Memaparkan catatan dengan label aspirasi mahasiswa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aspirasi mahasiswa. Papar semua catatan
Khamis, 29 Januari 2015
Mahasiswa Asean Berkumpul di UUM - @MukhrizMahathir
Pagi ini Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir hadir untuk berucap sekaligus merasmikan Asean Youth Summit di EDC Hotel, UUM Sintok.
Asean Youth Summit buat julung kalinya dianjur oleh Universiti Utara Malaysia dengan mengumpulkan mahasiswa dari negara-negara asean untuk membincangkan persamaan, isu dan permasalahan diantara mereka.
Dalam perganjuran kali ini YAB Menteri Besar Kedah terharu kerana kehadiran mahasiswa dari negera-negara asean begitu ramai, ini bukti semangat kekeluargaan dari negara Asean yang juga satu rantau penting didunia begitu begitu utuh sekali.
"Hanya mahasiswa yang memahami apa kehendak mereka" kata Dato Seri didalam sidang medianya pagi tadi.
MB Kedah juga mengucapkan tahniah kepada UUM kerana berjaya dalam penganjuran kali ini.
Khamis, 4 April 2013
GEMPAR!! Mahasiswa Seluruh Malaysia Menyokong BN!! #PRU13 #Najib4PM
KUALA LUMPUR, 3 APRIL - "Kami komited menyumbangkan akal fikiran,masa untuk membela dan membantu rakyat di negara ini" ujar Hafiz Ariffin di dalam satu sidang media bagi pelancaran Siswa4U yang diadakan di PWTC pagi ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa matlamat penubunan Siswa4U adalah untuk menggerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk di dalam proses demokrasi politik baru dalam PRU13 secara sihat,rasional,matang,berilmu,berintegriti dan bermaruah.
"Ia sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan".

"Penggerak Siswa4U terdiri dari pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus yang mana sebelum ini banyak terlibat dengan aktiviti antaranya aktiviti kesukarelawanan".
"Apa yang kami inginkan ialah sebuah negara yang aman dengan masyarakat berbilang agama,proses demokrasi dan pilihanraya yang adil,telus dan lancar".
"Kami juga berprinsip pemimpin yang dicalonkan dan dipilih merupakan pemimpin yang bersih,berpengetahuan,berpengalaman berkidmat untuk rakyat,mesra pengundi muda dan dapat menarik minat anak muda"
Beliau juga turut menegaskan bahawa parti yang bertanding mesti menunaikan setiap janji yang ditawarkan di dalam manifesto dan berharap agar pihak berkuasa dapat terus mengawal keamanan negara.
"Sesuai dengan keterbukaan kerajaan untuk meminda perkara 15(2) AUKU,Siswa4U juga akan menggunakan pendekatan secara 'peers group' dalam usaha mendekati mahasiswa bagi menyokong segala usaha transformasi yang telah dibuat oleh kerajaan".
Hafiz juga turut menjelaskan,pendirian yang dibuat berasaskan pelbagai aspek antaranya agenda transformasi yang dibuat oleh kerajaan yang bersungguh-sungguh menunaikann janji melalui program mereka seperti NKRA,NKEA dan sebagainya.
"YAB Perdana Menteri juga begitu konsisten dan ikhas dalam memupuk semangat patriotisme serta menjaga hubungan diantara kaum di Malaysia"
"Beliau juga bersungguh-sungguh dalam mendekati golongan muda dan berusaha mengurangkan beban kelompok ini dengan pelbagai bantuan seperti baucer buku,rebat telefon pintar,PR1MA dan sebagainya dan mempunyai track record yang baik".
"Kami Siswa4U memberikan kepercayaan yang tinggi terhadap Dato' Seri Najib Razak serta calon-calon yang bakal diketengahkan oleh Barisan Nasional dalam PRU13" ujarnya mengakhiri sidang media. - MyMahasiswa
Khamis, 17 Januari 2013
PANASS!! Bawani Si Ambiga Jr. Sengaja PROVOK Sharifah Jabeen Untuk Populariti Murahan!!
Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, semestinya tidak menjangkakan bahawa jemputan yang diterima beliau untuk menjadi moderator bagi satu forum di UUM beberapa hari lalu akan mengubah hidup beliau.
Sharifah Zohra bukanlah salah seorang daripada panel bagi forum tersebut (Forum Wanita dan Politik), jadi, bukanlah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan para peserta. Namun, seorang pelajar, Bawani, bertindak mengajukan soalan kepada Sharifah pada saat-saat akhir forum dan enggan 'berhenti bercakap'.
Tidak salah bagi sesiapa untuk mengesyaki bahawa walaupun Syarifah tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku, Bawani mungkin telah membuat rancangan awal terhadap insiden tersebut.
Masa yang dipilih oleh Bawani untuk mengajukan soalan adalah satu perkara. Namun, satu lagi perkara yang tidak boleh diterima adalah nada dan kelakuan Bawani terhadap Syarifah. Budaya timur tidak boleh menerima kelakuan buruk seperti itu, terutamanya kelakuan Bawani kepada seorang yang lebih berusia darinya.
Namun, Bawani hanyalah seorang pelajar, seorang wanita yang masih lagi muda yang masih lagi mentah, penuh dengan perkara yang mahu dilepaskan. dan sama seperti mana-mana golongan muda terpelajar, Bawani percaya bahawa dia adalah lebih arif berbanding orang lain, termasuklah, terutamanya, kerajaan dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, dan dalam kes ini, Sharifah.
Syarifah bagaimanapun, gagal untuk mengawal provokasi yang dibuat oleh Bawani. Penulis percaya bahawa Syarifah mungkin mampu mengawal pelajar tersebut jika beliau lebih bersedia. Sebagai moderator, Syarifah tidak bertanggungjawab untuk menjawab soalan, beliau bertanggungjawab terhadap masa, dan ketika itu, masa bagi forum tersebut telah tamat.
Kami faham bahawa bagi Sharifah, tindakan pelajar tersebut dalam melakukan provokasi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Atas sebab itulah beliau memberikan respon-respon yang tidak relevan. Namun, segalanya berubah dalam sekelip mata.
Kita dapat lihat bagaimana Youtube mampu mengubah kehidupan seseorang; dalam masa sekelip mata, Syarifah dianggap sebagai seorang agen kerajaan yang tidak sensitif dan bodoh sementara Bawani dianggap sebagai seorang hero.
Tiba-tiba, insiden tersebut bertukar menjadi isu politik, lengkap dengan elemen-elemen perkauman, pegawai kerajaan yang tidak bertauliah dan juga mangsa yang berani.
Soalan yang diajukan oleh Bawani bukanlah berbentuk 'killer question'. Penulis pasti Sharifah pasti mampu menjawab persoalan tersebut jika beliau berada dalam situasi yang berlainan.
Dengan segala fakta yang diberkan oleh bawani terhadap pendidikan percuma di beberapa negara, mungkin Bawani rasa bahawa dia adalah lebih besar daripada mana-mana kabinet kerajaan. Namun, seperti apa yang penulis katakan, Bawani adalah seorang anak muda yang belum matang dan naif. Memerintah sebuah negara dan memberikan pendidikan percuma bukanlah semudah ibu bapanya memberikan wang belanja kepada dia dan adik-adiknya.
Nampaknya, Bawani sebenarnya tidak begitu arif tentang isu ini. Bawani membandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil berkenaan dengan pendidikan percuma. Mungkin dia tidak tahu bahawa untuk mendapatkan sistem pendidikan percuma, kos untuk perkara-perkara lain akan meningkat. Untuk memberikan pendidikan percuma, Argentina dan Cuba kekal sebagai negara miskin. Mereka tidak mampu menggunakan sebarang dana untuk memajukan sektor-sektor lain.
Selain itu, pendidikan percuma juga tidak memberikan sebarang jaminan bahawa negara tidak akan dibelenggu masalah lain. Argentina sebagai contoh, akibat daripada kemiskinan, masalah rasuah adalah terlalu tinggi dan kemudiannya membawa kepada ketidakseimbangan dalam peluang pendidikan yang mana nisbah pelajar dari keluarga kaya dan golongan pelajar miskin untuk mendapat peluang untuk mendapatkan pendidikan tertiari adalan 9:1.
Dan hanya 10% pelajar-pelajar di Sri Lanka berpeluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi, selebihnya hanya mampu mendapatkan pendidikan menengah. Brazil juga memberikan pendidikan percuma, namun, kadar cukai di negara tersebut adalah tinggi.
Hampir kesemua negara-negara maju tidak memberikan pendidikan percuma. Denmark sebagai contoh, walaupun memberikan pendidikan percuma, mereka terpaksa mengenakan kadar cukai yang amat tinggi kepada rakyat. Turki dan Malaysia pula adalah sama, pendidikan hanyalah percuma hingga ke sekolah menengah.
Cukai pendapatan di Finland mencecah kadar 50% berbanding dengan Malaysia pada kadar 26% dan rakyat Malaysia masih mampu menikmati subsidi bagi pendidikan tinggi dimana pelajar hanya perlu membayar 5% daripada kos keseluruhan pembelajaran.
