Sabtu, 2 Mei 2015

Alor Setar Bakal Berubah Wajah? #HanyaDiKedah

Diatas ialah gambar lakaran Aman Central yang bakal mengubah sedikit sebanyak landskap bandaraya Alor Setar. Memang pembinaan Aman Central menimbulkan kontroversi pada dulunya, namun ianya telah diselesaikan oleh pihak Istana Kedah.

Segala cacat cela telah dipulihkan semula dan tidak dinafikan ianya hasil perancangan Kerajaan terdahulu. Walaupun kontroversi, tetapi pembinaan diteruskan juga, kerana menghormati hasil usaha Allahyarham Ustaz Azizan.

Untuk pengetahuan semua sahabat, wajah Bandaraya Alor Setar akan berubah apabila Pekan Rabu 'baru' dijangka siap dalam masa dua tahun lagi. Malah akan wujud satu bangunan baru ditapak pusat dakwah, yang didalamnya ada masjid, bangunan perniagaan, kondominum dan parking bertingkat, bersebelahan dengan City Plaza dan UTC.

Ini melengkapkan perubahan wajah bandaraya kita.

Jika 3 projek ini dapat disiapkan dalam masa 3 tahun, bermakna bandar Alor Setar benar-benar berwajah Bandaraya. Paling menarik, Pekan Rabu dan Pusat Dakwah merupakan tapak perniagaan bumiputra. Telah lama perniaga kita dipinggirkan. Sudah sampai masa mereka harus duduk didepan, setanding dengan bangsa lain yang telah maju dalam bidang perniagaan.
Sampai bila kita harus dibelakang?

Jika ada sebarang pertanyaan boleh inbox kami, InshaAllah jika ada kelapangan kami akan membalasnya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dato Mukhriz kerana tidak takbur. Apa yang baik yang dirancang oleh kerajaan terdahulu diteruskan dan apa yang kurang di perbaiki.
Bukan macam setengah orang bila mendapat kuasa sahaja terus merombak apa yang telahpun diputuskan.

AhmadAlbab berkata...

Peniaga dalam Koperasi Pekan Rabu tu 90% totok PAS dan PR. Depa takdak terima kasih, tapi duk kempen hasut pembeli supaya benci UMNO BN lagi adala..

Yg kedua, kes Madrasah Salihiah yang diroboh kerajaan Rejim PAS dulu, mana ada selesai? Sampai sekarang tergantung, dan maruah Madrasah tu tetap tiada gantinya bila dihalalkan dirobohkan. Madrasah yg berjasa 100tahun pun boleh dikorbankn demi wang, agaknya benda lainboleh harap ka pada org2 politik? Tambah2 lanun2 PAS.

Seterusnya, dirasakan tiada perlu Alor Setar ini dengan shopping mall baru seperti Aman Sentral, yang saling 'berbunuhan' antara mall lain seperti 2 buah TESCO, Giant Hypermarket, EONBig, Mydin Mall, Alor Setar Mall, Pacific, yang sekarang ini 'terancam' dengan margin pelanggan yang rendah..

Hal ini berlaku kerana kerajaan Kedah tudak cerdik dari segi pelan pembangunan taraf sosioekonomi rakyat Alor Setar, dan strategic planning untuk mewujudkan crowd pemukim dan pengunjung bandaraya ini!

Jadi semua ini akan jadi gajah putih, sakit dan akhirnya gagal mencapai matlamat. Sebagai contoh Plaza Putra di Jalan Putra yang lebih bersifat 'kongsi gelap' mall, dikuasai penipu dan pemeras ugut, juga Arked Mall dibawah PKNK, bangunan begitu cantik berhawa dingin, dilokasi strategik tapi MATI!

Sebab itulah sangat perlu Kedah ini kepada MB yang cerdik, proaktuf, tangkas dan berketegasan tinggi. Bukan MB yg dibanyangi bayang2 orang lain, tapi sebenarnya jauh dari KPI yang diharapkan.

