Khamis, 21 Mei 2015

Lapor Pada Pihak Berkuasa Jika Harga Tiket Naik! - SPAD


Untuk persediaan menghadapi musim perayaan yang semakin hampir Ketua Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad memberi amaran kepada pengusaha bas ekspress agar tidak mengambil kesempatan menjual tiket bas dengan harga lebih mahal terutamanya pada musim-musim perayaan.

Walaupun sebelum ini PERBAWA iaitu persatuan pengusaha bas ada memohon SPAD mengkaji semula mengenai harga tiket bas. Namun sehingga sekarang belum ada kenyataan rasmi dari pihak SPAD, sama ada kekal atau naik.

Disebabkan itu, pihak SPAD menegaskan sekiranya ada pihak (pengusaha bas) yang didapati bersalah menaikkan harga tiket, para pengusaha Bas Ekspress akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang mana hukuman maksimum sebanyak RM 50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.

Perkara menaikan harga tiket sesukahati ini tidak boleh dibiarkan, jika dibiarkan ia akan menjadi melarat dan menyusahkan penguna yang lain.

Oleh itu jika pengguna menyedari bahawa ada pengusaha bas menaikan harga tiket, penguna boleh melaporkan sebarang kesalahan dengan menghubungi SPAD ditalian 1800- 88- SPAD (7723) atau melaporkan di twitter dengan mention @SPADchannel atau @AduanSPAD. Juga pengguna boleh membuat aduan di Facebook rasmi SPAD iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat - SPAD.

Sebagai penguna, kita boleh menjadi mata dan telinga pihak penguatkuasa SPAD dengan melaporkan berkenaan salahlaku berkaitan dengan pengangkutan awam. Jika teksi kita boleh mengunakan aplikasi 'MeterOn' dengan pengangkutan awam yang lain, penguna boleh mengunakan sosial media ataupun talian bebas tol yang tertera diatas tadi.

Cegahlah sebelum terlambat. Laporkan salahlaku mereka sebelum orang lain pula menjadi mangsa.


Tiada ulasan: