Memaparkan catatan dengan label kalimah allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kalimah allah. Papar semua catatan
Selasa, 16 Disember 2014
HOT! Guan Eng Tak Sepatutnya Buat Begitu! @MukhrizMahathir
Alor Setar - Dalam sidang media yang dibuat oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir bersama Dato Seri Jamil Khir petang tadi, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir ditanya mengenai isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak melarang jika bukan Islam mengunakan 'Kalimah Allah'.
Kenyataan Guan Eng itu dikecam hebat oleh pemimpin UMNO/BN, NGO pro Islam, bahkan ada diantara rakan Pakatan yang marah bila Guan Eng membuat kenyataan yang tidak sensitif. Pejabat Mufti Pulau Pinang juga dikhabarkan akan berjumpa dengan Guan Eng untuk membincangkan hal tersebut.
Bagi YAB Menteri Besar Kedah, tindakan Guan Eng itu ternyata berat sebelah kerana beliau tidak pedulikan bantahan umat Islam.
"Ianya tak sepatutnya berlaku, kerana beliau pemimpin pada semua rakyat, bukan hanya pada satu pihak sahaja"
kata beliau semasa disoal pada sidang media Mesyuarat Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan.
Sememangnya Guan Eng patut menitik berat apa perasaan umat Islam di sana. Apakah mereka terima cadangan tersebut? Kerana Kalimah Allah adalah salah satu hak istimewa umat Islam dinegara ini. Apakah umat Islam di Pulau Pinang tidak mempunyai hak bersuara atau mereka sebenarnya tidak dihargai?
Ini baru memerintah negeri, cuba bayangkan jika mereka ini memerintah negara, agaknya bagaimana ya?
www.mukhrizmahathirfc.com
Jumaat, 28 Mac 2014
HOT! Melayu Sokong Kristian di Panggil Moden? Melayu Sokong Kalimah Allah, Melayu Kampung, Lembu? #antiCOMANGO
Dalam riuh rendah cerita COMANGO yang mahu Malaysia bebas mengamalkan seks songsang dan bebas beragama. Tak salah kalau Mc buka kembali cerita diantara Melayu Islam dan Melayu COMANGO. Melayu COMANGO ni selalunya mengelarkan diri mereka sebagai Melayu moden!
Yang mana anda nak ikut?
![]() |
| Yang mana anda yakin dan percaya dengan kenyataannya? |
Takkan yang bawah ni kot?
Pakai macam ni nak cakap pasal Kalimah Allah dan Islam?
Penin kepala tengok video kat bawah ni..
Mc percaya ada orang yang sokong kata-kata Siti Zubaidah ni, atau ia lebih dikenali sebagai Siti Kassim. Mana ada orang yang tak sokong, bila nak suruh orang lain buat jahat?
Puak Melayu liberal macam Siti Kassim ni bersepah di Malaysia. Kononnya mereka ini puak melayu baru, melayu moden. Bagi yang sokong kalimah Allah kekal pada umat Islam, diberi nama melayu kampung, melayu kolot, dicop lembu.
Lembu kepala bapak hang!
Puak yang gelar diri melayu moden ni, sebenarnya, dah jauh lari dari Islam. Puak ni tak pegang pada hadis, puak ni tak percaya mazhab, puak ni juga mempunyai pandangan sendiri kononnya lebih hebat pemahaman dorang dengan Al-Quran.
Puak ni yang nak melingkupkan generasi Islam pada masa akan datang. Puak ni juga yang bakal membuka satu fahaman baru mengenai Islam. Kononnya mereka ini memegang Islam Moden!
Mc minta umat Islam di Malaysia hati-hati dengan puak Islam pro-Kristian macam si Siti Kassim ni. Jangan percaya dengan apa yang dorang kata. Baik rujuk pada alim ulamak dari rujuk Ustazah rambut karat macam Siti Kassim.
Jauhkan diri kita dari golongan seperti itu.
McTheory:
Kang panggil murtad, ada pulak yang nak saman.. tapi dari segi gaya dah nampak kann?
Isnin, 6 Januari 2014
HOT! Orang Sana Makan Babi, KIta Pun Kena Makan Babi Ka? #KalimahAllah
![]() |
| Ada orang gembira ka bila benda macam ni terjadi? |
Bila Mc buka isu kalimah Allah.. ada puak cai Pakatan Haram dok sibuk salahkan kerajaan kononnya kerajaan dah lama benarkan orang kristian Sabah dan Sarawak guna kalimah Allah.
Ni Mc nak bagitau hangpa ni.. toksah jadi bodoh boleh dak? Sabah dan Sarawak tu sejak sebelum merdeka pun memang depa dah guna kalimah Allah untuk kristian. Sebab depa tu kepulauan borneo yg banyak dipengaruhi ciri-ciri negara Indonesia.
Malah di Sabah dan Sarawak, perkataan Allah terdapat di dalam bible yang diimport dari Indonesia yang menggunakan bahasa Indonesia. Itu yang kita larang sekarang ni, bible di dalam bahasa Malaysia dan di masukkan kalimah Allah bagi menggantikan Nama jesus dan god.
Geopolitik sana pun tak sama dengan sini. Soo..kerajaan meneruskan apa yg nenek moyang depa sana amalkan. Sana memang dah lama jadi benda ni..dah kehidupan depa macam tu.
Kita yang duduk sini takkan nak tiru macam depa sana. Kita kena pertahankanlah apa yang kita ada. Kalau orang sana makan ular, takkan kita sini nak makan ular jugak? Kalau depa makan babi takkan kita kena turut makan babi juga?
Kita di semenanjung Malaysia kenalah pertahankan kalimah Allah seperti mana nenek moyang kita pertahankan selama 56 tahun dulu.
Kita wariskan pada anak cucu kita, supaya depa tak silap nak baca Al-Quran tertukar bible sebab kedua-duanya guna tulisan arab dan guna kalimah Allah.
Ini bukan benda politik la bangkai! Tolonglah faham wahai cai-cai Pakatan haram semua!
McTheory:
Bab ni pun susah nak faham ka?
Rabu, 16 Oktober 2013
HOT! Bertudung dan Berserban, tapi perangai macam KAPIR!!
Apa kejadah si Jui Meng ni nak? Sibuk pasal kalimah Allah pulak. Apa yang puak kristian ni nak pulun sangat. Apa kepentingan puak kristian ni sibuk sangat nak guna kalimah Allah? Terdesak sangat ke?
Mereka pun menolak kitab Allah Injil, umat kristian kini bukan lagi ahli kitab...mereka menggunakan New Testesment yang mana telah mengubah kandungan asal Injil, mengikut fahaman mereka, jikalau umat kristian masih menggunakan Injil tak ada masalah untuk mereka menggunakan nama Allah SWT kerana mereka juga ahli kitab.
Sekarang dalam BIBLE takada perkataan 'ALLAH' yang ada cuma 'GOD' dan 'Jesus' cuma BIBLE versi Indonesia, Borneo dan sebelah tanah Arab, saja yang ada perkataan ALLAH. Kenapa perlu ada versi 'lain-lain'?
![]() |
| Si kapir bertudung.. |
Kalau puak kristian ni berniat baik. Dari awal lagi mereka takkan ganggu hak kita. Sebab nama ALLAH memang hak umat Islam di Malaysia.
Bagi Mc, mana-mana pemimpin Islam Pakatan haram yang sokong nama ALLAH digunakan oleh puak kristian, mereka ini tergolong dalam golongan kapir, memang kapir harbi punya manusia ni!
McTheory:
Patut ludah muka puak ni..
Isnin, 14 Oktober 2013
HOT! Gambar Pejuang Kalimah Allah.. Keputusan Mahkamah? #KalimahAllah
Gambar pejuang 'Kalimah Allah' dihadapan mahkaman, menanti keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah.
Alhamdulillah Mc diberitahu mahkamah menetapkan keputusan bahawa 'Kalimah Allah' kekal hak milik eksklusif umat Islam Malaysia. Maka pihak kristian tidak dibenarkan mengunakan hak eksklusif tersebut.
Alhamdullilah.. takbir..
Selasa, 10 September 2013
TERKINI! Keadaan di Mahkamah Rayuan Kes Kalimah Allah Kecoh? #KalimahAllah
Hari ni mintak sama-sama lah kita berdoa agar mahkamah yang bersidang menolak secara total permohonan kristian laknatullah untuk guna kalimah ALLAH dalam kitab sesat mereka itu.
Datuk Zulkifli Noordin selaku peguam pemerhati yang berada di dalam bilik mahkamah melaporkan melalui twitter beliau bahawa Sekarang wakil Peguam Negara iaitu Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan telah memulakan hujah.
Hakim yang bersidang hari ini diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh.
Mahkamah bersidang!
Dibawah gambar apa yang berlaku diluar mahkamah sekarang ni!
Sumber gambar dari Utusan Online
Mc akan update terkini.. dari masa ke semasa..
Mc akan update terkini.. dari masa ke semasa..
Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!
Khamis, 22 Ogos 2013
HOT! Rayuan Mahkamah Pengunaan Kalimah Allah oleh pihak Gereja Kecoh?
Menurut maklumat daripada Pemuda UMNO Putrajaya yang berada di hadapan Istana Kehakiman, kini Perbicaraan sedang berjalan semula selepas ditangguh untuk berehat. Calon KP Putrajaya, Saudara Ahmad Faisal memberitahu :
"Doakan agar keputusan hari ini memihak kepada kita. InsyaAllah"
Manakala Calon NKP Putrajaya, Saudara Nasru Syazwan berkata :
"Allah adalah hak mutlak Islam. Jangan politikkan kalimah Allah itu yang penting. Sama-sama kita doa dengan keputusan hari ini."
Untuk mengetahui perihal di mahkamah secara live cuba ikuti twitter dari sahabat Mc di sana, Klik Sini
Video apa terjadi dihadapan mahkamah Putrajaya sekarang,
Isnin, 11 Februari 2013
PANASS!! Bapa Kesan Kotak Gula-Gula Ada Terselit Lambang Salib!! #KalimahAllah
Seorang kontraktor kesal kerana ada pihak tidak sensitif dengan umat Islam apabila menjual makanan ringan mengandungi pelekat lambang salib sebagai cenderamata dalam kotak makanan berkenaan yang biasanya dibeli kanak-kanak.
Kontraktor itu yang mahu dikenali sebagai Chaq, 40-an, berkata dia membeli makanan ringan dalam kotak berharga RM1 di sebuah pasar raya di Bagan Ajam dekat sini, untuk anak saudaranya, kelmarin.
“Selain makanan ringan, ada beberapa keping gambar kartun dalam kotak berkenaan dan salah satu ialah lambang salib yang dilekatkan pada peti sejuk.
“Mulanya saya sangka ia gambar kartun biasa tetapi selepas diamati ia sebenarnya lambang salib,” katanya di sini, semalam.
Pemerhatian pada kotak makanan ringan berkenaan mendapati tertera notis ‘mengandungi barang istimewa’ dan ‘tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah enam tahun’.
Chaq berkata, mungkin ada pihak sengaja menjadikan lambang salib sebagai hadiah dalam makanan ringan dengan kanak-kanak sebagai kumpulan sasaran.
“Ketika isu kalimah Allah hangat diperkatakan, ada pula pihak cuba menyentuh sensitiviti umat Islam dan perkara begini tidak sepatutnya berlaku,” katanya yang membuat aduan kepada Pertubuhan Pembela Insan (PPI).
Perkara begini begitu sensitif. Patutnya kita mengelakan ianya berlaku. Namun ada pihak yang cuba bermain dengan api apabila melakukan perkara seperti ini.
Pada ibu bapa hati-hatilah dengan barangan yang dibeli untuk anak-anak. Tengok betul-betul baru beli. Kandungan makanan ringan juga perlu diambil berat, kerana sudah beberapa kali makanan ringan seperti keropok atau gula-gula diletakan lemak babi.
Paling senang, ketahuilah apa makanan yang mahu kita makan. Insyallah selamat dunia akhirat!
McTheory:
Benda nak jadi darah daging, tak boleh dibuat main.
Sabtu, 2 Februari 2013
PANASS!! Dap JUAL Kristian Seperti Mana Pas JUAL Islam Untuk Politik!! #KalimahAllah
Artikel sebelum ini mengenai hak LGBT yang mempersoalkan mengapa Islam dipandang sebagai kolot kerana membantah hak LGBT, tetapi Kristian tidak diberikan tanggapan yang sama walaupun sama-sama membantah, telah 'terkena' kepada pihak yang terlibat, golongan Kristian Malaysia. Nampaknya, Kristian Malaysia tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Kristian di seluruh dunia, terutamanya terhadap isu seperti penggunaan Kalimah Allah bagi Bible dan juga hak LGBT.
Dan kini, persoalan yang sama masih lagi timbul di mana beratus-ratus ribu orang kristian membuat demonstrasi di Perancis membantah hak golongan LGBT, dan terdapat tiga organisasi Kristian di Amerika Utara telah meletakkan petisyen awam untuk menghentikan Wycliffe Bible Translators, Summer Institute of Linguistics (SIL) dan Frontiers dari menghasilkan Bible yang mengandungi nama Tuhan Kristian (Father and Son) yang mempunyai terjemahan yang salah (Lord dan Messiah atau Guardian dan Proxy).
Terdapat juga terjemahan Arab yang mengubah perkataan 'Father' kepada Allah yang dilihat oleh penganut Kristian sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia mungkin akan menyinggung umat Islam, dan juga boleh mengelirukan mereka yang baru menganut agama Islam atau Kristian.
Mengapa golongan Kristian Malaysia tidak berkongsi pendapat yang sama?
Isu penggunaan nama Allah telah lama timbul di Malaysia. Kristian Malaysia adalah antara yang paling lantang isu ini, termasuk menerima pertolongan dari DAP. Lim Guan Eng juga pernah menyatakan perkara ini sebagai sebahagian daripada perjuangan parti tersebut, yang kemudiannya mengundang permasalahan kepada PAS.
Hanya kerana sifat mereka yang gila kuasa, parti tersebut telah membuatkan golongan Kristian percaya bahawa pluralisme adalah satu perkara yang boleh diterima, sebahagian daripada ajaran Kristian itu sendiri.
Ini adalah masa buat semua agama di Malaysia untuk mula membezakan antara agama dan politik. Apabila umat Islam mempertahankan nama Allah daripada dipergunakan, ia menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan agama, bukannya politik. Jadi, jika anda bencikan kerajaan Melayu-Islam, anda tidak perlu melanggar agama Kristian anda sendiri hanya untuk memberikan sokongan kepada sesiapa yang menentang pihak kerajaan.
Perkara ini tidak langsung ada kena mengena dengan hak. Perbuatan ini adalah salah kerana akan mengakibatkan kekeliruan. Mungkin ini adalah masa bagi penganut Kristian seluruh dunia untuk menggalakkan Kristian Malaysia supaya melihat kembali apa yang dituntut oleh Bible, agar kita tidak keliru dengan agama masing-masing.
Bacalah, supaya kita tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak yang inginkan perpecahan antara rakyat. Jauhi politik yang mempergunakan agama!
McTheory:
Jauhi Pas dan Dap!!
Ahad, 27 Januari 2013
PANASS!! Anwar Ibrahim SETUJU Bukan ISLAM Di larang Guna #KalimahAllah?
Makin lama makin berbelit-belit la puak Pakatan ni. Ada setuju, ada tidak, ada tolak, ada pertimbangkan. Mana satu yang betul ni?
Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH bagi bukan Islam di negara ini.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disalah ertikan pihak media sehingga menimbulkan salah faham.
Menurutnya, PR tidak mengeluarkan kenyataan persetujuan, sebaliknya memperakui perkara itu berdasarkan hasil perbincangan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya tidak kata tidak bersetuju. Ada media yang memutarbelitkan kenyataan. PR hanya berpandu kepada kenyataan Presiden Pas yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis PR.
"Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan berkenaan penggunaan kalimah ALLAH dengan beberapa syarat tidak dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis PR," katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR.
Katanya, PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi.
"Saya ulang, saya hanya baca dan meneliti kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas dan kita (PR) memperakui dan sokong kenyataan tersebut," katanya.
Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Majlis Syura Pas sudah membuat ketetapan, kalimah ALLAH hanya boleh digunakan masyarakat Islam sahaja dan akan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno jika Pakatan Rakyat (PR) bertegas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH di negara ini.
Pada 8 Januari lalu, Majlis Pimpinan PR mencapai persetujuan bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
Isu kalimah Allah pun Pakatan tak dapat 'sepakat' dan selesaikan. Macam mana nak selesaikan perkara lain? Agaknya kalau Pakatan memerintah negara, kacau bilau la jadinya. Malaysia Utara buat lain, Selatan lain, timur lain, barat lain. Semuanya tak sama, kacau bilau Malaysia, lingkuplah ekonomi.
Maklumlah, semua nak jadi kepala, sapa nak dengar cakap Anwar tu..

McTheory:
Pas pertahankan ISLAM? Kena gejut sikit dah berselerak lari!
Sabtu, 19 Januari 2013
TUDIAA!! Azmin Ali Buktikan Bahawa Pakatan Sedia Gadai #KalimahAllah!!
Sebenarnya Mc taknak komen banyak, just nak tunjuk kepada umat Islam Melayu di Malaysia ni bahawa ada golongan kufur yang sememangnya bersedia untuk menjual kalimah Allah kepada bangsa lain semata-mata untuk berkuasa.
Cuba bayangkan kalau Malaysia berada ditangan mereka ini, apa agaknya akan jadi pada kita? Mereka sanggup gadaikan apa saja semata-mata untuk berkuasa, hatta kalau didalam seluar sendiri pun mereka sanggup serahkan, janji boleh sampai Putrajaya.
Mc harap, jauhilah kita rakyat Malaysia daripada pemimpin seperti ini, nama kata Islam, tapi hanya Islam atas IC. Selebihnya haprak, apa pun tarak!
Apa pun Mc nak ucap Syabas Azmin Ali kerana berani berkata benar soal pendirian kalimah Allah. Tapi kenapa Azmin yang keluarkan kenyataan, mana Anwar Ibrahim? Dia sokong ke tak? heh..
McTheory:
Pas tolak untuk gadai kalimah Allah.. Karpal Singh taknak komen apa-apa ka?
Rabu, 16 Januari 2013
PANASS!! Khalid Samad Menikus Bila Pas Flip Flop Sokong Kalimah Allah Hanya Untuk Umat Islam!!
Semua orang tahu bahawa, Pas terpaksa menarik balik keputusan untuk membenarkan orang bukan Islam mengunakan nama Alah. Keputusan tersebut, dipersetujui oleh Hadi Awang, Nik Aziz dan Dewan Ulama Pas.
Disebabkan keputusan tersebut, salah seorang geng Anwarinas iaitu Khalid Samad umpama cacing kepanasan sekarang. Apabila dia juga terpaksa mengubah pendapat dan kenyataan dengan menolak pengunaan kalimah Allah pada agama lain.
Blog 1Peluru ada mendedahkan perbohongan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Ibrahim terpaksa menelan situasi sukar selepas Majlis Syura PAS semalam membuat keputusan kalimah 'ALLAH' dilarang penggunaannya oleh mana-man agama selain Islam dalam terjemahan kitab/risalah mereka. [BACA SINI ]
Ini kerana Khalid Samad merupakan individu dari Parti Islam (??) tersebut yang paling lantang menyokong penggunaan kalimah ALLAH dalam terjemahan BM penerbitan Kristian sejak 3 tahun lalu sehingga diberikan gelaran 'Khalid Gereja' oleh kebanyakan blogger yang tidak senang dengan pendiriannya.
Ekoran keputusan Majlis Syura PAS, Khalid Samad terpaksa menafikan sokongannya dengan pelbagai putar-belit setelah 'diserang bertubi-tubi' di laman Twitter. RUJUK SINI
Perhatikan imej di atas kita boleh melihat antara putar-belit Khalid Samad menyelamatkan 'tengkuk'nya dari dipancung oleh PAS walaupun jelas terdapat pelbagai bukti sokongannya terhadap penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam dalam terjemahan BM. (sila rujuk link yang dipaparkan untuk berita penuh)
Jika kenyataannya dalam portal2 pro-PR tersebut tidak benar, mengapa Khalid Samad tidak menyaman portal2 tersebut sedangkan personal ini sudah sinonim dengan aktiviti saman-menyaman!
McTheory:
Khalid ni celaka, dulu dia la pejuang yang dok gadai nama Allah..
Jumaat, 11 Januari 2013
PANASS!! Kenal Pasti Siapa Syaitan Penghasut Gadai Kalimah Allah!!
Jom kita kenal pasti siapa dalang yang sokong gadai kalimah Allah pada kristian? Nak tau, tengok video kat bawah.
Lihatlah betapa bangganya Anwar berceramah dihadapan majoriti bukan Islam, sambil mempersendakan sensitiviti umat Islam yang lain. Nama Allah dibuat main dan dipersendakan. Apakah itu pemimpin yang kita mahu menjaga negara kita!! Pemimpin yang kufur!!
Video kat bawah ni, video Ustaz Haron Din menjelaskan pada kita kalau kita sokong agama lain guna kalimah Allah apa hukumnya?
Haron Din Ustaz Pas, takkan ahli Pas nak dengar cakap Nik Aziz saja, cakap Ustaz Haron Din ni nak letak mana? Bagi Mc, Ustaz Haron Din ni lebih hebat dari Nik Aziz.
McTheory:
Nik Aziz Ularmak Politik!!
PANASS!! Apa Masalah Pas Nak Gadai Kalimah Allah Ni?
![]() |
| Contoh terbaik, nak nanti jadi macam ni? |
Apa masalah Pas dengan kalimah Allah ni? Apa yang merunsingkan sangat Pas hingga terpaksa mengadaikan kalimah Allah pada agama lain? Salahkah kita di Malaysia menjaga EKSKLUSIF nya nama Allah hanya kepada umat Islam? Apa yang tak kena lagi?
Mc masih teringat lagi peristiwa pada tahun 2010. Disebabkan perebutan pengadaian kalimah Allah, hingga ada surau dan gereja yang dibakar, dilempar bom petrol, ada masjid yang dibuang kepala babi, ada gereja yang di conteng.
Masing-masing saling berbalas, hingga menimbulkan ketegangan kaum. Kalau kita lihat puncanya, ia bukan berpunca dari kaum lain yang bergaduh dengan umat Islam. Tetapi ia berpunca dari umat Islam yang bergaduh sesama sendiri, hingga perkara ini menjadi panjang lebar.
Kaum lain cuma minta pada kita, namun kita yang beragama Islam ni pula yang bergaduh dan bertengkar sesama sendiri. Apa ni?? Ada yang pertahankan, ada pula yang tak sabar nak jual.
Umat Islam yang nak mempertahankan kalimah Allah ini adalah satu perkara yang normal, sebab sudah tentulah umat Islam nak pertahankan hak umat Islam. Hak yang diturunkan turun temurun dari generasi pertama hinggalah sekarang.
Namun Mc agak pelik dengan golongan yang mengaku muslim, mengaku perjuangkan Islam, namun langsung tak sensitif apabila ada orang nak sentuh bab kalimah Allah. Malah golongan ini pula yang sibuk nak gadai hak EKSKLUSIF umat Islam ini kepada agama lain.
Pelik tak? Pelik kan? Golongan yang pakaiannya berserban besar, berjanggut, berjubah dan bersunnah bagai, tetapi nak gadai kalimah Allah. Partinya yang bernama Islam, tetapi nak gadai hak EKSKLUSIF umat Islam. Memang pelik kan?
Apa masalah golongan ni sebenarnya? Apa dengkinya mereka dengan kalimah Allah? Salahkah kita pertahankan hak kita? Kenapa kita perlu bertengkar dan bergaduh sesama sendiri dalam hal mempertahankan hak kita?
Tak bolehkah kita sepakat dan mempertahankan hak kita? Kenapa kita perlu menjual atau mengadaikannya? Salahkan kalau kita kekalkan hak itu seperti mana dulu, seperti mana tok nenek moyang kita yang terdahulu. Berikan hak itu kepada generasi Islam yang akan datang, kekalkannya.
Jangan hanya fikir diri sendiri, jangan hanya fikir kesenangan diri. Fikir anak cucu kita kelak. Musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk lemahkan kita. Musuh Islam sentiasa mencari lubang untuk pupuskan umat Islam di Malaysia. Mc tak tuduh sesiapa, tetapi kita umat Islam perlu berjaga-jaga. Kita belum ada lubang, jangan lubangkannya.
Bila dah ada lubang, mula-mula kecil, lama-lama jadi besar. Lepas dah besar, tak guna kita nak menyesal lagi. Sekarang kalimah Allah, lepas ni nama Islam pula, lepas tu masjid, surau, silap-silap, nanti ada agama yang tiru sebijik macam Islam, tetapi sembahnya lain, apa kita nak buat? Kalau semua dah diberi?
Nak marah? Nak halang? tak boleh, sebab kita yang bagi, kita bermurah hati hinggakan hak EKSKLUSIF kita pun nak diberi kepada orang. Bila dah jadi macam tu, rasanya tak guna lagi nak menyesal. Sebelum kita menyesal dikemudian hari, apa kata kita pertahankan hak kita tu sekarang ni.
Persetankan dengan Pas atau Hadi Awang, dia tu siapa? Pergi mampuih sama Nik Aziz, dia tuhan ke? Kalau dorang nak benarkan, biar, namun pastikan Kerajaan yang memerintah kita ni pertahankan kalimah Allah. Kalau ada ahli Pas atau cai Pakatan yang tak sabar-sabar nak gadai kalimah Allah, apa kata tanya dia satu soalan ni.
"Sanggup tak kalau dia benarkan Masjid Negara digunakan oleh orang kristian untuk upacara keagamaan mereka?"
Kalau itu dia tak sanggup, kenapa benarkan kalimah Allah digunakan kepada agama lain? Fikirkanlah..
McTheory:
Pertahankan HAK KITA!!
Selasa, 1 Januari 2013
TUDIAA!! Isu Kalimah Allah Pakatan Haram Bakal Berpecah!!
Mahaguru fahaman pluralisme di Malaysia, Anwar Ibrahim amat gelisah apabila Pas membangkang gesaan Dap berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian di dalam Al Kitab (Injil).
Justeru, tidak mahu isu itu merebak kepada tahap menggugat kerjasama PKR, Dap dan Pas dalam Pakatan Rakyat, Anwar telah memanggil mesyuarat tergempar pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti untuk merungkai satu lagi krisis yang berpotensi meledak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Isu penggunaa kalimah ALLAH kembali menjadi panas apabila Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng menghidupkan balik isu itu dalam perutusannya menjelang sambutan Hari Krismas pada 24 Disember lalu.
Dap menegaskan kerajaan perlu membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah ALLAH di dalam Al Kitab iaitu versi bahasa Melayu kitab Injil.
Jika Dap benar-benar mahu menjadi jaguh kepada penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian di Malaysia, mengapa isu ini diperjuangkan hanya sejak dua tahun lalu dan tidak dari masa parti itu ditubuhkan?
Mengapa ketua agama Kristian sedunia, Paus Benedict XVI tidak menggunakan kalimah ALLAH di dalam mana-mana ucapan atau penulisan gereja di negara-negara Barat?
Mengapa di Malaysia yang mana umat Islam adalah lebih 60 peratus daripada jumlah penduduk negara manakala penganut Kristian hanya mencecah 9.2 peratus sahaja, isu ini perlu digembar-gemburkan sehingga ke tahap mencabar Perlembagaan Negara?
Ini tidak lain tidak bukan kerana pembangkang mahu mempolitikkan isu yang sensitif ini untuk dilihat sebagai hero menjelang pilihan raya.
Ia juga menjadi sebahagian daripada agenda licik pembangkang terutamanya Dap untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan serta melemahkan kedudukan umat Islam di negara ini.
Dengan menggunakan logik yang tidak masuk akal dan berselindung di sebalik jaminan kebebasan beragama di dalam Perlembagaan, pembangkang cuba mengeksploitasi ruang yang diberi bagi kepentingan politik mereka.
Pas, yang sekian lama dituduh sebagai keldai tunggangan Dap dan dipaksa tunduk kepada kemahuan parti cauvinis Cina itu dalam beberapa isu sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian keras Dap.
Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan medianya menegaskan bahawa penganut Kristian di negara ini tidak harus menggunakan kalimah ALLAH di dalam Al Kitab.
Ini kerana jika digunakan tanpa melihat keadaan sosio-politik dan latarbelakang Islam sebagai agama persekutuan di negara ini, ia menimbulkan kekeliruan di kalangan kedua-dua penganut Islam dan Kristian.
Bayangkan tertera kalimah ALLAH pada papan tanda gereja yang sudah tentunya akan menimbulkan kemarahan umat Islam apatah lagi mengelirukan umat Islam khususnya golongan belia dan remaja yang masih belum mantap pemahaman agama mereka.
Dap hanya memikirkan kepentingan segolongan kecil penganut satu agama sahaja tetapi kerajaan harus menjaga kepentingan dan hak semua rakyat daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan bangsa.
Kali ini nampaknya Pas tidak akan berganjak dalam isu ang menyentuh sensitiviti dan kepentingan agama Islam dan sanggup bertarung dengan Dap untuk menegakkan pendapatnya.
Jika Pas berundur dan terus akur kepada tekanan Dap bermakna ia tidak layak mengaku sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan lebih elok dibubarkan sahaja parti itu.
Kredibiliti pas akan terjejas teruk jika ia tidak mempertahankan kenyataan Tuan Ibrahim sebagai pendirian rasmi parti itu.
Mengalah dalam isu ini akan bererti Pas akan kehilangan bukan sahaja keyakinan ahli-ahlinya sebagai sebuah parti Islam tetapi juga undi pada pilihan raya nanti.
Sanggupkah Pas dilabel sebagai parti bacul yang berdegar-degar melaungkan mengenai Islam tetapi cabut lari apabila dicabar oleh Dap sedikit?
Sudah tentunya dalam polimik isu kalimah ALLAH ini, Anwar akan muncul sebagai hero yang akan menyokong kuat pendirian Dap dengan mengenepikan pendapat Pas.
Dap sejak 2008 menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13, namun Pas selama ini hanya berdiam diri dan pada muktamarnya baru-baru ini telah mencalonkan presidennya, Abdul hadi Awang.
Jadi tidak mungkin Anwar akan membiarkan sokongan kuat Dap kepadanya sebagai calon Perdana Menteri akan dibiarkan digugat oleh Pas.
Mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan untuk membincangkan isu kalimah ALLAH akan mengeruhkan lagi hubungan Pas dan Dap yang sudah pun tegang sejak sekian lama.
Mereka adalah musuh politik tradisi dan tidak mungkin sepandai mana Anwar bersilat di gelanggang politik Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan masalah yang mampu mencemar imej dan maruah Islam.
Sabtu, 16 Jun 2012
Selasa, 21 Jun 2011
ALLAH MAHA BESAR!! JANIN SUJUD BILA MENDENGAR BACAAN AL-QURAN!!
Perhatikan selepas cd rakaman bacaaan Al-Quran di Pasang. Janin ini berhenti bergerak dan mengubah kedudukannya kelihatan seperi sedang sujud. Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa, segala puji bagi Allah.
McTheory:
Janin dalam kandungan pun mengakui kebesaran ayat Allah, namun kita sekarang sering terlupa.. kenapa?
Khamis, 28 Januari 2010
UMNO ANTI KRISTIAN? - ANWAR IBRAHIM!
Mc tertarik dengan berita dari Utusan mengenai Brader Anwar yang kini dalam perancangan nak hentam UMNO yang dikatakanya anti-kristian.
Punyala nak pancing undi, sampai sanggup nak tuduh UMNO yang bukan-bukan. Brader Anwar ni bukan apa. Pilihanraya Sabah/Sarawak dah dekat. Dekat sana pula ramai penganut agama Kristian, sebab tu dia nak buat cerita macam ni.
Cuba baca berita dari Utusan ni.
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini didakwa dalam perancangan untuk melabelkan UMNO sebagai sebuah parti yang anti-Kristian dengan menjadikan isu penggunaan kalimah Allah sebagai mainan politik terbaru beliau.
Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli hari ini berkata, ini kerana, sekiranya terdapat isu yang melibatkan kaum bukan Islam, Anwar ialah orang pertama yang didakwa akan mempolitikkan isu tersebut dengan tujuan mendapat mendapatkan sokongan kaum bukan Islam terutamanya rakyat di Sabah dan Sarawak.
Semalam, Anwar terus mempertahankan sokongannya terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam seperti yang ditulisnya sendiri dalam ruangan pendapat di The Wall Street Journal bertajuk Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah. - petikan Utusan Malaysia
Mc rasa Brader Anwar fikir rakyat Malaysia bodoh sangat ke? Ingat orang boleh percaya dengan cakap dia tu. Brader Anwar cuma cakap je lebih, buktinya takde, yang dia tahu main tuduh UMNO suka hati je.
Kalau betul UMNO anti-kristian, dah lama orang kristian di Malaysia menderita. UMNO kan teras kerajaan Malaysia. Ada dengar ke UMNO tak bagi tanah buat gereja? Ada dengar UMNO halang orang kristian pergi gereja setiap hari Ahad? Mana ada!.
Sudah 52 tahun Malaysia merdeka. Negara kita bebas beragama, cuma Malaysia mengutamakan agama Islam dan bangsa Melayu, sambil tidak mengabaikan agama dan bangsa lain. Itu saja, jangan dok main pusing-pusing Brader, nanti lu kena pusing balik.
kes-kes bakar gereja, bakar surau dan baling masjid dengan kepala babi ni kerja orang jahat. Kerja orang nak merosak negara. Orang yang propa dan provo je yang kerja bodoh macam ni. Ini bukan kerja UMNO!
Mc pernah ceritakan Brader Anwar punya nak bodek orang Kristian sampai sanggup pergi majlis atas jemputan seorang paderi besar, nak tau baca di sini.
Mc harap, takde orang yang percaya cakap sesumpah sekor ni, yang tak sudah-sudah nak mainkan isu sentimen. Saja nak panaskan keadaan.
MctHeory: Ingatlah Anwar dan Pakatan Haram Rakyat akan buat apa saja untuk mendapat undi, demi misinya ke Putrajaya. Perlu ingat, APA SAJA!
Rabu, 27 Januari 2010
DULU BAKAR! SEKARANG BALING MASJID DENGAN BABI LA PULAK!

Astafirullahalazim. .
Apa nak jadi ni, masjid dibaling dengan kepala babi. Kat Muar bakar masjid, yang paling tak boleh tahan suspek yang bakarnya orang melayu sendiri.
Apa motif dia buat macam tu? dia nak tunjuk Malaysia ni kacau bilau ke? dia anti agama ke? orang Melayu sendiri bakar surau. Polis kata ni kerja persendirian dan takde apa motif lain. Pelik juga kes ni.
Belum lagi selesai 1 kes, dah tambah kes baru pula. Kali ni baling kepala babi kedalam masjid!. Ini kes teruk, ini lahanat punya kerja. Individu macam ni patut kena tangkap dengan ISA je. Dato Hisyam KDN wei. . bertindak la, jangan asyik dok bagi amaran je.
Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama. Pehh. .kurang hajar betul.
Kepala babi dijumpai oleh penduduk yang nak pergi masjid semasa nak sembahyang subuh. Ketua Polis Negara pun dah turun tempat kejadian. Kes ini, kes serius! jangan biarkan lahanat-lahanat ni musnahkan keamanan negara.
MctHeory:
Semua kawasan-kawasan masjid tersebut, terletak ditempat kawasan kuat Pas, dibawah jagaan Nurul Izaah anak brader Anwar!
Sabtu, 23 Januari 2010
SUSPEK PEMBAKAR SURAU DITAHAN!

Mc ada mendapat berita bahawa suspek yang membakar surau di Muar dua hari lepas telah di tahan. Mengikut timbalan Polis Negara, 4 orang suspek telah di tahan dan dipercayai, anak salah seorang suspek adalah anak anggota Polis.
Penahanan ini disebabkan pada 21 Januari lalu, dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar. Kejadian pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer.
Mereka yang suspek yang disyaki masih lagi disoal siasat untuk tindakkan lanjut. Polis juga tidak mendedahkan identiti pengenalan mereka. - sumber pdrm
MctHeory:
Adakah mereka ini betul-betul rakyat Malaysia? tingkah laku mereka umpama mereka ini bukan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Ada dalang disebalik perbuatan ini?
Langgan:
Catatan (Atom)





























