Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Kedah Darulaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedah Darulaman. Papar semua catatan

Ahad, 13 September 2015

KPI Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah!



1. KPI Mukhriz Mahathir sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah dari 6 Mei 2013 sehingga sekarang. Makhluk Asing tu difahamkan sekadar nak bertanya. So, sebagai anak Kedah "02", aku bentangkan fakta dibawah, apa yang Mukhriz Mahathir buat untuk negeri Kedah dan seluruh isi didalamnya.

2. Fokus KPI Mukhriz Mahathir yang aku dapat sepanjang beliau menjadi MB Kedah dalam konteks Pelaburan, Peruntukan Belanjawan, Penyediaan Rumah Mampu Milik dan Jumlah Kutipan Hasil. Empat perkara ini menjadi perkara pokok dalam memacu pembangunan ekonomi dan kemampanan tadbir urus kerajaan negeri yang lebih efisien.

a. Kerancakkan Pelaburan Domestik dan Asing:
Berdasarkan report daripada MIDA salah sebuah agensi dibawah MITI, nilai pelaburan langsung domestik (DDI) dan langsung asing (FDI) yang masuk ke Kedah ialah seperti berikut;

Berakhir Dec 2013 :
DDI = RM702,463,923 (USD219,519,976*)
FDI = RM4,129,732,892 (USD1,290,541,529*)
*USD1=RM3.20 - Dec 2013

Berakhir Dec 2014 :
DDI = RM768,319,917
FDI = RM4,516,895,351

Jan-Jun 2015 :
DDI = RM252,321,596
FDI = RM866,228,352

Link : http://www.mida.gov.my/…/FactsFigur…/JanJune2015/byState.pdf

b. Peruntukan Belanjawan Kedah : Belanjawan Berhemah

2014 :
Peruntukan : RM796.35 juta
Belanja Mengurus : RM243.12 juta
Belanja Pembangunan : RM235.62 juta

2015
Peruntukan : RM804 juta
Belanja Mengurus : RM527 juta (Belanja Defisit Pembangunan KWPN RM194 juta)
Belanja Pembangunan : RM276.98 juta

c. Jumlah kutipan hasil negeri Kedah : Memacu pembangunan negeri
2013 : RM512 juta
2014 : RM450 juta
2015 : RM743 juta (Anggaran)

d. Jumlah projek Rumah Mampu Milik di Kedah

2013 :
Melalui Jab. Perumahan Negara : 4,801 buah
Melalui PPR : 812 buah
Melalui SPP : 126 buah
Melalui Pihak Swasta : 1,019 buah
Melalui PR1MA : 1,349 buah

2014 :
Melalui PR1MA : 6,373 buah
Melalui Rumah Mesra Rakyat : 2,505 buah
Melalui Projek Rumah Felda Gen2 : 640 buah
Melalui KEDA : 221 buah

Rujukan : Laporan Belanjawan Kedah 2014 dan 2015

Kesimpulannya, KPI Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 dalam tempoh masa 2 tahun 4 bulan, bagi penulis, amat membanggakan. Beliau berjaya mengembalikan Kedah ke landasan yang betul selepas huru-hara selama sepenggal bahkan dalam prospek ekonomi yang kian mencabar, Mukhriz Mahathir berjaya mengharung onak duri dalam merancakkan sub sektor ekonomi Kedah.

Selasa, 13 Mac 2012

TUDIAA!! Pas Kedah KEJAM cadangan nak runtuhkan MASJID??


Salam pada semua pembaca..

Mc dalam minggu ni agak sibuk dengan kerja. Hinggakan nak update blog pun agak terabai. Namun blog tetap Mc update jika ada masa lapang. Sebab blog ni seolah-olah kewajiban rasmi Mc setelah 4 tahun bergelar blogger.

Angin pilihanraya semakin dekat berbau. Semakin dekat, semakin sibuklah Mc dan rakan-rakan yang lain. Namun perjuangan tetap perlu diteruskan walaupun mendapat halangan dari luar dan dalam UMNO sendiri.

Rabu, 7 Disember 2011

TUDIAA!! BADDROL BAKHTIAR TETAP MAHU KELUAR DARI KEDAH!!



Dulu Mc pernah menulis mengenai Baddrol yang mahu meninggalkan pasukan Kedah, nak baca boleh klik SINI. Kalau tidak ada sebab tak mungkin Baddrol nak meninggalkan pasukan Kedah. Depan mungkin beliau tak berani cakap, tapi dalam hati siapa yang tahu?

Tonggak pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Khamis, 10 November 2011

GEMPAR!! KEDAH NEGERI KEBAJIKAN!! BIL AYAQ RM7,610 sebulan!!?


Penoreh terkejut dapat bil air RM7,610

Seorang penoreh getah, Md. Ghazali Md. Hussin, 59, dari Kampung Padang Che Mas Mukim Pulai di sini, terkejut apabila menerima bil air sebanyak RM7,610 untuk bacaan pada bulan lalu.

Menurutnya, jumlah tersebut tidak masuk akal kerana dia yang tinggal bersama isteri, Siti Aminah Abdullah, 56, dan anak mereka, Shahruddin, 30, sebelum ini hanya membayar bil air antara RM10 hingga RM15 setiap bulan kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Katanya, bil yang diterima untuk penggunaan air pada Oktober lalu mencatatkan jumlah sebanyak RM7,610 selepas meter air ditukar baru.

“Biasanya saya hanya perlu membayar antara RM10 hingga RM15 setiap bulan, jadi saya cukup terkejut apabila menerima bil minggu lalu yang berjumlah RM7,610 dan saya percaya ia adalah kesilapan pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, dia kemudiannya membawa bil itu ke pejabat SADA di pekan Baling, namun dimaklumkan tiada pegawai yang bertanggungjawab untuk menjelaskan mengenai catatan jumlah tersebut kepadanya.

Katanya, dia ke pejabat berkenaan sebelum Hari Raya Aidiladha lalu, namun sehingga hari ini pihak berkenaan belum menemuinya.

Berikutan bil yang diterimanya itu, dia sekeluarga terpaksa menutup kunci meter air kerana tidak berani lagi menggunakan air paip kerana bimbang bil akan naik lebih tinggi lagi.

Ekoran itu, dia dan keluarganya terpaksa menggunakan air telaga yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk kegunaan harian seperti minum, membasuh dan mandi.

“Saya dan keluarga tidak lagi berani menggunakan air paip, takut bil terus melambung tinggi, lebih baik saya gunakan air perigi dulu,” katanya.

Menurut Md. Ghazali, dia tidak mampu untuk menjelaskan bayaran sebanyak itu malah dia sekeluarga tidak pernah menggunakan bekalan air yang banyak untuk kegunaan harian.

Katanya, sejak menggunakan bekalan air paip sejak 20 tahun lalu bil di rumahnya tidak pernah mencatatkan jumlah seperti itu kerana dia dan keluarga sering berjimat cermat dalam menggunakan air.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam SADA, Rofedi Sulaiman ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan hanya berkata, pihaknya akan meneliti perkara tersebut.

PMK
SESUAI DENGAN SLOGAN SETITIS AIR AMAT BERHARGA.

Selasa, 20 September 2011

Lagu Kedah.. Mai Cek Oi Mai Cek Mai.. Lama Tak Dengaq Lagu Ni.. MB Kedah Gheta Besaq..


Mai cek oii mai cek mai.. MB kita Gheta besaq.. mai cek bagi ramai.. jamu ayaq mahai.. ewahh..

Gheta Baru MB Kedah?? Nak baca klik SINI


McTheory:
Tukaq lirik pun sedap jugak ni..