Jumaat, 24 Julai 2015
Rumah Terbuka Pengerusi Felda Meriah
Bila raya, rumah terbuka ini sudah menjadi perkara lazim. Begitu juga halnya dengan Pengerusi FELDA, YB Tan Sri Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza. Mereka telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Majlis berlangsung meriah dan pengunjung datang tidak putus-putus untuk berhari raya dan berkesempatan bersalaman dengan Tan Sri Isa dan Isteri.
Antara yang turut hadir di Majlis Rumah Terbuka Pengerusi FELDA adalah Pengarah Besar FELDA, Dato’ Hanapi Suhada dan isteri, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Tampin; Dato’ Sri Ali Rustam dan kepimpinan dari semua anak syarikat FELDA dan pertubuhan FELDA.
Majlis yang berlangsung dari jam 12.30 tengahari berakhir lewat petang sekitar jam 4.30 petang dengan kehadiran hampir 7 ribu orang tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Pengerusi FELDA ini.
Rumah terbuka FELDA ini boleh dikatakan menjadi acara tahunan untuk Pengerusi FELDA bersama keluarga besar FELDA yang lain berhari raya bersama-sama.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan