Memaparkan catatan dengan label Mahkamah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahkamah. Papar semua catatan
Sabtu, 25 Mei 2013
PANASS!! Mahkamah Takut Pada Pakatan Haram? #TolakPR
Permohonan pihak polis untuk mendapatkan tahanan remand 14 hari untuk Tian Chua, Harris Ibrahim dan Tamrin Ghaffar ditolak pihak mahkamah. Kisahnya boleh dibaca di The Mole SINI
Persoalan kini adalah samada Mahkamah adalah sebuah institusi yang membantu membawa hidup "law and order" (undang-undang dan peraturan) kepada masyarakat atau mendokong cita-cita anarkis (puak yang mahu bawa kucar kacir).
Nampaknya mahkamah lebih gemar melayani anarkis yang merepek.
Pilihanraya telah dijalankan secara aman dan adil tetapi pihak pembangkang yang dari awal lagi kata akan tetap mahu tuduh pilihanraya penipuan walaupun tuntutan merepek mereka dilayani.
Proses keputusan pilihanraya ada caranya untuk ruang membuat protes dan wakil-wakil calun ada berperanan menyemak dan memantau setiap langkah dan proses pilihanraya.
Sebaik keputusan dah digezetkan, mereka bolehlah buat petition dan jika ada bukti sah, pihak mahkamah tinggi boleh buat keputusan.
Kini lain pula dengan sikap mereka, proses tak mahu dilalui tapi mereka mahu menghasut orang ramai jatuhkan kerajaan secara revolusi haram sedangkan proses pemilihan dah dilakukan dengan adil.
Tuduhan 45 ribu bangla masih tak dibuktikan. Lebih jelas DAP tersalah tangkap orang-orang yang salah hingga ada pemimpin mereka terpaksa mengaku salah. Insiden blackout masih tak ada dengar protes dari wakil calun yang hadhir akan ada berlaku penyelewengan. dan bukan
Bila dah jelas mereka mahu membawa undang-undang ditangan sendiri dan kalau mahkamah buat keputusan yang tak selari dengan mereka, puak ini akan juga persoalkan.
Malangnya pihak mahkamah mengambil sikap mudah dan nampaknya inilah trend akhir-akhir ini sikap mahkamah.
Mahkamah bagaikan jadi SAVIOUR OF ANARCHY dari membawa law and order dengan menolak permohonan polis untuk tahanan remand.
Menurut Flying Kick SINI, Mahkamah dah jadi penghalang kepada keamanan awam. Hakim-hakim bagaikan takut untuk hadapi serangan bertali arus oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat terhadap sistem perundangan negara, terutama sekali terhadap Peguam Negara tidak lama dahulu.
Begitu juga dengan serangan peribadi terhadap Ketua Hakim Negara melibatkan beberapa orang peguam kanan, menggemparkan negara.
Bermula dari situlah, badan perundangan negara kelihatan lebih berpihak kepada Anwar Ibrahim dan gerombolannya dengan keputusan-keputusan luar jangka, sama ada menerusi kelemahan Pendakwaraya atau keputusan hakim atau majistret yang terlebih berpihak kepada Anwar Ibrahim dan gerombolannya.
Ironinya, selepas banyak keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim, terutama sekali saman fitnah, Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim tidak lagi memperkatakan tentang kebobrokan badan perundangan negara!
Kementerian Dalam Negeri dan PDRM kelihatan sedang bertungkus lumus untuk mengamankan negara ini daripada pengacau-pengacau yang tidak dapat menerima keputusan PRU13.
Namun ramai juga yang menjangkakan, tugas Menteri KDN dan KPN bukannya semudah menangkap dan menahan, sebaliknya mereka perlu berhadapan dengan satu lagi halangan besar iaitu MAHKAMAH DAN HAKIM.
Adakah hakim-hakim ini dah jadi penakut macam ayam mementingkan jawatan dan populariti hingga takut nak utamakan ketenteraman awam demi nak jadi popular kepada Pakatan Rakyat?
Nukilan dari The Unspinners
McTheory:
Kalau takut lepas jawatan saja la.. bagi orang lain pulakkk!!
Selasa, 23 Ogos 2011
LIWAT 2.0! Anwar mula main politik di Mahkamah!!
Imbas kembali apa terjadi di Mahkamah semalam..
Nampaknya Anwar mengunakan peluang ini untuk berceramah politik mengenai teori konspirasi basinya itu. Anwar memilih pilihan ke dua iaitu, membela diri bukan di kandang saksi dan tanpa soal balas.
Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi semalam, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media.
Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.
“Dakwaan dia (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.
Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau.
“Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya,” katanya.
Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, “kebenaran akan terbukti kelak.”
Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini.
Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.
Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob.
“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk.
“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks,” kata Anwar.
Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan marah.”
“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam,” kata Anwar.
Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.
“Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk.
“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.
“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan,” kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, “alasan sedemikian bercanggah dengan fakta.”
Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.
Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.
“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.
Anwar dipecat dari Umno dan jawatan kerajaan awal September 1998.
Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya.
McTheory:
Berpusing-pusing..
Sabtu, 13 Ogos 2011
PANAS!! ANWAR 'GOYANG' BILA DS NAJIB DAN DS ROSMAH KE MAHKAMAH!!
Mengikut sahabat-sahabat yang berada di mahkamah semasa kehadiran DS Najib dan Isteri. Anwar kelihatan agak benggang, gelisah dan tak tentu arah bila mengetahui kedatangan DS Najib ke mahkamah. Apakah Anwar tidak menyangka bahawa DS Najib akan bersedia ke mahkamah untuk ditemubual? Atau strategi untuk menangguhkan kes tidak kesampaian?
KUALA LUMPUR Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri sesi temu bual bersama barisan pembela berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini.
Perdana Menteri dan isteri tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.55 petang selepas mereka dimohon hadir sebagai saksi untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan bagi perbicaraan kes liwat Anwar terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. - Utusan
Bila di tanya kenapa DS Najib ke mahkamah semalam?
Ini jawapan beliau,
“Saya menghormati keputusan hakim. Sebagai rakyat Malaysia, saya hormat, tidak kira apa juga jawatan saya. Sebab itu saya hadir ke majlis itu dan telah menyatakan pendirian saya,”
Mc tabik hormat pada DS Najib yang berani memperjuangkan kebenaran. Berani kerana benar la katakan..
DS Najib menghormati mahkamah, Anwar bila lagi?
McTheory:
Anwar penakut, asyik tangguh-tangguh saja kerjanya..
Selasa, 14 Jun 2011
LIPUTAN BICARA DR KHIR, SAKSI PENUH DENGAN PEMBOHONGAN!!
Mc sebenarnya tak berapa pandai dalam bidang pembicaraan dan hal mahkamah ni. Sebab tu Mc ambil artikel liputan pembicaraan MY Kmu mengenai hal pembicaraan Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo. Nampak sangat ada penipuan bila ada keterangan saksi dan pendakwaraya bercanggah!
Keterangan Saksi Pendakwa Kedua (SP2), Datuk Shamsuddin Haryoni, pada petang tadi menimbulkan kegemparan apabila ia sama sekali bercanggah dengan kenyataan Saksi Pendakwa Ketiga (SP3), Nasir Ismail.
Shamsuddin mendakwa beliau hanya membayar nasir sebanyak RM 1.5 juta dan bukannya RM 2.5 juta seperti dakwaan Nasir sebelumnya. Beliau juga menegaskan wang tersebut adalah wang beliau, bukannya wang Dr. Khir seperti yang didakwa oleh Nasir sebelum ini.
Kenyataan Shamsuddin ini mengesahkan dakwaan peguam bela Dr. Khir bahawa Nasir berbohong terhadap jumlah yang beliau terima dan juga kononnya beliau pernah menerima daripada Dr. Khir sebelum bekas Menteri Besar tersebut membeli rumah.
Shamsuddin kemudiannya membuat kenyataan yang menyanggah kenyataan beliau sendiri.
Pada rabu lalu, Shamsuddin membuat kenyataan bahawa beliau mengunjungi rumah Saiful untuk pertama kalinya bersama Dato Sumardi Ismail dan Dr. Mohamad Khir Toyo.
[Ketika itu galeri awam dan para peguam terkejut kerana saksi pertama yang tidak berpihak dan berkepentingan, Saiful Aznil mendakwa Dr. Khir datang bersama isteri di bawa Sumardi ketika datang melihat rumah tersebut namun tidak jadi beli.
saiful menyatakan Empat bulan kemudian Sumardi membawa Shamsuddin untuk melihat rumah tersebut.]
Namun dalam keterangan hari ini, Dato Shamsuddin mendakwa beliau ke rumah tersebut bersama Sumardi sahaja. Setelah melihat rumah tersebut beliau dimaklumkan oleh Sumardi bahawa Dr. Khir turut pernah melihat rumah tersebut dan berminat untuk membelinya.
Jika pada rabu lalu Shamsuddin menyatakan beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM 6.5 juta, hari ini beliau menukar kepada kepada jumlah RM 5 juta sahaja.
Beliau menjawab soalan pendakwaraya bahawa beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM 5 juta dan membuat pengubahsuaian pada kos RM 1.5 juta. Beliau mendakwa rumahnya bernilai RM 6.5 juta sebelum dijual dengan harga RM 3.5 juta pada Dr. Mohamad Khir.
Namun Nasir sebelum ini mendakwa beliau menerima RM 2.5 juta dari Shamsuddin dan RM 4 juta dari Dr Khir sebelum perubahan nama dari Ditamas kepada Dr. Khir pada 2007. Kenyataan Shamsuddin ini jika diterima pakai jelas menunjukkan Nasir berbohong di dalam Mahkamah.
Namun jika kenyataan Nasir mahu diguna pakai bermakna kenyataan Shamsuddin pula berbohong. Yang pasti sehingga hari ini hanya SP1, Saiful Aznil yang memberi jawapan yang tampak benar dan telus berbanding dua saksi lagi.
Niat jahat SP3, Nasir tampak jelas sekali apabila beliau tetap mengatakan wang yang diterima oleh Dr. Shamsuddin ialah wang Dr. Khir. Mengapa beliau bermati-matian menegaskan ia wang Dr. Khir jika beliau sekadar saksi tanpa sebarang niat jahat. Bukankah beliau sepatutnya menerangkan fakta sahaja?
McTheory:
Saksi kedua dan ketiga, nampaknya memang senjaga nak jatuh Dr Khir..
Isnin, 16 Mei 2011
PANAS!! AMK BAKAL KECOHKAN MAHKAMAH!!
Ahli PKR diarahkan untuk membuat kacau di mahkamah hari ni apabila Anugerah Tuhan Wan Azizah akan ditentukan sama ada untuk membela diri atau tidak mengenai kes pencerobohan stor kunyit Saiful.
Sejak petang Sabtu,beberapa pertemuan diadakan untuk merancang mengadakan kekacauan diperkarangan mahkhamah pagi Isnin jika keputusan tidak menyebelahi Anwar.
Dikhabarkan Sam,ketua AMK cicak mengkarong PKR turut mengarahkan budak budak suruhannya untuk turut sama turun.Dalam pada itu,setiap orang yang turun turut diberikan wang RM100,manakala bagi yang datang dari jauh dengan kenderaan sendiri RM300 diberikan untuk setiap kereta. Untuk berita lebih lanjut boleh klik sini.
Demi untuk menarik sokongan rakyat untuk menyokong Anwar, puak-puak AMK celaka ni sanggup merekacipta cerita untuk menangih simpati, kononnya Anwar bakal di tangkap polis sebelum perbicaraan bermula.
Inilah kerja PKR, Polis dan Mahkamah hanya ADIL apabila keputusan memihak kepada mereka. Kalau sebaliknya, Polis dan Mahkamah akan dituduh sebagai ejen UMNO!!. Bodoh punya puak PKR ni.
P/s: tak payah sokong si tua peliwat dan penutoh pelacur tu.. takdak gunanya..
McTheory:
Sendiri buat, sendiri tanggung la ye..
Jumaat, 24 September 2010
APABILA MAHKAMAH MALAYSIA BERAT SEBELAH!!!
5 mahasiswa UM lepas, bebas tuduhan lakukan khianat
KUALA LUMPUR 24 Sept. – Lima mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tuduhan menceroboh dan melakukan khianat dengan petrol ke atas dewan utama fakulti itu pada tahun lalu.
Hakim Rozana Ali Yusof memerintahkan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie terhadap kes tersebut.
Tertuduh terdiri daripada Mohamad Izzuddin Hilmi, Muhammad Syahrul Denn Ahmad Rosli, Mohamad Aizat Rosle, Mohammad Saufi Jelani, masing-masing 22 tahun, dan Mohd. Shazni Munir Mohd. Ithnin, 23. – Utusan
Apa dah jadi ni macam mana mereka ni boleh terlepas???
Tuduhan kepada mereka,
Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.
Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.
Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat dan mempunyai niat bersama.
Aduhh.. macam mana boleh terlepas ni?? Patutnya mereka ni kena hukum, supaya mengajar mereka erti kehidupan yang sebenar. Sumbat aje budak-budak ni dalam perjara.
Inilah baka-baka hasil didikan Pas dan Pkr. Ini juga hasil dari ajaran dan tarbiah Nik Aziz.
Korang suka la bila ada pemuda-pemuda gila macam ni mengancam keselamatan negara.
MctHeory:
Mahkamah Malaysia betul-betul tak adil. Peliwat dibiarkan berkeliaran, cubaan membunuh pulak boleh terlepas, yang kurang ajar akan bertambah-tambah, arghh.. bosan-bosan.
KUALA LUMPUR 24 Sept. – Lima mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tuduhan menceroboh dan melakukan khianat dengan petrol ke atas dewan utama fakulti itu pada tahun lalu.
Hakim Rozana Ali Yusof memerintahkan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie terhadap kes tersebut.
![]() |
| sekadar hiasan |
Tertuduh terdiri daripada Mohamad Izzuddin Hilmi, Muhammad Syahrul Denn Ahmad Rosli, Mohamad Aizat Rosle, Mohammad Saufi Jelani, masing-masing 22 tahun, dan Mohd. Shazni Munir Mohd. Ithnin, 23. – Utusan
Apa dah jadi ni macam mana mereka ni boleh terlepas???
Tuduhan kepada mereka,
Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.
Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.
Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat dan mempunyai niat bersama.
Aduhh.. macam mana boleh terlepas ni?? Patutnya mereka ni kena hukum, supaya mengajar mereka erti kehidupan yang sebenar. Sumbat aje budak-budak ni dalam perjara.
Inilah baka-baka hasil didikan Pas dan Pkr. Ini juga hasil dari ajaran dan tarbiah Nik Aziz.
Korang suka la bila ada pemuda-pemuda gila macam ni mengancam keselamatan negara.
MctHeory:
Mahkamah Malaysia betul-betul tak adil. Peliwat dibiarkan berkeliaran, cubaan membunuh pulak boleh terlepas, yang kurang ajar akan bertambah-tambah, arghh.. bosan-bosan.
Sabtu, 17 Julai 2010
PEGUAMTUNDA ANWAR CARI ALASAN MAU TUNDA-TUNDA KES LAGI!

Mengikut jadual yang disediakan mahkamah, sepatutnya Anwar dibicara pada Julai 14hb.
Oleh kerana mereka sedang memohon kepada Mahkamah Persekutuan berhubung menuntut bukti-bukti yang sudah ditolak dari Mahkamah Tinggi dan Rayuan, dapat mereka tangguh kepada Julai 19hb.
Pada perbicaraan akan datang, dua lagi saksi doktor dan saksi Jabatan Kimia akan masuk kandang saksi. Dari situ kami jangkakan Anwar diminta buat pembelaan.
Ini yang Anwar mahu tangguhkan. Jika dia sudah ditetapkan oleh Mahkamah ada tuduhan dan perlu bela diri, jatuh lagi pandangan rakyat terhadapnya. Dia tahu dia tak ada alibi dan hujah untuk pertahankan diri.
Rancangan Anwar akan datang masih untuk melengahkan lagi. Kali ini, ia bertambah kritikal untuknya.
Kali ini adalah menggunakan alasan seperti yang pernah diguna dengan Sulaiman Abdullah. Kononnya Karpal Singh sakit dijangkiti infection paru-paru.
Karpal telah dimasukkan wad di University Hospital sejak dari Jumaat Julai 9hb. Dia tidak memberitahu wartawan kerana tidak mahu diketahui ramai.
Keadaannya tidak berapa baik dan disuntik ubat tidor (sedation). Dia pun kelihatan pucat dan memerlukan 3 atau 4 hari untuk pulih.
Sebelum Anwar gunakan ini sebagai alasan untuk tangguh, baik dihebuhkan supaya peguam Anwar lain yang turut hebat-hebat berlaka bersedia menggantikan. Ada sampai 10 orang peguam yang ada nama, masih nak Karpal yang berkerusi sorong juga????
Dipercayai Dato Param sedang atur untuk guna kegeringan karpal untuk dapatkan MC selama seminggu supaya tertangguh terus perbicaraan yang telah diatur.
Kalau penumonia yang dihadapai Karpal agak serius, tak akanlah sampai peguam lain bisu tak boleh jadi substitute. Bukankah itu tujuan Anwar ambil banyak2 peguam?
Bukan sedikit peguam Anwar. Dahlah tu bukan calang2 peguam2 mereka ini. Ada Dato Param, Sangkara Nair ada, Raja Adruse Aziz ada, ...
Tak ada sebab mahkamah perlu ditangguh. Tidak masuk akal juga. Habis ... Kalau Karpal mati, tak akan kes buang dan anwar selamat pasal peguam seorang mati?
Kalau tak lojik, maka tak lojik pasukan peguam yang besar tak ada orang boleh buat litigation di mahkamah selain karpal?
Hebahkan ini ... supaya anwar tak boleh guna alasan ini untuk tangguh.
Dari TheUnspinners
MctHeory:
Lahanat Anwar dan peguamtundanya ni tak boleh dibiarkan..banyak sangat alasan..Kalau berani masuk mahkamah la, buat pa nak lari!
Khamis, 25 Mac 2010
PEGUAMTUNDA ANWAR BERJAYA LAGI! APA MUSLIHAT DISEBALIKNYA?

Nampaknya misi peguamtunda anwar yang diketuai oleh Karpal berjaya lagi menunda kes liwat anwar dimahkamah kalau tak salah Mc dah kali ke 25. Apa kes kalau asyik menunda je. Katanya mahu keadilan ditegakkan? Tapi kesnya ditunda seperti mahu melarikan diri saja.
Apakah ini taktik anwar untuk membuatkan rakyat Malaysia menjadi bosan, seterusnya kes ini tidak lagi menjadi perhatian ramai. Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 Mei hingga 30 Ogos depan sebagai tarikh menyambung perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim.
Hakim menetapkan tarikh tersebut setelah mengambil kira jadual anwar dan Karpal. Termasuk Jadual anwar diparlimen? Macam la anwar nak masuk parlimen lagi, sejak dua menjak ni, anwar bagai melarikan diri dari parlimen.
Asyik kena bom je dalam parlimen, mana tahan. Baik jangan masuk! Bebalik kes liwat anwar, Apakah muslihat anwar disebalik tangguh-tangguh kes ni. Apakah ada perancangan terbaru untuk menakhluk kerajaan? Manala tahu, ada lagi perancangan anwar untuk jadiPM segera. Bila jadi PM boleh salahgunakuasa dan gugurkan kes liwat, Mc agak je, bukan tuduh.
Kalau macam ni, sampai tahun depan pun kes liwat anwar tidak akan selesai. Selagi kes ini belum selesai, anwar akan pusing Malaysia malah dunia sambil menghentam kerajaan dengan mengatakan dia dizalimi.
Mc tetap dengan pendapat Mc supaya Anwar perlu ditangkap dengan secepat mungkin dibawah akta hasutan. Untuk selamatkan 27juta rakyat Malaysia dari hasutan syaitan ni, kita perlu ambil risiko untuk keamanan Malaysia.
Jika takut, anwar akan makin buas dan liar menabur fitnah disana-sini. Pedulikan negara luar yang menyokongnya. Lama kelamaan apabila anwar didalam penjara, panas penyokongnya akan reda dan sejuk seperti dahulu.
Gelombang reformasi tahun 1997 hingga 2000 tersangatlah kuat. Tapi selepas anwar dipenjara. Parti Keadilan(PKR) pada PRU ke 11 hanya menang 1 kerusi, itupun hanya di Permatang Pauh (Wan Azizah) dan selepas itu Parti Keadilan pun terkubur dan digantikan dengan PKR hasil gabungan Keadilan dengan Parti Rakyat Malaysia.
Jangan risau akan aura palsu anwar yang hanya aura melibatkan kewangan. Takdenya orang anwar nak setia pada peliwat tegar ni. Habis duit, orang pun blah.
MctHeory:
Contohi Tun Dr M, demi selamatkan negara, beliau ambil risiko tangkap anwar guna ISA hanya untuk menjaga rakyat, elak dari negara huru hara.
Khamis, 25 Februari 2010
PEGUAMTUNDA ANWAR GELISAH!

Tadi di Mahkamah Persekutuan peguamtunda anwar masih lagi cuba mendapatkan bukti utama untuk rujukan peguantunda anwar. Cubaan memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.
Seperti dilaporkan oleh Malaysiakini (portal anti Islam dan Melayu), Peguam Karpal Singh mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai "pelakuan tidak wajar" pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.
Katanya, Anwar telah membawa tiga pakar luar dan mereka tidak dibenarkan untuk melihat bukti tersebut.
"Adakah ini adil?" soal Karpal.
Zulkefli kemudiannya bertanya sama ada panel tiga hakim itu boleh menyemak keputusan yang dibuat oleh panel hakim lain, yang sudahpun mendengar merit hujah-hujahnya.
Karpal berkata, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri kerana dengan jelas telah berlaku ketidakadilan.
"Malah, perbicaraan telah bermula tetapi kami masih lagi belum memperolehi dokumen-dokumen berkenaan," katanya.
Adakah ini satu cara lagi peguamtunda anwar mencari alasan menundakan lagi mahkamah. Setiap tindakan mereka pasti mempunyai maksud tertentu dan mainan akal dalam.
Menjadi hak mahkamah dan pendakwa untuk mengumpul bukti, dan terpulang pada mereka untuk memdedahkannya atau tidak. Pihak peguamtunda juga boleh melawan dengan bukti dan saksi mereka.
Soo. .adakah karpal mahu mengelirukan rakyat dengan mengatakan mahkamah tidak bertindak adil? mahkamah konspirasi UMNO/BN? katakanlah. .kami semua sudah biasa. Sudah jemu!
MctHeory:
Akhirnya, nampak juga karpal buat kerja.
Rabu, 10 Februari 2010
KISAH PEGUAM-PEGUAM ANWAR DI MAHKAMAH!

Mc selalu mengikuti kes liwat Anwar ni. Kita pun tahu bahawa Anwar sudah mengupah peguam bela yang tidak kurang hebatnya. Mereka yang diupah ni memang pakar pusing yang handal dan peguam yang sangatlah mahal upahnya, tapi apakah kita tahu gelagat mereka semasa mengendalikan kes Anwar ini?
Kita juga tahu bahawa kes Liwat Anwar ni banyak tangguh dari bicara. Semua ini akan membuatkan orang bosan untuk mengikutinya. Peguam Anwar pula, mencari alasan nak tangguhkan mahkamah. Pelbagai alasan diberi, awal-awal bicara, Karpal dah beri alasan kata Utusan mengulas kes ini secara berat sebelah dan tidak adil. Semalam, dengar kata Anwar nak tukar hakim pulak sebab Hakim ni berat sebelah.
Aduh.. bermacam-macam alasan yang dia beri sebab nak tangguh kes. Mungkinkah mereka ini diupah oleh Anwar menjadi peguam hanya untuk menangguhkan kes liwatnya? Apakah mereka ini tidak bersedia nak berhadapan dengan Saiful? Cuba baca petikan yang Mc ambil ni.
Wartawan di galeri awam ramai yang bercakap mengenai 'kebosanan' mereka menunggu kes yang tak pernah jadi. Sekejap adu pasal wartawan. Hari ini komplen pasal SB (special branch) yang ramai dalam mahkamah. Karpal ini dah tak ada kerja lain agaknya. Carilah modal yang bermaruah sedikit. Ini soal wartawan dan SB. Kes liwat, soal air mani, soal lain dia tak nak pula ambil peluang nak lanyak si Saiful ni. Kata hebat lah sangat.
Tiba-tiba, salah seorang macai Karpal panggil Anwar keluar. 'Karpal nak jumpa'. Lama juga. Ada sepuluh minit. Daripada riak muka Anwar bila masuk semula ke mahkamah, macam tak sedap hati. Sekejap lepas tu, Karpal 'disorong' masuk ke mahkamah. Hari ini, Karpal tidak ada mood nak berbual dengan Dato' Yusof. Dia malas nak layan. Dia hanya geleng kepala bila ditanya oleh DY. DY pun beransur pergi. Kita nak ucapkan tahniah kepada team pendakwaraya yang cekap dan hebat dalam mengemukakan hujahan balas. Kalau semalam Karpal hanya bercakap di dalam mahkamah; pagi tadi - pendakwaraya dah siap dengan afidavit. Hebat. Cekap
Nak sambung boleh baca dekat AIDC oleh Gelagat Anwar
MctHeory:
Nama kata peguam pro..tapi nampak macam kelam kabut semacam ja apahal?
SAIFUL TERIMA UGUTAN BUNUH!

Sambil kita mengikuti kes liwat Anwar ni, Mc ada terbaca mengenai Saiful kena ugut bunuh dan Saiful sudah pun membuat laporan polis mengenai perkara ini.
KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis hari ini selepas menerima satu e-mel yang mengancam nyawanya dari seorang lelaki yang tidak dikenali.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Sentul pada pukul 12.25 tengah hari dengan diiringi bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zamri Idrus.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Saiful berkata tujuan utamanya ialah bagi melindungi dirinya dari sebarang keburukan memandangkan ini merupakan kali pertama beliau menerima ancaman "bunuh".
"Saya mendapat ancaman bunuh tersebut dan ia adalah sangat serius. Saya membuat laporan ini untuk keselamatan saya," katanya.
Mohd Saiful berkata beliau menerima e-mel itu pukul 11 pagi semasa melayari internet melalui komputer ribanya semasa berada di mahkamah dari seorang yang tidak dikenali yang berbunyi "Kepada rakan-rakan sekalian...sape2 yg mengenali ataupun berjumpa dgn saiful bukhari azlan di mana2 saja, anda diwajibkan membunuh beliau dgn apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat...".
Selain itu, Mohd Saiful berkata sejak dua hari lepas, seseorang telah meletakkan buah-buahan di luar rumah keluarganya d Bandar Utama, Damansara dan beliau percaya ia adalah satu bentuk amalan ilmu hitam.
Sementara itu, bapanya, Azlan Mohd Lazim berkata beliau menerima kira-kira 50 khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari sejak tiga hari lepas bermula 29 Jan.
"Kebanyakan SMS itu bersifat provokasi dan menakut-nakutkan," katanya kepada pemberita. - BERNAMA
Mc juga membaca dalam AIDC News, nama 'Anaz Zahari' dipercayai seorang lelaki telah mendaftar diri di laman sosial facebook dan menulis kenyataan berbaur ugutan bunuh dalam laman sosial Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Tidakkan ini satu bentuk ugutan yang serius dan mintak pihak polis mengambil tindakan dengan segera.
MctHeory:
Apakah ini tindakan terdesak dari Anwar atau pun penyokong Anwar? Dah takut ke kebenaran akan dibongkarkan?
DS ZAMBRY VS NIZAR DAP! KRONOLOGI!

Ramai yang menantikan keputusan mahkamah Persekutuan yang bersidang bagi menentukan siapakah MB Perak diantara Ds Zambry atau Nizar Dap. Sebelum mahkamah membuat keputusan, ramai yang membuat andaian, terutamanya Nizar yang dah bersedia nak bubarkan dun bagi Pilihanraya Negeri.
Krisis politik Perak bermula semasa 4 Feb 2009, dimana BN memperolehi majoriti mudah dan menubuhkan kerajaan apabila 3 adun PKR dan 1 adun Dap keluar parti dan menyokong BN, ini membuatkan BN mempunyai 28 kerusi dun dan 3 bebas menyokong BN.
5 Feb 2009: Nizar mohon bubarkan dun, kemudian, Sultan bertitah, tidak akan bubarkan dun dan menyuruh Nizar dan exco-exconya meletakkan jawatan, jika enggan, maka jawatan mereka akan dianggap kosong.
6 Feb 2009: Ds Zambry dilantik MB Perak ke 11 secara sah.
13 Feb 2009: Nizar mengambil tindakan undang-undang, memohon mahkamah mengistiharkan dia masih lagi MB dan melarang Ds Zambry dari tugas MB Perak.
3 April 2009: Mahkamah bagi lampu hijau untuk Nizar mencabar Ds Zambry.
11 Mei 2009: Mahkamah Tinggi mengistiharkan Nizar MB Perak yang sah.
22 Mei 2009: Mahkamah rayuan batalkan keputusan mahkamah tinggi dan isytiharkan Ds Zambry MB Perak yang sah mengikut perlembagaan.
13 Jun 2009: Nizar failkan notis usul permohonan merayu ke mahkamah persekutuan, keputusan oleh mahkamah rayuan.
5 Nov 2009: Lima panel hakim mahkamah persekutuan yang bersidang menangguhkan kes itu pada 9 Feb 2010 selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Secara ringkas kronologi Krisis politik Perak. Sekarang kita hanya tunggu Keputusan!
Samada MB berjiwa rakyat Ds Zambry kekal menjadi MB Perak atau Nizar si boneka Dap dapat merampas kembali jawatan MB Perak.
9 Feb 2010: Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, pagi tadi setelah berbincang dan membuat keputusan bahawa Nizar tidak boleh terus mentadbir Perak kerana dia sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri dan memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.
Tahniah! kepada Ds Zambry kerana kekal sebagai MB Perak. Akhirnya krisis politik Perak berada diambang penghujungnya, walaupun masih lagi terdengar suara-suara sumbang yang membantah dan pertikaikan keputusan juri. Sememangnya pengesahan mahkamah mengekalkan jawatan Ds Zambry adalah satu keputusan yang tepat dan sangat baik untuk negeri Perak.
Jika Nizar menjadi MB Perak semula, segala keputusan dan perancangan yang dibuat oleh Ds Zambry selama ini akan terbatal dan ini akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi negeri Perak. Setiap keputusan kerajaan negeri yang dibuat oleh Ds Zambry juga akan dipertikaikan.
Mc ada terbaca mengenai penyelidikan mendeka centre yang mengatakan sokongan orang melayu kepada Ds zambry meningkat 57 peratus, dari 51 peratus. Cina dan india juga meningkat 38 peratus dari 31 peratus. Ini bermakna, sokongan rakyat Perak kepada Ds Zambry juga semakin meningkat. Tiada sebab untuk apa perlunya rakyat Perak menukarkan MB mereka. Sedangkan ekonomi Perak juga didalam keadaan baik dan stabil.
Ds Najib juga berharap krisis politik ini sudah selesai. Harap semua orang dapat menerima keputusan mahkamah. Selepas ini kerajaan negeri Perak boleh terus memberi tumpuan keatas pentadbiran negeri kemakmuran negeri Perak.

MctHeory:
Harap-harap Nizar Dap dapat menerima keputusan mahkamah ini dengan tenang dan sabar. Jangan dok gila meroyan lagi sudah la. Baik rakyat dapat MB yang membuat keputusan untuk kebaikan rakyat dari dapat MB yang berkiblatkan TUAN DAP!
Isnin, 8 Februari 2010
AKHIRNYA ANWAR MENGAKUI KEADILAN MAHKAMAH MALAYSIA!

Akhirnya Brader Anwar mengakui juga bahawa dia yakin mahkamah Malaysia ini adil dan mengikut lunas-lunas perundangan. Jika tidak masakan dia yakin bahawa dia akan menang dalam kes liwatnya kali ini. Brader Anwar berkata demikian semasa dia berucap di majlis ulangtahun pertama BN di Perak.
Walaupun keadaan sekarang lebih berpihak kepada Saiful, akan tetapi Brader Anwar ni tak berputus asa menyakinkan penyokong-penyokongnya bahawa dia akan menang kes dimahkamah.
"Insya-Allah, kita harap akan menang kes ini kerana kita mempunyai pasukan peguam yang kuat yang diketuai oleh Karpal Singh," katanya
Jikalau dia tak yakin dengan keadilan mahkamah, dia (Anwar) tidak akan berkata demikian. Sama juga dengan kes MB Perak yang masih lagi menunggu keputusan dari mahkamah persekutuan. Kalau betul seperti dakwaan Pakatan Haram, yang selalu mengatakan UMNO/BN mengawal mahkamah, mengapa mereka tetap menunggu keputusan mahkamah?
Apabila UMNO/BN mengawal mahkamah, semestinya semua keputusan mahkamah pastilah menyebelahi UMNO/BN, kenapa mereka tunggu lagi (keputusan)? mengapa mereka yakin menang, jikalau mereka tak yakin dengan keadilan mahkamah? Sebabnya mereka ni pembohong! Mahkamah Malaysia adil dan saksama, mereka ini yang suka mainkan cerita dengan mengatakan bahawa UMNO/BN mempergaruhi keputusan mahkamah.
Akhirnya Brader Anwar sendiri yang terlepas cakap dan mengakuinya bahawa mahkamah Malaysia adalah adil. Tak percaya? boleh baca di sini. Mc cuma menjelaskan, kenapa dia kata begitu.
MctHeory:
Anwar.. Anwar.. asyik Pusing-pusing, ko yang dah pening.
Jumaat, 5 Februari 2010
KES LIWAT ANWAR: AKHIRNYA SAKSI PENTING MUNCUL JUGA!

KY JELLY! itulah saksi paling penting yang dapat membuktikan bahawa pelincir itu digunakan untuk menembusi dubur tanpa kesan koyakkan.
Mc sendiri pun tidak tahu cara mengunakannya kerana Mc ni bukan dari golongan yang mengunakan KY Jelly, cuma dari apa yang Mc dengar dan baca, Pelincir ini banyak digunakan oleh Gay, Pondan atau pengemar-pengemar yang suka melakukan seks anal. (meliwat).
Berkesan atau tidak, telah dapat kita buktikan dengan kes liwat Anwar ni. Sebabnya ada doktor yang telah melakukan pemeriksaan keatas Saiful dan mendakwa bagaikan tiada kesan tusukan.
Ini telah membuktikan KY Jelly adalah amat berkesan dan mungkin sebab inilah ia menjadi pilihan Anwar. Akan tetapi, mungkin Anwar lupa bahawa, KY Jelly ini tidak dapat menghapuskan air mani dan DNA yang tertinggal.
Oleh sebab DNA yang tertinggalah yang akan menyebabkan brader Anwar ni kantoi dimahkamah nanti. Laporan doktor HKL akan mengesahkan segalanya.
Setelah 3hari mengikuti perbicaraan liwat Anwar, kita sudah dapat saksi-saksi penting yang telah muncul seperti CIFUT (can i fuck u today), MOKHTAR! dan KY Jelly.
heh!
Dijangkakan beberapa lagi saksi atau perkataan yang akan muncul memeriahkan keadaan. Mc harap para pembaca, bloggers dan rakyat Malaysia memberi tumpuan penuh kepada kes liwat ini.
MctHeory:
Gunakan KY Jelly tanpa was-was dan dijamin haram!
ANWAR MERAYU DIBERI PELUANG MEMBELA DIRI!

Akhirnya kita dengar juga manusia yang terlampau ego ini merendah diri supaya media dan rakyat memberinya peluang untuk membela diri. Suatu ketika dulu, dia lah raja, dia lah tokoh ternama dunia. Media antarabangsa, semuanya kawan, tokoh yahudi, tokoh ekonomi dunia, CIA semua dalam poketnya saja. Kiranya dia ni manusia yang gempak gila, sekali dia cakap, boleh gegar Malaysia!
Tiba-tiba bila berdepan dengan kes liwatnya di mahkamah MALAYSIA, bukan dunia, dia jadi takut pula. Bermula dengan tangguh-tangguhkan kes, bertukar-tukar peguam dan hinggalah ke "CAN I FUCK YOU TODAY!". Mungkin kalimah yang disebutkan oleh Saiful semasa dikandang saksi membuatkan telur Anwar sudah jadi kecut. Kaki pun sudah goyang.
Anwar berkata "Dalam kes ini sudah ada pertuduhan, jadi biarlah saya membela diri.
"Biar saya diberi kebenaran untuk berdepan dengan sistem kehakiman mahkamah yang adil," katanya semasa ditemui wakil-wakil media selepas selesai prosiding hari kedua petang tadi.
Mc percaya, mahkamah akan mengadili kes liwat Anwar dengan adil sekali. Cuma kita tertanya-tanya, jika betul Anwar tak bersalah kenapa dia asyik nak tangguhkan kes ni. Kalau betul semua ini rekaan, pasti takkan ada DNA Anwar dalam dubur Saiful dan pasti pihak pendakwaan takkan dapat bukti kukuh untuk mendakwa Anwar.
Anwar juga begitu marah dengan Akhbar Utusan Malaysia kerana dakwanya telah menerbitkan satu aktikel yang fitnah dan tidak tepat.
Saksi (Mohd Saiful) tidak bercakap demikian. Saya percaya ia suatu laporan yang tidak bertanggungjawab. Kami perlu mengambil tindakan atau mereka akan lebih berani berbuat demikian lagi," tegasnya.
Akibat kemarahan Anwar dan juga peguamnya Karpal, Si Pengarah Komunikasi PKR, Johnson Chong telah laporan polis terhadap akhbar Utusan kerana menerbitkan artikel tersebut. Jadi, kepada mana-mana akhbar atau blogger-blogger, berhati-hatilah, mungkin anda akan jadi mangsa seterusnya.
Jika pembaca belum sempat membaca mengenai kes liwat Anwar dan teori Mc mengenai Anwar dan Pakatannya, boleh klik tajuk dibawah.
Pakatan Haram yakin Anwar Bersalah di sini
Nik Aziz: Sah Anwar tak bersalah di sini
Kenapa Anwar suka tangguhkan Mahkamah di sini
Anwar Meliwat Ds Najib Yang Salah! di sini
Semua ini tidak akan berakhir disini, Mc pasti akan mengikuti, mengulas dan mengupas setiap kejadian dimahkamah sehinggalah kes liwat Anwar ini selesai. Insyallah..
MctHeory:
Apabila kita bersalah dan takut, kain tergantung pun disangkakan hantu!
Khamis, 4 Februari 2010
PAKATAN HARAM YAKIN ANWAR BERSALAH!
Belum pun kes pembicaraan Anwar selesai. Keputusan pun masih jauh, ada sesetengah pihak dalam Pakatan sudah sedia nak mengantikan tempat Anwar dan merancang perjalanan Pakatan Haram itu tanpa Anwar. Mc difahamkan bahawa Anwar telah menyerahkan tugasnya dalam Pakatan kepada seseorang untuk dipangku terlebih dahulu.
Difahamkan Anwar juga sudah membuat wasiat dan pesanannya yang terakhir (sebelum masuk Hotel Sungai Buloh) pada isterinya Kak Wan, takut nanti tak sempat nak berjumpa lagi. Kedatangan tokoh pemimpin Pakatan haram ke pembicaraannya bukan hanya untuk memberi sokongan, tetapi juga untuk perjumpaan terakhir sebelum Anwar masuk ke dalam.
Walaupun ada tokoh-tokoh Pakatan yang menafikan kes ini ada kaitan dengan Anwar, hakikatnya mereka semua tahu apa masalah Anwar sebenar, dan mereka pun tidak mengharap Anwar dapat melepaskan diri mahkamah lagi.
Cuma tinggal pencacai-pencacai Pakatan yang masih bodoh lagi dunggu asyik kena kelentong dengan Anwar, masih lagi percaya dan yakin bahawa Anwar tidak meliwat Saiful. Hakikatnya mereka semua sudah kehilangan kata dan idea untuk menahan Peliwat Malang ini daripada serangan bertalu-talu.
Dimanakah penyokong Anwar yang dahulunya setia sehidup semati. Tinggal yang menyokongnya dimahkamah sekarang, hanya penyokong yang berbayar saja. Tiada siapa lagi nak percaya muka peliwat. Memang PKR parti amalkan seks bebas.
Keputusan liwat Anwar masih jauh, bukti pun belum habis lagi dibongkar. Hakim masih lagi menimbang, Saiful bercakap dengan tenang, Anwar peluh makin berlinang. Karpal sudah termenung panjang, serupa macam takdak harapan nak menang. Rakyat sama-sama memandang, Anwar masuk dalam, kami semua senang! Malaysia aman dan tenang!
MctHeory:
Bongkar segala kejahatan Anwar pada rakyat. Londeh kasi londeh!
KENAPA ANWAR SUKA TANGGUHKAN MAHKAMAH?

Pernah pembaca terfikir kenapa brader Anwar selalu tangguhkan kes liwatnya?, kadang-kadang pelik juga kenapa la si brader Anwar suka tangguh-tangguh? Kalau mengikut pendakwaan, memang ada bukti yang dapat mendakwa brader ni. Adakah sebabnya dia takut?
