Isnin, 12 Oktober 2015

Anjing Gila! Kedah Tunggu Nasihat Dari Jabatan Veterinar - DS Mukhriz


Kerajaan Negeri Kedah akan mendengar dan mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengenai keputusan untuk memansuhkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing dinegeri ini. 

Menurut Menteri Besar Kedah Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir  keputusan untuk memansuhkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing di negeri ini hanya akan dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Keputusan itu adalah penting katanya, justeru apa jua tindakan pembatalan perlu mendapat nasihat daripada JPV dan tidak boleh diputuskan sewenang-wenangnya oleh pihak tidak berkaitan.

Ketika ditanya mengenai Keputusan dan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang memansuhkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang berkuatkuasa 15 Sept, selepas tiada kes gigitan anjing gila atau 'rabies' sejak bulan lepas.

Dato Seri Mukhriz berkata, setakat ini, pewartaan wabak anjing gila di Kedah masih berkuatkuasa.

Semalam, Jabatan Kesihatan Kedah mencatat 70 kejadian gigitan anjing sehingga 7 Okt lepas dengan dua daripadanya melibatkan anjing gila, tetapi tiada kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia dilaporkan setakat ini.

Pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kejadian itu membabitkan 70 anjing dengan tujuh kes berlaku di Kota Setar, Kuala Muda (21), Kulim (18), Kubang Pasu (10), Bandar Baharu (empat), Langkawi (empat), Baling (tiga), Yan (satu), Pendang (satu) dan Padang Terap (satu).


SIdang mendia dibuat selepas berlansung majlis Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini di Universiti Utara Malaysia, UUM Sintok.

Tiada ulasan: