Rabu, 21 Januari 2015

HOT! Kontroversi Gary Robbat Ciptaan Takiyuddin?



Kecoh memang kecoh, semuanya berpunca daripada seorang pemain bernama Gary Steven Robbat yang asalnya dari Kedah telah dipinjamkan ke pasukan Harimau Muda. Bila khidmat Gary tidak lagi diperlukan oleh Harimau Muda, sepatutnya Gary dihantar kembali ke negeri asalnya. Tetapi, itu tidak berlaku, sebaliknya Gary ke negeri lain tanpa pengetahuan persatuan negeri.

Kita mungkin fikir, Gary tak tahu bahawa ada terma (syarat) yang perlu beliau patuhi sebelum beliau bermain dengan pasukan lain. Kita bersangka baik, tetapi takkanlah pasukan negeri lain yang beliau nak tandatangan kontrak tu pun tak tahu juga?

Oklah kita anggap kedua-dua pihak mereka tak tahu dan tak sedar langsung. Bagaimana pula dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apakah mereka juga tak tahu mengenai undang-undang yang mereka sendiri buat? Atau mereka terlupa?

Jika mereka terlupa, Persatuan Bolasepak negeri Kedah ada menerima surat bertarikh 1 December 2014 yang mengatakan Gary Robbat akan kembali kepada pasukan asal. Selepas itu, perkembangan mengenai Gary terus sunyi, hinggalah beliau menandatangai kontrak bersama Pahang, kemudian dengan JDT.

Ok itu situasinya.

Bila Persatuan Negeri merujuk ke jawatankuasa FAM untuk mengenalpasti status Gary dan hak mereka. FAM hanya berdiam diri, kemudian PFAM, satu persatuan yang ditubuh untuk membela pemain bola sepak, menjawab pertanyaan persatuan negeri dengan mengatakan Persatuan negeri 'tiada hak ke atas Gary' tanpa penjelasan lanjut. Sedangkan FAM masih berdiam diri.

FAM hanya bersuara apabila keadaan mula kecoh dan peminat bola sepak mahu tahu keadaan yang sebenar. FAM menerusi Exconya Dato Takiyuddin (Adun Pas Kota Bharu), memberitahu media dan persatuan negeri bahawa Gary adalah 'agent bebas' dan boleh menyertai mana-mana pasukan bola sepak yang beliau mahu.

Persoalan disini, apakah surat bertarikh 1 December 2014 itu tak bermakna apa-apa? Persoalan kedua, bagaimana Gary boleh jadi agent bebas, sedangkan sebelum ini FAM pernah menyatakan beliau milik Kedah. Ketiga, karier Gary bukan hanya wujud semasa di Sekolah Sukan Bukit Jalil, beliau sememangnya dari projek pembangunan sukan bola sepak negeri Kedah. Apakah KFA tiada jasa langsung terhadap beliau. Keempat, penulis berasa ragu dengan Dato Takiyuddin, kerana keputusan beliau begitu kelihatan berat sebelah.

Apakah YB Dato Takiyuddin, diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan tersebut tanpa pantauan orang atasan? Atau Dato Takiyuddin ni ada membuat keputusannya berdasarkan politik semasa? Mungkin beliau ada niat untuk melaga-lagakan diantara persatuan negeri didalam kes Gary ni. Sebab bukti yang jelas serta bersurat pun boleh dilanggar oleh beliau semasa membuat keputusan.

Penulis tiada hak untuk memaksa FAM menjawab semua persoalan. Tapi inilah yang menganggu penulis sejak dari awal keputusan itu keluar. Benarkah si YB Dato Takiyuddin membuat kerja secara telus? Kenapa tiada laporan penuh pun yang beliau bentangkan. Hanya alasan ringkas, tanpa menerangkan yang lain. Hingga menyebabkan peminat bola sepak tidak berpuas hati.

Apa dah jadi sebenarnya, isu ni bak kata orang, bagai ada udang disebalik batu. Adakah mereka sembunyikan perkara yang kita tak tahu disebalik keputusan tersebut. Kenapa tak bersikap telus?

YB Dato Takiyuddin boleh tolong jawab tak?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bolasepak? Sukan negara?

Selagi negara dibawah bee end. Selagi FAMM dibawah budaya politik bee nd.

X usah crita banyak2 ler. Syiok tepuk tangan pun dah kira cukup.

Negara Asean lain dah jauh ke depan dah...

Tanpa Nama berkata...

Bolasepak Kelantan bawah budaya Pas lah yang menonjol tu.

Tanpa Nama berkata...

Bolasepak Kelantan bawah budaya PAS yg dibawah kawal selia budaya FAMM dibawah budaya politik bee nd.

Nampak tak hubungannya?

Naik pun kejap je. X bleh pi kemana aihh sukan negara nie..

Lasssssst terkini ahli sukan terlibat dadah. Jadilah sama taraf dengan mat gian tepi jalan.

Inilah terjadi bila agama dan politik dipisahkan.

Tanpa Nama berkata...

Siapa Gary Steven Robbat tak kenal lah.!!!!..bagus ke dia tu ?