Khamis, 23 April 2015

#PrkRompin Pas Sepatutnya Tarik Diri dari Bertanding!


Alhamdulillah..selesai sudah penamaan calon bagi kawasan Parlimen Rompin tanpa sebarang pertumpahan darah..semuanya berlangsung dalam keadaan aman...pertemuan di Rompin menyaksikan PAS aka berhadapan dengan BN di kawasan ini..

Pertembungan PAS dan BN di Rompin boleh diibaratkan sebagai melepaskan anjing yang tersepit..PAS langsung tidak kenang budi..masihkan PAS ingat yang BN tidak bertanding di DUN Chempaka ekoran kematian Penyandang Nik Aziz..

Ini bukan soal Populariti Nik Aziz terlalu hebat..tetapi atas dasar setiakawan BN tidak meletakkan calon..apa boleh buat..pulang paku buah keras..PAS tetap meletakkan calon di Parlimen Rompin..alasan sama berlangsungnya PRK adalah kematian penyandang..

Kemenangan kubu kuat bukan alasan..ini kerana jika dilihat keputusan PRU 13 yang lalu...Nik Aziz hanya menang dengan 6,500 undi majoriti sahaja...tapi tidak untuk BN menang dengan majoriti lebih sekali ganda iaitu 15,144...

Kemana semangat setiakawan PAS...berjemaah dengan DAP pun mereka bergaduh..dengan BN pun mereka tak setiakawan...bawah ini saya share keputusan PRU13 bagi DUN CHEMPAKA dan PARLIMEN ROMPIN...anda nilailah sendiri prinsip perjuangan PAS...tidak menghormati dan tiada semangat setiakawan...



Allahyarham Nik Aziz menang DUN Chempaka dengan majoriti 6,500 undi sahaja




Jamaluddin Jarjis menang dengan majoriti besar 15,144


Sewajarnya PAS menarik diri dari pertembungan ini..jika tidak pun para pengundi perlu fikir masak-masak sebelum keluar mengundi...kerana kematian penyandang..BN menghormati dan tidak letak calon di DJ Chempaka..tapi bila BN kematian penyandang..PAS langsung tidak mahu membalas budi...sedangkan majoriti kemenangan BN lebih besar daripada PAS...fikir-fikirkan sebelum mengundi 5 Mei ini..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ntah kenapa hati ini menyatakan PAS akan menang di ROMPIN

kluangman berkata...

UMNO tidak bertanding di Chempaka kerana tidak cikup kekuatan untuk merebut kerusi di kubukuat PAS.

PAS bertanding di Rompin untuk mengurangkan majoriti UMNO dan sekaligus jika jentera pilihanraya parti PAS lancar + isu semasa, calon PAS mampu menang.

UMNO jangan pandang ringan kemungkinan ini lebih lebih lagi ketika Presiden mereka dilihat berada dalam kedudukan paling lemah.