Isnin, 16 Jun 2014

INFO!! Kisah Sebenar Penjelasan Cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa di Kedah! Ds @MukhrizMahathir



Kerajaan Negeri sudah mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baru di Kulim kepada Kerajaan Persekutuan dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini dan negeri-negeri di utara tanah air.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang tersebut yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini.

Katanya, lokasi lapangan terbang tersebut dikenal pasti berdekatan dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) membabitkan tanah seluas 6000 hektar.

“Kerajaan Negeri melihat bahawa permintaan pengangkutan udara ini semakin meningkat kerana kemudahan lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang akan menjadi semakin terhad pada masa depan kerana keperluan kargo dan penumpang yang bertambah.

“Kita tahu bahawa Pulau Pinang mempunyai bidang tanah yang agak terhad, jadi lapangan terbang itu tidak boleh dibesarkan lagi.

“Tawaran Kedah kepada Kerajaan Persekutuan adalah tanah yang luas dan mampu menampung dua landasan lapangan terbang bertujuan untuk operasi kargo dan penumpang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Peningkatan Kerjaya dan Sukan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu Kali Ke-14 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini.


Kedah kini mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri juga yakin projek tersebut akan menjadi pencetus kepada pertumbuhan ekonomi di zon utara bukan sahaja membabitkan negeri ini, malah sektor industri di Selatan Thailand.

“Cadangan tersebut masih dalam peringkat awal. Saya telah menulis surat kepada Perdana Menteri mengenainya dan selepas ini, kita akan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan.

“Kawasan yang dikenal pasti adalah melibatkan Kulim yang bersempadan dengan Sungai Petani. Ini bukan hanya mampu merancakkan ekonomi Kedah, malah juga negeri lain termasuk Pulau Pinang,” ujarnya.

Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elok sgt dh bina Airport international baru di sebelah Utara.. di tanah besar. Utk apa duk paksa org bersesak ke pulau cina penang tu.. sesak, menyusahkan.
Lagipun hightech park Kulim jauh lebih luas dan berpotensi dr menambak laut di Bayan Lepas Penang..

Harap Najib tak buat keputusan menolak demi nak jaga hati Cina yg majoriti sokong DAP.