Puak pembangkang mula berkempen untuk 'Selamatkan Felda', kononnya mereka nak selamatkan. Akan tetapi pada hakikat sebenar, mereka yang tak sudah-sudah memfitnah dan menghentam Felda dari dulu hingga kini.
Pada mereka, puak PR ni, apa yang Kerajaan buat pada Felda, semuanya tak betul. Semuanya salah. Walaupun perlaksanaan projek Kerajaan membuahkan hasil, tetapi mereka tetap bantah.
Sudahlah mereka tak pernah membantu atau mencadangkan Kerajaan bagi membangun Felda. Kini hasil daripada fitnah mereka, menyebabkan saham FGV tidak stabil.
Jadi sekarang mereka berkempen nak Selamatkan Felda, nak selamatkan daripada siapa sebenarnya?
Dari kita kah, dari mereka?
“Felda sejarahnya bermula sewaktu Almarhum Tun Abdul Razak hendak membantu rakyat atasi masalah kemiskinan dan salah satu pendekatan yang diambil ialah pengagihan kawasan tanah yang boleh dimajukan supaya peserta dapat jaminan masa depan lebih sempurna.
“Namun ia sudah menjadi sejarah, kini banyak kawasan Felda jadi pusat pertumbuhan baharu dengan kehidupan lebih baik jika dibandingkan masa mula-mula ia dibangunkan,” kata Tan Sri Muhyidin Yassin sewaktu berucap, ketika membuat lawatan sempena Pilihanraya Kecil Rompin baru-baru ini.
Felda sendiri bermula dari bawah, contoh terbaik ialah, rumah bagi peneroka Felda. Bermula dengan rumah kayu, rumah peneroka Felda kini bertambah baik dengan pembinaan rumah batu dan semakin hari, semakin dibawa kemajuan.
Contoh rumah ini, penulis petik dari ucapan TPM mengenai rumah Felda,
“Rumah dahulu mungkin sebilik dua, namun kini semakin bertambah dan apabila Hari Raya kita lihat banyak kenderaan di hadapan rumah. Ini menunjukkan masyarakat peneroka menikmati banyak kemudahan dan hidup dengan selesa,” kata beliau lagi.
Jadi dimana lagi kita perlu selamatkan Felda, yang kini berada dilandasan, betul dan semakin berkembang. Memang saham FGV ada sedikit penurunan, namun ianya bersifat sementara. Biasalah saham, ada turun dan ada naik.
Namun kesimpulannya, Felda tiada masalah, cuma perlu penambahbaikan dari hari ke hari seperti mana sekarang. Jika nak tengok bagaimana contoh Felda dijaga baik oleh Kerajaan, boleh datang sendiri ke Rompin.
Jadi tak salah jika kekalkan BN bagi kerusi Rompin bagi meneruskan legasi dari dulu kini dan selamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan