Selasa, 22 September 2015

Dapatkan Lesen Memandu Dengan Mudah dan Murah! #myLESEN



Lesen memandu mahal dan susah, antara alasan yang sering digunakan oleh orang kita bila ditahan atau disaman oleh penguatkuasa. Disebabkan perkara tersebut, ramai dikalangan anak muda kini, gagal mendapatkan lesen dan memandu kenderaan tanpa lesen hingga ditangkap oleh penguatkuasa. Disebabkan perkara tersebut, Kementerian Pengangkutan telah melancarkan myLESEN, bagi mencegah perkara tersebut.


Apa sebenarnya myLESEN ni?

1 Rakyat 1 Lesen

Program ini sebenarnya memupuk dan mahu rakyat Malaysia mengambil lesen dengan kos yang lebih rendah dan cara yang lebih mudah. Meringankan beban kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan lesen memandu.

Program yang mendapat kerjasama Kementerian Pengangkutan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini akan dibuka pendaftarannya bermula 15 Oktober 2015.

Jika sebelum ini, orang ramai diminta untuk mengeluarkan sejumlah RM350 hingga RM450 untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2. Namun dengan pelancaran myLESEN ini, hanya RM299 sahaja diperlukan bagi mendapatkan lesen berkenaan!



Selepas majlis pelancaran myLESEN yang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau memberitahu bahawa kelonggaran turut diberikan kepada individu yang gagal dalam ujian bagi mendapatkan lesen ini.

"Kelonggaran ini diberikan kepada mereka yang gagal dalam ujian undang-undang lebih daripada dua kali. Dengan itu, ia akan dilakukan secara bertulis atau oral bertujuan membantu mereka sehingga lulus ujian tersebut.

"Tutorial juga diberikan kepada mereka supaya dapat memahami undang-undang jalanraya."


Untuk makluman pembaca, sebanyak 190 buah Institut Memandu di seluruh negara akan turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan di dalam program myLESEN ini.

Anda boleh menyemak senarai institut-institut di SINI

Program myLESEN ini sewajarnya direbut oleh individu berusia 16 tahun ke atas yang belum memiliki lesen B2.


Pada yang belum ada lesen, ayuh kita sertai program ini! Jangan lupa myLESEN!

Tiada ulasan: