Di sidang media Mesyuarat mingguan Exco Kerajaan negeri Kedah sebentar tadi, YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan bahawa, Kerajaan negeri Kedah sedang giat menyiapkan kerja pembinaan rumah sementara di Manik Urai.
Kata beliau, sebuah rumah sudah siap didirikan. JKR Kedah yang diamanahkan bagi mengetuai pembinaan tersebut, sedang giat menjalankan kerja, sambil dibantu oleh kontraktor tempatan, sukarelawan Kedah (SUKAM) dan turut membantu sebuah syarikat swasta dari Langkawi, menyumbang simen bagi tujuan pembinaan.
Manakala Jabatan Hutan negeri Kedah juga, menyumbangkan kayu hutan, hasil rampasan mereka untuk membuat papan lapis bagi kegunaan pembinaan rumah. 53 buah rumah akan dibina atas tapak asal rumah penduduk kampung, rumah tersebut berukuran seluas 448 kaki persegi, anggaran kos lebih kurang RM15 ribu, malah ianya (kos) mungkin boleh dikurangkan lagi, kerana ada pihak GLC dari Kedah dan pihak swasta, turut memberi sumbangan bagi mengurangkan kos pembinaan tersebut.
(contoh rumah didalam gambar)
Rumah sementera tersebut pula, dijangka akan siap kesemuanya, didalam tempoh dua bulan (anggaran), bergantung pada proses pembinaannya. Penduduk kampung boleh mengunakan rumah itu dahulu, sementara menunggu rumah kekal yang akan diberi atas ihsan bantuan Kerajaan pusat.
Ternyata usaha murni Kerajaan negeri Kedah, disambutan meriah oleh masyarakat tempatan disana. Malah YAB MB sendiri akan turun sekali lagi di Kampung Karangan, untuk melihat perkembangan positif setelah kerja pemulihan, penambahbaikan dilakukan oleh wakil Kerajaan dan sukarelawan Kedah disana.
www.mukhrizmahathirfc.com
3 ulasan:
Nik ajih cakap blh mintak tlg dgn setan utk tumbangkan umno...
tapi bila susah setan lari umno jugak yg tolong.
Cari la setan gondol mana yg sanggup tolong ...
tolak semua pertolongan umno di kelantan klw muka tak tau malu teros kan...
setan Dap dan PKR tengah sibuk bolot duit. Pas bodoh!
Saya bukan hendak menambah apa yang dikatakan, tapi sys setuju, dan ingin buat peringatan, cukuplah apa yang allahyarham hamburkan ayat2 yang tidak patut dilafaskan, dan jgn pulak diikuti oleh orang Pah!...yang masih hidup. Cukuplah dosa yang dibawa berpikul dan diharap Allah mengampuni dosa beliau. Amin.
Catat Ulasan