Sabtu, 10 Oktober 2015
Lulus TPPA? Baik-Buruk, Tunggu Analisis dan Pembentangan Kerajaan
Sekarang ni kecoh dengan kisah TPPA. Kononnya Kerajaan Malaysia cuba mengadaikan negara bila menandatangani perjanjian tersebut. Atau kita rakyat Malaysia hanya mendengar khabar angin sahaja?
TPPA ialah Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, memang sebelum ini ada kajian dilakukan. Ada baik dan ada buruk. Tetapi sebelum Malaysia bersedia untuk menandatangani TPPA, sudah tentu kita akan memberikan syarat dan ketentuan untuk memelihara segala kepentingan rakyat Malaysia tidak terjejas dengan TPPA.
Mengikut Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, soal hak kita tergadai ataupun tidak, belum lagi kita boleh ketahui selagi kita tidak mendengar sendiri analisis yang akan dibentangkan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman.
Kata beliau TPPA ini ada kebaikannya. Keterbukaan pasaran. Kalau kita nak berniaga, sudah tentu kita mahu meluaskan lagi pasaran yang ada.
“Kita kena buat satu senario sekiranya kita tak masuk (TPPA) adakah negara kita akan berkembang atau rigid dari segi pertumbuhan ataupun sebaliknya? Kita tak boleh sewenang-wenangnya buat andaian kalau kita tak masuk kita akan lebih baik,” kata Dr Wee lagi.
Namun mungkin kah TPPA akan memberi kesan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)?
Ka Siong menegaskan sudah tentu ada senario menang-menang.
“Sudah tentu ada perkara yang perlu kita bagi dan sesuatu yang kita akan dapat keuntungan dan dalam kes seperti ini tak mungkin ‘absolute victory’ (sangat menguntungkan) bagi Malaysia. Saya sendiri nak dengar dari PKS apa peluang yang mereka boleh dapat daripada penyertaan Malaysia dalam TPPA,” katanya lagi.
Sebab itu kita rakyat Malaysia kena dengar dari sumber yang betul dan tepat, supaya tak terpedaya dengan cerita yang bukan-bukan.
“Kalau kita tak buat perbandingan atau analisa secara rasional kita akan terbawa-bawa dan termakan hujah yang diluahkan oleh pihak-pihak yang memang ada agenda politiknya,” sambung beliau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
katanya sudah 4 tahun perbincangan diadakan oleh pegawai-pegawai atasan mengenai tppa ini .... mengapa tidak pernah dibagi tahu kepada rakyat secara terbuka ... kalau tidak diberi tahu dengan terus terang, macam mana rakyat hendak mendapat maklumat yang betul .... dan bila masanya hendak memberi maklumat yang betul kepada rakyat ....????????/
Assalamualaikum...saya telahpun linkkan blog hebat tuan di blog saya. Saya mohon agar tuan sudi linkkan blog saya www.tekookopi.blogspot.com di blog hebat tuan. Terima kasih.
Catat Ulasan