Brader Anwar pula dibela oleh peguam yang bukan calang-calang. Karpal Singh, peguam bela antara yang paling handal di Malaysia sekarang ni. Karpal antara peguam yang pandai buat magik, yang salah jadi betul, yang tak salah jadi salah.
Tapi mengapa si brader ni takut juga nak masuk mahkamah? Mungkin brader Anwar ada perancangan lain. Mungkin dia ada secret planning yang dia simpan untuk melepaskan diri.
Bagi Mc, dalam kes ini, brader Anwar sudah silap jangka. Dia ingat dia boleh jadi PM semasa 16 Sept 2009. Sebab tu dia main tangguh-tangguh. Bila 16 Sept gagal, cubaan seterusnya semasa pembentang Bujet yang lepas.
Bila kedua-duanya pun gagal, brader Anwar akan cuba cari jalan untuk menanguhkan kes liwatnya, sehinggalah dia menjadi PM Malaysia. Dengan harapan, bila dia jadi PM, dia akan dapat guna kuasanya untuk mempegaruhi mahkamah.
Lihatlah betapa liciknya si kawan yahudi penyokong liwat seks bebas ini mencari jalan melarikan diri dari kesnya. Brader ni dah tahu, jika kes liwatnya berjalan lancar, dia pasti akan kembali ke Sungai Buloh. Sebeb itulah kalau boleh, dia nak elakkan dari dibicara.
Cuba pembaca fikir, belum lagi menjadi kerajaan, tetapi di dalam otaknya sudah merancang untuk menyalahgunakan kuasa. Bagaimana pula jika setelah dia jadi PM?
Kalau bukan itu motifnya, apa lagi yang dirancang oleh brader Anwar? Brader ni memang terkenal dalam salahguna kuasa dan wang. Jadi tidaklah kita hairan jika dia akan buat perkara yang sama lagi.
20 kali tangguh kes dengan pelbagai alasan bukan perkara yang normal. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bijak, fikirkanlah baik-baik tentang apa Mc katakan tadi.
MctHeory:
Anwar bukan seorang yang boleh dipercayai. Setiap langkahnya seperti buah catur. Setiap pergerakan ada saja strateginya.
Rabu, 3 Februari 2010
ANWAR: CAN I FUCK YOU TODAY!

Pehh. . Mc baru membaca lintas langsung dari Blog Bro House PK Geli-geleman Mc mengikuti pembicaraan kes liwat Anwar ni. 'CAN I FUCK YOU TODAY?!' Ya Allah. . bertaubat la brader Anwar weii. .
Korang baca bawah ni:
update 5.05pm - Baru je Saiful nak cerita pasal LIWAT, benggali gila tua nak mampos si Karpal kata kena ambik keterangan ini pakai Video Kamera la pulak, memang anti klimaks betul benggali gila ni, perbicaraan bersambung esok pagi jam 9.30 pagi!
4.52PM - Ini berita dasyat punya, korang dengar baik-baik ya, bila Saful tiba kat kondo tu Anwar tanya saiful, Can I Fuck you Today! Wah, anwar harami, gelinya aku dengan kau ni nuar al juburi oi....eeee
Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mengangkat sumpah di dalam mahkamah mendedahkan beliau pernah mendapat tips sebanyak 10 000 dollar Hong Kong ketika mengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.
-Pembicaraan bersambung esok.
Patutla ko mengelak sangat nak bicara, rupanya ko malu nak berhadapan dengan rakyat Malaysia. Dulu kes ko dengan tilam penuh mani. Sekarang kes macam ni pula. Wahh. . hebat permainan ko nuar wei. .
Kesianla kat anak bini ko nuar. . sabar je diorang temankan ko. Bawak berubahla. .bawaklah bertaubat. Janganlah menipu orang lagi. Duduk la kat Sungai Buloh diam-diam.
MctHeory:
Tak sabar nak tunggu apa cerita pula esok!
Rabu, 6 Januari 2010
BERITA: KDN berjaya tangguh guna nama Allah

Satu berita yang baru diterima oleh Mahkamah Tinggi, mengenai rayuan KDN berkenaan penggunaan Kalimah Allah oleh majalah Katolik Herald. Baca dibawah!
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangguhkan keputusan membenarkan mingguan Katholik - Herald - menggunakan kalimah Allah.
Hakim Lau Bee Lan membenarkan permohonan tersebut sementara menunggu perbicaraan rayuan KDN terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.
Peguam bagi pihak mingguan berkenaan tidak membantah permohonan tersebut atas kepentingan nasional.
Permohonan tersebut didengar dalam kamar hakim. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili KDN manakala Derek Fernandez dan Benjamin Dawson mewakili Herald
"Kami membuat permohonan dan peguam yang mewakili Gereja Katholik bersetuju dengan penangguhan tersebut, atas kepentingan nasional," kata Abdul Gani.
Fernandez bersetuju bahawa pihak gereja bersetuju dengan pemohonan peguam negara itu.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai hendaklah berhenti daripada terus membuat komen mengenai keputusan berkenaan.
Sementara itu, Hakim Lau juga menolak permohonan enam Majlis Agama Islam dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Magma) untuk berhujah dalam permohonan KDN itu.
Enam Majlis Agama Islam itu adalah dari Wilayah Persekutuan, Selangor, Kedah, Terengganu, Melaka dan Johor
Dalam perbicaraan sebelum ini, Hakim Lau telahpun menolak permohonan mereka untuk menjadi pencelah dalam kes berkenaan.
Enam majlis tersebut dan Magma juga turut memfailkan ratyuan terhadap keputusan Hakim Lau menolak permohonan mereka menjadi pencelah serta keputusannya yang memihak kepada Herald - Malaysiakini
MctHeory: Ini adalah satu berita gembira untuk seluruh umat Islam di Malaysia. Satu petanda baik! Kita nak Herald Catholic dan agama lain diharamkan terus dari menggunakan kalimah Allah. Kiita harapkan kerajaan Malaysia mengubal undang-undang bagi menjaga kesucian agama Islam terus terpelihara.
Langgan:
Catatan (Atom)