AhmadAlbab berkata...

Salat satu pelan terbaik dan terpantas untuk menambah crowd pemukim dan pengunjung di Bandar Alor Setar (tidak layak hakikatnya memanggil bandaraya) ialah melalui menjadikannya bandar ilmu, iaitu mewujudkan IPTA dan Pusat Penyelidikan.

Salah satu kegagalan MB sekarang ialah 'hilangnya' IPTA permata Kedah, KUIN INSANIAH dari bandar Alor Setar. Betapa amat menyedihkan dan besarnya kerugian dan rantaian kesan negatif bila gagalnya KUIN menempatkan semula kampus induk tetapnya di Alor Setar. Kemudian MB Kedah belum upaya menggantikan lompong ketiadaan KUIN di sini, dengan segera merancang IPTA baru, lebih malang, Universiti swasta AlBukhari juga turut lenyap.

Bila sebuah IPTA diwujudkan betapa banyak kesan rantaian ekonomi boleh diwujudkan dankurangnya impak kerosakan sosio budaya berbanding jika diwujudkan zon industri kilang atau hiburan, apatah lagi jika IPTA itu sebagai pusat ilmu Islam seperti KUIN. Barakah juga datang. Tapi malang sekali, pentadbir tertinggi Kedah gagal nelihat strategi ini sebagai target yang paling baik untuk Alor Setar dan org Melayu, kurangnya risiko untuk dikuasai bukan Melayu.

Pelajar yang datang belajar akan membawa perbelanjaan, yuran, sewaan, sara hidup, kaum kerabat, keluarga, potensi pelancongan sehingga pada hari konvokesyen.

Itulah suntikan ekonomi yang paling rendah risiko dan membuka pelbagai kesan baik, peluang kerja yang banyak dan pelbagai.

Alor Setar sewajibnya telah mempunyai IPTA atau Pusat Penyelidikan bertaraf HI-COE sebagai lambang ketamadunan ilmu Kerajaan Negeri Kedah yg jauh lebih tua dari Kerajaan Kesultanan Melaka, berbanding berlumba2 membina shopping mall atau bisness center yang kelam hala tuju.

Itulah ketidak cerdikan perancang politik di Kedah, mundur dan terus dijajah ekonomi dan pemikiran oleh kaum asing.

Baik UMNO atau PAS, masing2 tiada pemimpin hebat lagi berwibawa yang boleh mengubah martabat segenap lapisan masyarakat di Kedah. UUM langsung tidak membantu Kedah dalam erti kata mengubah ilmu sains dan teknologi supaya hidup subur di kalangan masyarakat Kedah, khususnya disisi Pentadbiran Wisma Darul Aman. Bandaraya industri yang diangankan di Bukit Kayu Hitam, Gurun dan Kulim tak beri apa kesan melainkan hanya beberapa kerat peluang kerja, tapi bukan pusat pembudayaan ilmu dan penyelidikan untuk generasi yang boleh bangunkan Kedah secara merdeka teknologi dan sains.

Diharapkan kome saya disini ada sedikit perhatian untuk ubah wajah Kedah khususnya Alor Setar, bukan berbangga dengan bangunan batu gedung perniagaan yang dikuasai orang asing atau yg bertukar menjadi sarang gelandangan, rumah hantu.
Celiklah mata wahai pentadbir Kedah. Berpuas hati dengan Aman Sentral? Kondo yang dimajukan oleh Sunny Ho?

Kasihan.. Kedah masih dalam minda dijajah..

Wallahualam.

betul kata ahmadalbab..."Itulah ketidak cerdikan perancang politik di Kedah, mundur dan terus dijajah ekonomi dan pemikiran oleh kaum asing"..kuin patut dan wajib dikekal di bandaraya alor setar untuk seimbangkan sosial masyarakat bandaraya dengan pendidikan islam dan dalam masa yang sama dapat seimbangkan ekonomi islam dan bukan islam..mb, exco-exco dan upen jangan dok saja nak popular jaa memanjang.