Khamis, 10 Julai 2014

HOT!! Bandar Baharu Kulim, Bakal Menjadi Bandar Moden? #KedahSerataRata


Ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Dan Memberi Sumbangan kepada Guru Al-Quran Sukarela, Bidan Kampung, Mudim dan Pengurus Jenazah Daerah Bandar Baharu kelmarin di Masjid Al-Fateh Serdang, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan beberapa perancangan projek yang akan di bangunkan Kerajaan Negeri di Daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Melalui projek pembangunan ini, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz berharap ianya dapat menyumbangkan peningkatan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Antara perancangan projek yang diumumkan adalah

1- Membangunkan satu bandar MEDICAL SCIENCE CITY di Bandar Baharu Kulim yang berkeluasan 660 ekar. Projek ini ditujukan khas untuk industri dan perkhidmatan Medical dalam bentuk penghasilan peralatan Medical untuk kegunaan didalam negara dan dieksport ke luar negara.

Industri Medical ini mampu memberi peluang pekerjaan yang bergaji tinggi kepada anak tempatan serta memberi kesan kepada peningkatan ekonomi setempat.

2- Projek pembinaan Rumah Rimbunan Kasih kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dengan harga yang munasabah.

Perumahan Rimbunan kasih merupakan satu projek yang melibatkan pembinaan 100 unit rumah di kawasan Bandar Baharu dan ianya mempunyai aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan kepada pemilik rumah Rimbunan Kasih.

3- Kerajaan Negeri Kedah kini sedang giat melobi Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan pembinaan satu Lapangan Terbang Antarabangsa yang baru di kawasan Sidam.

4- Pembinaan sebuah kompleks sukan mini atau mini stadium yang akan dibina di kawasan Serdang tidak lama lagi.

Projek pembinaan kompleks sukan mini ini adalah diatas usaha pemohonan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadhil yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu kepada Kerajaan Persekutuan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Projek 1. Melayu masih terus jadi kuli. Ada dua tiga kerat amano dapat laba. Tanah hak milik Melayu bertambah ????

Projek 2. Projek untuk berebut sama ahli amano ja. Silap2 ada yg dah kaya dapat rumah. Yg brimmm terus brimmmm.

Projek 3. Melayu boleh buka kedai jual nasi lemak. Tu pun tak tahu boleh bertahan berapa lama. Kat klia nu pun dah ramai melayu dok complaint.

Projek 4. Duit masyukkkkk.. Rakyat bolehla bersukan sedikit sebanyak. Tapi sukan Malaysia tetap ceroi dibuat ahli politik bee end. Serupa juga masjid bercambah.... tapi Islam sebenar tak pula nak diamalkan.

Tanpa Nama berkata...

Syetan PAS mai dahh..1.05ptg.. kot nk mengaji Al-Quran ka smentara nk zohor rupanya dk.. darah syetan mengalir dlm tubuh..
bulan Puasa Syetan betui kena rantai.. syetan2 PAS ambik alih ganti kerja syetan..

p/s: macai syetan PAS.. apa yg dikata tu 100% kena pd PAS.. cara takdk duit dlu2 balaih Tabung Memali.. temolok2 ostad dlm PAS Kedah kenyangg dh..

cara ada duit sikit dpt perintah Kedah baliah sakan projek2 balak.. sampai merasuah di Papua New Guinew pun jd halal.. duit Krjn pusat bg suruh selenggara jalan raya di Kedah, depa kona balaih bg kroni2 ostad2 dlm AJK PAS Kedah laknat ni.. xbuleh kt bapak depa.. anak depa balaih.. blh tnya kot Amirudin dia tau bykkk... kann

Tanpa Nama berkata...

Sokong Bandar Baru Kulim ada lapangan terbang antarabangsa, supaya Keluarga Mahathir boleh cabut pakai jet kalau ada rampasan kuasa di Malaysia. Ramai diktator2 tak sempat lari kerana tidak membuat persedian yg secukupnya.