Jumaat, 4 Mac 2011

HANGAT!! KISAH LUBUK PONDAN DI ALOR SETAR!! AbangMaster menulis..

Cerita pondan tak berkesudahan

Assalammualaikum wahai pembaca yang budiman,

Ini merupakan post pertama dari AbangMaster. Cerita kisah benar dan pengalaman yang Abg hadapi ketika berada di situasi yang genting, gembira dan mungkin juga sedih. Watak dan cerita adalah benar, hanya nama saja yang akan Abg tukar untuk mengelakkan aib pada seseorang.

Abg tak pandai dalam berpolitik, cuma sering juga mengikuti perkembangan politik semasa. Urusan politik Abg serahkan kepada Mctheory. Dia lebih arif, Abg lebih gemar dalam isu sosial, itu kelebihan dan pengalaman yang ada pada Abg.

Artikel kali ini Abg nak ceritakan pengalaman Abg semasa mengikut kawan Abg mengunjung dan melepak di kampung Pondan. Lubuk Pondan tersohor dan tertua di Alor Setar.

Kalau anda orang Alor Setar, anda mesti tahu dimana Limbong Kapal, berdekatan dengan Stesen KTM, Alor Setar. Di semak-semak hutan sana wujud satu kampung yang meriahnya hanya pada waktu malam. Waktu operasinya dalam lingkungan 12 tengah malam hingga ke pagi. Jalan masuk ke kampung ini amat sempit dan muat-muat satu kereta sahaja.

Nama kampung ini Abg dah lupa, tapi hanya ada sebuah kampung dikawasan ni, rumahnya pun tak banyak. Penghuninya kebanyakkannya pondan. Siang kerja lain, malam part-time jual 'belakang'.

Bila kita sampai saja di kampung tu pada waktu malam, kita akan nampak bersepah-sepah pondan dikiri dan kanan jalan masuk sambil kontrol-kontrol cun. Nak yang gaya macam mana, hindustan ka? Barat ka? Seksi gila ka? semua ada.

Selalunya anak-anak muda akan lepak digerai minuman dikampung tersebut dahulu sebelum melanggan pondan-pondan yang ada untuk puaskan nafsu mereka. Abg berkesempatan mengunjung ke kawasan ini disebabkan kawan Abg ni seorang tokan (pengedar dadah) Ais (syabu).

Pondan-pondan ni sebelum mulakan kerja jual belakang, diorang layan ais dulu. Bila dah 'kick' baru diorang semangat nak kerja 'keras'. Tempat tapak 'projek' pula, tak jauh, masing-masing ada pondok kecil untuk pelanggan. Servisnya dari urut hingga ke sedut.

Pernah Abg terserempak dengan seorang pelanggan yang sedang membalun pondan hanya ditepi sebalik pokok. Sekali tengok nak termuntah pun ada. Apanya tidak, pondannya tua kerepot, yang balun pun tua juga. Sedang balun, yang bawah pun tergantung-gantung, macam mana la orang-orang macam ni boleh ada nafsu sesama sendiri. Masyallah.. Nauzubillah..

Pelanggan yang datang pula terdiri dari pelbagai jenis. Tua ada, muda ada, sedang-sedang pun ada, tak kira usia. Semuanya datang melanggan untuk puaskan nafsu songsang mereka kepada pondan-pondan ni. Tak susah nak minta servis pondan ni. Bayaran pun tak la mahal sangat, dalam rm30 hingga ke rm60 saja. 

Kampung pondan di Limbong Kapal ni ada penjaganya, digelar Tok Yeh. Tok Yeh seorang samseng melayu yang berpengaruh. Anak buah pun ramai, malah dia sendiri pun memang kaki layan belakang. Siapa berani buat kacau, Tok Yeh ni la yang akan menyusul keluar dulu. Itu samseng. Kabel lindungan dari Polis pun ada. Kiranya orang dalam jadi kabel untuk mengelakkan tangkapan bila ada serbuan (operasi).

Abg pernah mengikuti operasi pihak Polis dan jabatan agama Islam Kedah, buat serbuan keatas kampung ini, operasi itu gagal, disebabkan ada orang 'dalam' yang membocorkan tentang operasi tersebut. Dapat tangkap hanya 3 atau 4 orang, itu pun pondan luar yang datang mencari makan di sini.

Kiranya kewujudan kampung pondan Limbung Kapal di Alor Setar ni memang bukan asing lagi bagi penduduk Alor Setar, cuma kedudukannya agak terasing dan sedikit terpencil sebab itu orang buat-buat tak kisah.

Yang dok jadi pondan-pondan ni, bukannya kerja calang-calang, ada kerja cikgu, kerja butik, kerja jurutera pun ada. Malah ada seorang tu, cikgu disebuah sekolah Agama, siang Ustaz, malam jadi pondan. Tah la apa nak jadi dengan masyarakat disana. Mungkin kerja siang untuk cari makan, kerja malam sekadar lepas nafsu sendiri.

Sepatutnya gejala seperti ini patut dibanteras dengan segera. Kewujudan kampung-kampung seperti ini walaupun terpencil, tapi ia sedikit sebanyak merosakkan akhlak masyarakat setempat. Pihak berkuasa patut bertindak tegas keatas orang-orang ini, supaya mereka tidak lagi lakukan perkara terkutuk seperti itu.

Tempat kampung pondan ni bukan hanya untuk melanggan pondan, malah pengedar dadah juga berkeliaran membuat duit disini. Malah ada pondan dijadikan 'pusher' untuk menjual dadah. 'Main' dapat, dadah pun dapat. Cerita pasal dadah, Abg ingat kita sambung tulisan abg pada masa akan datang. Banyak lagi pendedahan kisah benar mengenai pengalaman Abg sewaktu zaman gelap, zaman jahilliah dulu la katakan.

Jumpa lagi wahai pembaca di Blog Mctheory (Kedah ke KL).

P/s: Maaf jika tulisan Abg tak berapa bagus, almaklumlah, tulisan yang pertama.

2 ulasan:

Peristiwa Review berkata...

tolong link kan blog ni, thanks

http://perkarareview.blogspot.com/

TheMalayMale berkata...

Salaam,

Abg rasa2nya kampung tu lah yang pertama sekali di Tanah Melayu ni yang dipanggil Kampung Kunyit.

Kehadiran kampung itu cukup lama, semasa aku belajar di Alor Star bermula 1975 pun dah ada dah terdengar akan cerita mengenainya....

Ada jugak joke lama yang diilhamkan daripada kehadiran kampung itu:

Seorang lelaki telah pergi ke kawasan stesen keretapi Alor Setar pada suatu malam; dibawah cahaya lampu jalan yang samar2 dia ternampak sekujur tubuh yang berdiri berpakaian baju kurung di situ. Ayu dan sunguh sopan lagak pemakainya.

Lelaki itu pun mendekati tubuh yang berdiri itu, dan beginilah lebih kurang dialognya...

Lelaki: Cek nama apa?

Tubuh: Cek nama Norma...

L: Sedap nama tu, come

T: Terima kasih

L: Sungguh ka nama cek Norma?

T: Awatnya? Abang tak percayaka?

L: Bukanlah, saja abang nak tanya ja.

T: Sungguh aih, nama Cek Norma...

L: Hang biaq cakap betui2 (sambil tunjuk kad kuasa polis), nama hang sapa?

T: Dak aih! Dak aih! (sambil menyelak kain berlari melangkah rel keretapi dan menunjukkan betis ala2 Mokhtar Daharinya) Nama Cek Mansor!

p/s cerita di atas adalah rekaan semata2 yang diperturunkan oleh senior ke junior sekolah aku pada ketika itu.

Wallahu a'alam