tak sedor2 lagi...

Tanpa Nama berkata...

Kalau kerajaan melalui agensinya tak mampu utk benteras kegiatan ini walaupun berbagai kemudahan di salurkan, sudah sampai masanya kerajaan keluarkan lesen kepada semua sesiapa saja yg berminat utk membuka kedai judi,

Tanpa Nama berkata...

Tanya ust2 pas dalam jabatan agama ceramah apa selama ini,didik masyarakat utk kenal Allah dan hukumnya ke atau didik masyarakat faham ideologi politik depa.

Tanpa Nama berkata...

6.29. Kalau ustaz ceramah tiap2 hari pun tak bleh jadi kalau BEE END LULUSKAN HIBURAN TV DAN DI MEDIA AKHBAR SERTA KONSERT2 YG PENUH MAKSIAT.

Tanpa Nama berkata...


MEH DTG NEGERI SELANGOR KITA TENGOK RAMAI2. KEDAI MESEN JUDI BERSEPAH DAN ORANG MELAYU TUA MUDA BERJUDI TERUTAMA BLN PUASA NI. SIAPA TOWKEY ?