User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Khamis, 12 Jun 2014

INFO!! TPM Mahu Kita Kekalkan Budaya 'Bertani' Hingga Menjadi Tradisi!! @IsmailSabri #Dsis


Program Jom Bertani peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Besut tadi membawa sinar harapan baru kepada para petani, penternak dan nelayan di seluruh negara.

Program yang turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Besar Terengganu banyak memberikan manafaat kepada para petani, penternak dan nelayan dengan pelbagai bantuan dan inisiatif yang diwujudkan oleh pihak kerajaan kepada golongan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya memberitahu bahawa pihak FAMA telah memaklumkan kepada beliau bahawa 3 kawasan pasar borong baharu telah dikenal pasti untuk memberikan peluang bagi golongan petani, penternak dan nelayan memasarkan hasil jualan mereka.


Beliau juga mengatakan bahawa sebanyak RM 5 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk program Jom Bertani diseluruh negara dan pelbagai insentif disediakan seperti bantuan kepada nelayan dan penternak.

Dalam ucapan Menteri Pertanian pula, Dato' Sri Ismail Sabri mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana begitu mengambil berat tentang sektor pertanian, penternakan dan penangkapan ikan diseluruh negara.


Sebelum merasmikan program Jom Bertani di Besut, Timbalan Perdana Menteri telah diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Besar Terengganu diikuti oleh ahli parlimen Jerteh, exco exco kerajaan Negeri Terengganu dan ADUN ADUN dari beberapa kawasan telah melawat pasar jualan ikan di jeti nelayan Kuala Besut.



Timbalan Perdana Menteri juga disambut dengan penuh meriah di Kampung Nyor Tujuh Besut dimana tempat pelancaran program Jom Bertani berlangsung. - Sumber

Jom kita dengar apa menteri sendiri terangkan Program ni untuk apa..


Kemudian dengar pesanan terbaik dari TPM mengenai Pertanian merupakan satu budaya..

1 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

Kalau bee end terus memerintah. Nasib petani kampung akan sama saja macam 50 tahun dulu.

Menteri bodek membodek. Pegawai kerja mesyuarat dan taklimat. Ramai pak tani dok try benih atau jenis pertanian baru. Tapi perubahan pendapatan tak seberapa untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Yang pandai banyak sokong Pakatan untuk menuntut perubahan.

Ada juga yang pandai sokong bee end, tapi pandai bodek hingga boleh dapat bantuan ayam itik kunun untuk jadi ushawan muda. Last sekali ayam itik tu pun hilang.

Tapi yang jelas, pak tani terdiri dari ramai orang Melayu:
1)Yang terus mengharapkan bantuan
2)Yang semakin tiada TANAH apabila generasi berkembang.
3)Yang semakin banyak berhutang
4)Yang semakin bermasalah dengan masalah sosialnya terutama diperingkat anak-anak petani dan peneroka.

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review