Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Kedah Tourism. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedah Tourism. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mei 2014

HOT!! Tasik Pedu Bakal Menjadi Pusat Tumpuan Pelancong? #HanyaDiKedah #KedahTourism


Dulu Tasik Pedu pernah dalam rancangan kerajaan negeri sebagai tempat pelancongan. Ada beberapa resort dan chalet dibina. Namun ianya gagal, kerana kedudukannya yang jauh dari bandar, dan jalan ke sana amat sempit dan tak selesa.

Tapi hari ini, jalan ke tasik Pedu dah luas dan besar. Setaraf dengan highway, cuma bezanya jalan tu takdak tol. Jadi amat tepat jika kerajaan negeri kembali membangunkan kawasan tersebut menjadi kawasan pelancongan.

Kerajaan negeri menubuhkan Pelan Induk Pembangunan Tasik Pedu sebagai sasaran menjadikan kawasan itu sebagai lokasi eko-pelancongan terbaharu di Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dengan adanya pelan induk yang melibatkan pembabitan syarikat pemaju, sebarang pembangunan di Tasik Pedu akan dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan penglibatan pemaju swasta.

MB Kedah pun harap ada pihak swasta majukan tempat tersebut,




Sabtu, 17 Mei 2014

HOT!! Sejarah Menarik disebalik Cerita di Tanjung Chali!! #HanyaDiKedah #KedahTourism



Pernah dengar nama Tanjung Chali? Tanjung Chali berada dipersisiran sungai Kedah. Apa sejarah disebalik Tanjung Chali tu? Nak tau cerita menarik, boleh tengok video dibawah,


Khamis, 15 Mei 2014

INFO!! Guna 'BELAT' Dapat Tangkap Ikan 1 Tan Sehari? #KedahTourism #HanyaDiKedah


YB Dato Mohd Rawi EXCO Pelancongan Negeri Kedah membawa rombongan media untuk melawat Belat @ Kelong di Langkawi, beliau merancang untuk majukan industri Belat ini, dan komersilkan kalau boleh beliau mahu seperti pembinaan chalet terapung dan dibawahnya boleh letak belat untuk tangkap ikan.

Kalau ianya dapat dilaksanakan ia merupakan satu produk pelancongan yang lain dari yang lain. Selain dari menarik pelancong, ia juga boleh menjana sumber dari tangkapan ikan itu sendiri.

Tonton video mengenai Belat dibawah,


Ahad, 11 Mei 2014

HOT!! Rumah Paling Pelik di #Langkawi? atau di Dunia?? #KedahTourism #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir


Rumah yg paling "rare" sekali di Malaysia. Anda boleh saksikanya HANYA di Kg Huma, Ayaq Hangat, Langkawi. Inilah hasil kreativiti Abang Zul yang merupakan anak jati Kampung Huma.

Dengan menggunakan material daripada barang-barang terbuang seperti kayu hanyut, akar pokok yang dibuang, tali kapal serta karpet terpakai, Abang Zul berjaya menghasilkan karya seni yang sangat bernilai tinggi hingga menarik minat pelancong-pelancong luarnegara untuk menginap dan mengambil gambar sebagai kenangan.

EXCO Pelancongan Negeri Kedah YB Dato Hj Rawi turut sempat singgah di Teratak Akar milik Abg Zul. Malah YB Dato Hj Rawi juga berjanji akan membantu Abang Zul untuk mendapatkan material-material seperti kayu-kayan yang dibuang serta akan mempromosikan Teratak Akar yang bagi Mc sungguh unik ini.

Untuk lebih jelas dan menarik, tengok video dibawah,





Kredit pada page FB Kedah Tourism