Ahad, 13 September 2015

KPI Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah!



1. KPI Mukhriz Mahathir sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah dari 6 Mei 2013 sehingga sekarang. Makhluk Asing tu difahamkan sekadar nak bertanya. So, sebagai anak Kedah "02", aku bentangkan fakta dibawah, apa yang Mukhriz Mahathir buat untuk negeri Kedah dan seluruh isi didalamnya.

2. Fokus KPI Mukhriz Mahathir yang aku dapat sepanjang beliau menjadi MB Kedah dalam konteks Pelaburan, Peruntukan Belanjawan, Penyediaan Rumah Mampu Milik dan Jumlah Kutipan Hasil. Empat perkara ini menjadi perkara pokok dalam memacu pembangunan ekonomi dan kemampanan tadbir urus kerajaan negeri yang lebih efisien.

a. Kerancakkan Pelaburan Domestik dan Asing:
Berdasarkan report daripada MIDA salah sebuah agensi dibawah MITI, nilai pelaburan langsung domestik (DDI) dan langsung asing (FDI) yang masuk ke Kedah ialah seperti berikut;

Berakhir Dec 2013 :
DDI = RM702,463,923 (USD219,519,976*)
FDI = RM4,129,732,892 (USD1,290,541,529*)
*USD1=RM3.20 - Dec 2013

Berakhir Dec 2014 :
DDI = RM768,319,917
FDI = RM4,516,895,351

Jan-Jun 2015 :
DDI = RM252,321,596
FDI = RM866,228,352

Link : http://www.mida.gov.my/…/FactsFigur…/JanJune2015/byState.pdf

b. Peruntukan Belanjawan Kedah : Belanjawan Berhemah

2014 :
Peruntukan : RM796.35 juta
Belanja Mengurus : RM243.12 juta
Belanja Pembangunan : RM235.62 juta

2015
Peruntukan : RM804 juta
Belanja Mengurus : RM527 juta (Belanja Defisit Pembangunan KWPN RM194 juta)
Belanja Pembangunan : RM276.98 juta

c. Jumlah kutipan hasil negeri Kedah : Memacu pembangunan negeri
2013 : RM512 juta
2014 : RM450 juta
2015 : RM743 juta (Anggaran)

d. Jumlah projek Rumah Mampu Milik di Kedah

2013 :
Melalui Jab. Perumahan Negara : 4,801 buah
Melalui PPR : 812 buah
Melalui SPP : 126 buah
Melalui Pihak Swasta : 1,019 buah
Melalui PR1MA : 1,349 buah

2014 :
Melalui PR1MA : 6,373 buah
Melalui Rumah Mesra Rakyat : 2,505 buah
Melalui Projek Rumah Felda Gen2 : 640 buah
Melalui KEDA : 221 buah

Rujukan : Laporan Belanjawan Kedah 2014 dan 2015

Kesimpulannya, KPI Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 dalam tempoh masa 2 tahun 4 bulan, bagi penulis, amat membanggakan. Beliau berjaya mengembalikan Kedah ke landasan yang betul selepas huru-hara selama sepenggal bahkan dalam prospek ekonomi yang kian mencabar, Mukhriz Mahathir berjaya mengharung onak duri dalam merancakkan sub sektor ekonomi Kedah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah!,Saudara penulis telah memaparkan sesatu bagi tatapan rakyaat Kedah yang mungkin untuk pengtahuan mereka.Yang berfikiran neg. apa pun kita paparkan/penerangan kemungkinan mereka buat-buat tak faham.mereka-mereka ini boleh digelar sebagai "vested intrest".

pacu berjemaah berkata...

Tudia.. fakta2 yg hanya tangkap muat hanya demi mengangkat Mukhriz.. Rumah mampu milik tu di takah berapa?? Felda, Keda & RMR1M tuu semua Kerajaan persekutuan yg buat bukan kerajaan negeri.. agak2 laa kakcik oiii

Tanpa Nama berkata...

Weh bodoh Pacu Jemaah, hang ingat Pusat mudah2 saja nak bagi Kedah buat projek perumahan kalau tak minta?

Si bodoh macam hang tu.. menyusahkan la..