Sabtu, 24 Oktober 2015

Benarkah YDP Agong Gering?


Menteri Besar Kedah meminta semua pihak tidak mudah percaya kepada berita-berita yang tidak disahkan terlebih dahulu oleh pihak istana tentang keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, semua pihak perlu mengelak daripada menyebarkan khabar-khabar angin tentang Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga merupakan Sultan Kedah.

"Biarlah kenyataan datang secara rasmi daripada istana kalau ada sekalipun. Saya mohon kita jangan terlalu cepat percaya kepada berita-berita yang tidak disahkan terlebih dahulu oleh pihak istana," katanya kepada pemberita Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program SEHATI 2015 anjuran Unit Keusahawanan Sosial MaGIC (Malaysia Global Innovation and Creativity Centre) di Dewan Seri Mentaloon di sini.

Pihaknya menurut Menteri Besar sudah dimaklumkan secara tidak rasmi tentang keadaan kesihatan terkini Yang di-Pertuan Agong.

Mukhriz mengulas khabar-khabar angin yang tersebar secara meluas terutamanya di laman-laman media sosial sejak Khamis malam tentang keadaan terkini kesihatan baginda.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: