Sponsor

Memaparkan catatan dengan label AbangMaster. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AbangMaster. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mac 2011

HANGAT!! KISAH LUBUK PONDAN DI ALOR SETAR!! AbangMaster menulis..

Cerita pondan tak berkesudahan

Assalammualaikum wahai pembaca yang budiman,

Ini merupakan post pertama dari AbangMaster. Cerita kisah benar dan pengalaman yang Abg hadapi ketika berada di situasi yang genting, gembira dan mungkin juga sedih. Watak dan cerita adalah benar, hanya nama saja yang akan Abg tukar untuk mengelakkan aib pada seseorang.

Abg tak pandai dalam berpolitik, cuma sering juga mengikuti perkembangan politik semasa. Urusan politik Abg serahkan kepada Mctheory. Dia lebih arif, Abg lebih gemar dalam isu sosial, itu kelebihan dan pengalaman yang ada pada Abg.

Artikel kali ini Abg nak ceritakan pengalaman Abg semasa mengikut kawan Abg mengunjung dan melepak di kampung Pondan. Lubuk Pondan tersohor dan tertua di Alor Setar.

Sabtu, 19 Februari 2011

Mctheory akan bersara?? Blog ini akan ditutup? Pengarang baru?


Terkejut? Suka? Atau tak penting? Pilih la yang mana pun, Mc sengaja memilih tajuk itu untuk memperkenalkan seorang lagi pengarang baru di blog Mc. Nama nicknamenya AbangMaster, anda pernah dengar? Atau tak pernah? Nama betulnya, ops.. sendiri tanya, Mc pun taktau, beliau tak pernah nak bagitau.

Semua orang tau, blog Mc ni berkait rapat dengan politik, itu betul, tapi.. blog Mc juga sangatt.. berkait rapat dengan masalah sosial. Dulu kedua2 topic pun Mc sapu, tapi kali ni, untuk masalah sosial Mc serahkan kepada AbangMaster, dia lebih pakar dalam bidang seperti ini, nak tau kenapa, nanti Mc cerita.

AbangMaster ni dulunya seorang bekas seorang pengedar dadah, ahli kongsi gelap, sering terlibat dengan kegiatan bohsia, biasa la kalau dah gangster, mesti la main perempuan (laki tak main ok), lumba kereta, lumba haram dan bermacam2 lagi, malah beliau juga pernah menjadi pengintip kepada pihak PDRM selama beberapa tahun. Sebab itu Mc minta beliau menceritakan pengalaman beliau kepada kita semua, untuk jadikan tauladan. Bukan senang orang nak cerita tentang pengalaman buruk sendiri.

Yang paling menariknya beliau kini telah insaf dan sudah meninggalkan zaman Jahilliahnya (zaman gelap). Beliau juga sudah berjaya melangkah keluar dari kumpulan gelap untuk meneruskan hidup sebagai manusia normal, walaupun bersusah payah, akhirnya tekad membuahkan hasil.

Pada yang tak sabar nak baca cerita kisah hidupnya, selalu la mengikuti blog Mc.

P/s: walaupun dia ni bekas samseng, tapi kuat juga politiknya.. he he..

Mctheory:
kenapa namanya AbangMaster? macam pelik je pun..