Teksi yang ditahan kerana tidak mengunakan meter dan memalsukan kad pemandu |
Walaupun penguatkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat sering kali melakukan operasi terhadap pemandu teksi, menyediakan perkhidmatan 'MeterOn' untuk cegah salah laku, namun masih ada pemandu teksi yang berdegil dan tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Kesalahan yang paling ketara ialah, pemandu teksi yang tidak menggunakan meter malah mengenakan caj berlebihan dan menggunakan meter yang diubah suai merupakan antara rungutan tertinggi di kalangan penumpang teksi di Malaysia.
Kira-kira 72.2 peratus penumpang memberikan maklum balas negatif terhadap perkhidmatan teksi, dengan kebanyakannya atau 30.3 peratus mengadu mengenai meter dan caj berlebihan.
Ia berdasarkan maklum balas daripada 611 penumpang yang menggunakan aplikasi mudah alih untuk perkhidmatan teksi, MeterOn antara 24 Mac dan 2 September lalu.
Aduan lain yang sering dikemukakan pengguna ialah sikap pemandu dengan 26.8 peratus memberi komen. Sikap pemandu itu termasuk keengganan mereka untuk mengambil dan menghantar penumpang ke kawasan tertentu.
Antara aduan lain ialah kad pemandu yang tamat tempoh, menggunakan laluan lebih jauh dan gagal untuk memaparkan kad pemandu.
Disebabkan laporan seperti itulah menyebabkan SPAD terus membuat rondaan dan operasi dari masa kemasa, tempohari penguatkuasa SPAD telah menahan tiga buah teksi ketika sedang melakukan rondaan di kawasan sekitar Brickfields.
Tiga teksi yang ditahan itu, salahsatunya didapati meletakkan kereta ditempat yang tidak dibenarkan dan dua lagi masing-masing dikesan tidak mengunakan meter dan juga mengemukakan kad pemandu yang palsu.
Disebabkan mereka mengunakan kad pemandu yang palsu, SPAD terpaksa mengambil tindakan sita terhadap kedua pemandu teksi tersebut, untuk siasatan lanjut.
Jika disabitkan kesalahan tersebut, mereka boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
SPAD akan terus membuat rondaan dan tindakan penguatkuasa akan sentiasa dibuat melibatkan semua kawasan dalam satu usaha memastikan pemandu teksi sentiasa mematuhi peraturan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan