Selasa, 22 September 2015

Sempena Cuti Sekolah, Perjalanan ETS ditambah



Bila cuti sekolah dan bercampur dengan perayaan, selalunya orang kita akan mengunakan peluang tersebut untuk balik kampung atau bercuti bersama keluarga. Sudah pasti, dijalanan, terutamanya lebuhraya akan sesak dan penuh dengan kenderaan.

Atas alasan tersebut, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengadakan perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) tambahan bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena cuti sekolah dan Aidiladha.

Diberitahu bahawa, ETS tambahan tersebut akan berlepas pada 11 pagi dari KL Sentral dan dijadualkan tiba di Padang Besar pada 4.35 petang.

Tren ETS tambahan dari Padang Besar pula akan berlepas pada 6 petang dan dijadual tiba di KL Sentral pada 11.45 malam.

Kedua-dua perjalanan tren itu akan dilaksanakan mulai 19, 22, 23, 25, 26 dan 27 September ini.

Kiranya nak balik kampung dan balik semula ke KL pun tak perlu memandu, hanya menaiki ETS saja la.

ETS tambahan berkenaan juga akan berhenti di stesen utama iaitu Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Bukit Mertajam, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar dan Arau.

Tiket perjalanan bagi tren ETS tambahan boleh dibeli mulai sekarang dan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan itu boleh hubungi talian 1 300 88 5862.

Tak perlu nak bersesak atas highway lagi, tak perlu nak risau, sebab ETS dah memudahkan perjalanan untuk bercuti atau pulang ke kampung.

Tiada ulasan: