Khamis, 12 Jun 2014

HOT!! @MukhrizMahathir Mahukan Pas dan UMNO Kedah Bersatu? #IslamUnited



Umno dan Pas wajar bekerjasama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu demi kepentingan politik di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia berikutan amalan politiknya tidak keterlaluan seperti negeri lain.

“Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat, tetapi cara kita berkomunikasi itu penuh dengan tertib dan saling menghormati.

“Malah, pihak pembangkang juga tidak kutuk kerajaan negeri keterlaluan seperti yang berlaku di Sidang Dun Pulau Pinang sehingga ada wakil rakyat yang mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya ketika merasmikan Program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Jerlun, di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan pihak lain seolah-olah perpaduan Melayu itu akan menjejaskan kepentingan kaum lain.



“Kalau ada unsur-unsur untuk menyatukan Umno dan Pas, ada pihak yang bimbang seolah-olah perpaduan itu akan menghakis hak dan kepentingan orang bukan Melayu.

“Sebaliknya, Melayu yang majoriti dalam Umno dan Pas jika bersatu akan memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Mukhriz berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan juga boleh menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

“Mana mungkin rakyat Malaysia boleh bersatu keseluruhannya jika penduduknya yang majoriti Melayu berpecah belah,” katanya.

Menurutnya, tidak salah jika sesuatu parti politik itu mengamalkan politik perkauman asalkan tidak keterlaluan.

“Pada saya, amalan itu bukan satu kesalahan. Tentunya kita cuba mewakili kelompok seharian kita. Sebagai contoh, kalau kita dari kalangan Melayu, tentunya kita akan berjuang untuk kepentingan orang Melayu.

“Begitu juga dengan masyarakat Cina dan India. Ini bukan satu kesalahan. Yang penting ialah bagaimana kita nak menguruskan diri kita dengan pihak lain,” katanya.

Menurutnya, amalan politik perkauman itu dilakukan sebelum merdeka lagi terbukti menjadi formula yang dapat menggerakkan negara ini ke tahap tinggi.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong perpaduan pas dan umno 1000%!

sokong perpaduan bermakna kita dapat pahala di dunia dan akhirat!

ini janji ALLAH S.W.T!

Tanpa Nama berkata...

Kesian bee end. Terpaksa menghulur tangan disaat kelemasan.

Mereka mungkin telah berjaya menipu orang kampung dengan brim dan segala janji kesenangan. Tapi sekarang duit dah kurang. Masalah bertimpa. Nampak sangat kerjasama dalam bee end dah lemah hingga perlu mohon kerjasama dengan pembangkang.

Pas telah dizalimi sejak dulu lagi. Waktu Pas perintah pun terpaksa tebang balak untuk perintah negeri kerana duit disekat. Tu tak termasuk sabotaj. Nak terima tawaran pun dah boleh agak apa kemungkinan bila mereka kuat kembali.

Pas yg dianggotai cerdik pandai seperti kata bekas pee em tak nampak cara nak terima tawaran dari parti syaitan yg dikenali (seperti kata bekas pee em) ni.

Biarkan mereka kelemasan. Tak nak lemas, join Pakatan.

Tanpa Nama berkata...

Macam abang adik.. Abang salah adik tegur, adik buat hal abang tegur.. Asalkan buang ego jauh2.. Kan comel..

Tanpa Nama berkata...

sape yg lemas skrg...aku tgk makin jauh melayu ngan pas...

Tanpa Nama berkata...

pas makin kuat tp nape minta sokongan umno bn yg lemah nie utk lulus hudud di parlimen???pelik2 sape yg lemah n mengemis skrg nie..

mys berkata...

Ada lagi puak pas yg x sedar diri...bn lemas konon...pas yg dh nk mampos pun x nmpak lagi...nasib baik le mukhriz tu baik..harap ke mahfuz mwmang mampus le jwbnya...bengong...patutnya mu tu sedar diri le dok jadi barua dap..pun x sdar juga...memang nk mampus le x dak nma ni

Tanpa Nama berkata...

Mohon saudara istiqfar dan mengucap kembali,dikhuatiri jatuh kufur kerana menolak perpaduan islam,kerana perpaduan islam dalilnya qatei bukan zanni..wallahu aklam..jgn melampau dlm berpolitik

Tanpa Nama berkata...

Kah2, baik sungguh bee end nak tolong pembangkang.

Perpaduan kunun. Perpaduan demi memastikan nyawa parti dan pendapatan anak beranak kroni terjaga.

Time Pakatan perintah dulu tak nak tolong. Fitnah kuin dengan balak banyak le dengarnya.


Betullah dunia nak kiamat.

Tanpa Nama berkata...

Itu lah bila minda terlalu banyak diliwat...
Perbuatan yg membawa kufur pun masih anggap diri lebih islam dari org lain..

Tanpa Nama berkata...

Bukan pad ka yg tebas balak kat kedah sampai botak?
bukan pas ka melabur juta2 di papua new guena kemudian duit lesap?
Sudah laaaa..klw dah dasar penyamun...
menyamun je keja nya...

Tanpa Nama berkata...

Kelemahan Pakatan dalam negeri dulu kerana percaya kepada orang yang salah.

Masih beri peluang kepada orang amano dan berbaik dengan mereka. Mereka inilah banyak sabotaj dan ambil peluang pentingkan diri sendiri.

Padah bila tumbang dalam pru. Tapi InsyaAllah ia menjadi pengajaran berguna kepada Pakatan.

Melayu kan mudah lupa. Pakatan akan bangun kembali bila rakyat sedar janji2 penipu bee end.

Tanpa Nama berkata...

Komen kemain berdegor2.,. Tp isi zero.. komen orang bodo piang mmang macam tu..

Tanpa Nama berkata...

Ade bukti la banggang.. bukan cakap kosong.. semuanye berfakta siap bukti.. kuin lingkup puak bangkai ni kerjakan.. balak lagi la... bodo..!!

Tanpa Nama berkata...

Yang nyatanye rakyat kedah dah dengan janji2 penipu puak pas bangkai.. kau je yang tak sedar2 lg..bodo piang punya olang..!!

Tanpa Nama berkata...

Tn guru Abdullah Samah guru pondok yg menentang kesesatan nik ajis telah di katakan sesat oleh Pas..
Pas telah menyekat segala bentuk bantuan
termasuk menghalang pembinaan bangunan baru pondok tersebut..
Pas lebih dahsyat dari kafir...

Tanpa Nama berkata...

Dah hampir 30 tahun perintah kelantan...apa janji Pas kelantan yg dah tertunai...
semuanya tinggal batu asas masa pelancaran je...
duit derma pemimpin kapok masuk poket...
apa lagi Pas mau tipu....

Tanpa Nama berkata...

PAS yg lemas bro.. Tuhan benci manusia yg bodoh sombong.. sombong ni Allah murka.. dh lah melukut tepi gantang.. sombong pula.. sombong ni sifat iblis.. macai PASngok.. sedaq diri la.. kalau ckp mcm tu depan khalayak lg bertambah benci rakyat pd PAS.. xsedar diri.. org lain hulur tangan atas nama perpaduan masih nk angkuh cmm syaitan.. PAS dlu kini selamanya bodoh + angkuh!