Jumaat, 20 Mac 2015
Kelantan Mampu Laksana Hudud Tanpa Izin Persekutuan
Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan mengejutkan ramai pihak, apabila usul yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan hudud negeri, disokong oleh semua 44 orang Adun, tidak kiralah dari Pas, Pkr atau UMNO.
Semalam pula DUN Kelantan sebulat suara terus meluluskan, rang undang-undang pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II. Selepas rang undang-undang itu diluluskan, pindaan perlu dibuat di peringkat Parlimen untuk membolehkannya
dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, cabaran untuk membawa usul ini ke parlimen dijangka mendapat bantahan hebat dari pihak yang menentang hudud.
Jika dilihat pada atas kertas, gabungan ahli parlimen UMNO dan Pas akan mendapat majoriti mudah. Namun segalanya boleh berlaku, kerana tidak semua ahli parlimen beragama Islam mahukan hudud dilaksanakan di Malaysia.
Malah ketika ini Melayu PKR telah mengeluarkan kenyataan kesal mengenai kelulusan usul tersebut di Kelantan, malah mereka menyalahkan Pas kerana membelakangi perjanjian persefahaman dalam Pakatan Rakyat.
Andaikata hudud ini tidak diterima ketika usul di parlimen, apakah Kelantan mampu melaksanakannya tanpa restu dari Persekutuan?
Dalam konteks Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini, Hudud hanya boleh di laksanakan OLEH KERAJAAN MANA-MANA NEGERI dan bukannya oleh Kerajaan Persekutuan. Hujah saya ini adalah berdasarkan kepada Senarai 2 (Senarai Negeri) Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:-
” 9. Kuasa Negeri untuk mengadakan kesalahan-kesalahan mengenai apa-apa perkara yang termasuk dalam senarai negeri atau yang diselenggara di bawah undang-undang negeri, bukti mengenai undang-undang Negeri dan mengenai perkara-perkara yang di lakukan di bawahnya dan bukti mengenai apa-apa perkara bagi maksud undang-undang
Negeri”
ISLAM adalah bidangkuasa negeri yang di ketuai oleh Sultan. Maka Perkara 9,Senarai 2 Jadual ke-9 berkenaan MEMBERIKAN KUASA YANG SELUAS-LUASNYA KEPADA DEWAN UNDANGAN NEGERI untuk meluluskan undang-undang hudud untuk di amalkan di negeri tersebut untuk orang Islam sahaja.
Jadi tanpa persetujuan dari parlimen pun kemungkinan besar Hudud di Kelantan mampu dilaksanakan. Jadi tak salah kita mulakan dari Kelantan, jika terbukti ianya mampu mencegah jenayah, apa salah negeri lain, atau negara Malaysia juga
turut mengunakan undang-undang hudud sebagai Kanun Jenayah Syariah di Malaysia?
Betulkan penulis jika cadangan ini salah..
MyKmu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
kembalikan kepercayaan kami staf-staf kuin terhadap barisan nasional dengan kembalikan kuin ke tempat asalnya MERGONG...... kami terseksa disini!!!!!
Catat Ulasan