Jadi, Bawani, penulis mahu mencadangkan Bawani supaya membuat satu thesis tentang perkara ini dan berikan idea-idea bernas dalam memberikan pendidikan percuma tanpa perlu menaikkan kadar cukai dan memastikan kadar inflasi stabil. Jika Bawani berjaya, kami akan pastikan Bawani mendapat tempat di Kabinet. Dan hanya jika Bawani berjaya berbuat demikian, barulah Bawani layak digelar sebagai seorang hero.
Selasa, 15 Januari 2013
TUDIAA!! Kisah Bawani si Ambiga Jr, Zohra Jabeen dan Mahasiswa UUM!!
Listen..Listen...Listen....
Dalam sekelip mata nama mahasiswi dari UUM, Bawani dan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Zohra Jabeen popular di alam siber ini..Semuanya gara-gara satu rakaman yang dikeluarkan oleh portal My Mahasiswa yang berlangsung di UUM yang bertajuk "SEIRINGKAH MAHASISWA DAN POLITIK"..
Untuk melihat rakaman isu yang diputarkan boleh rujuk video di bawah... petikan ini Mc ambil dari blog Harapan-Esok
Isu pokoknya adalah Zohra Jabeen menyekat suara Bawani yang ketika itu sedang menyatakan pendapatnya..Bagi aku apa yang dilakukan Bawani itu tidak salah kerana memang kita dialu-alukan untuk menyatakan pendapat...
Bawani agak beremosi ketika menyatakan pendapat dan isu yang dibawa hanyalah PTPTN...apa yang Bawani ini katakan ialah PTPTN ditubuhkan pada tahun 1997 yang mana ketika itu Anwar Ibrahim masih dalam kerajaan Barisan Nasional...Anwar juga merupakan salah seorang yang meluluskan penubuhan PTPTN...
Bawani meneruskan lagi bahawa peruntukan PTPTN sepanjang 15 tahun ini ialah 28 billion dan secara puratanya 2 billion bagi tempoh setahun..Ditambah pula dengan peruntukan MARA..biasiswa 1 Billion dan Private sector 1 billon..memandangkan harga barang makin meningkat maka kita minta 10 Billion untuk 1 tahun...
Isu yang dibawa tiada masalah tapi mengenai PTPTN sudah dijelaskan berulang kali yang kita hanya akan mendapat tukaran biasiswa jika mendapat keputusan kelas pertama 3.70-4.00 kalau tak silap aku..ini sahaja sudah membuktikan yang Kerajaan komited untuk melahirkan lebih ramai Pelajar yang cerdik pandai..
Kalau mahasiswa tidak mahu membayar PTPTN maka belajarlah betul-betul dan bukannya sertai demonstrasi jalanan yang tidak berfaedah tu...baring atas jalan terjerit-jerit tengahari buta 1 benda pun tak dapat...
Siapa Bawani?
Bawani ini pernah bertanding pada Pilihanraya Kampus di UUM yang lepas tetapi kalah kerana dia kurang mendapat sokongan dalam kalangan mahasiswa di UUM..
Dia ini proksi DAP dan PSM yang mana membawa suara-suara pembangkang ke dalam kampus..walaupun dia lantang bersuara tetapi tidak ada gunanya jika diri tu menentang kerajaan...kebebasa bersuara ada batasnya dan bukan suka-suka untuk melanggar...dengan berbekalkan fakta angka yang dangkal seolah-olah dia pakar dan mengetahui yang PTPTN ini wajar dimansuhkan...
PTPTN itu hutang...dan hutang wajib dibayar..buktikan pada aku ada tak agama yang menngalakkan orang lari dari bayar hutang?kalau ada beri jawapan agama apa yang galakka kita lari dari bayar hutang...duit yang diberi kepada anda semua itu duit rakyat...dan duit rakyat anda harus pulangkan semula...
PTPTN sudah mengalami beberapa perubahan..sebelum ini kadar interes adalah 3% dan dikurangkan kepada 1%...lagipun jika anda bekerja nanti apalah salahnya keluarkan RM50-100 sebulan untuk melangsaikan hutang...Beli telefon mahal-mahal boleh..beli mackup tebal boleh pula...beli rokok semua tu boleh pula..nak bayar hutang sebulan RM 50 pun seksa...
Walaupun Bawani ini lantang bersuara tapi dia membawa suara pembangkang...perjuangannya mirip kepada AMBIGA Jr...konon menegakkan demokrasi..tapi sebenarnya mereka mahu merampas kerajaan dan ni merupakan salah satu perjuangan pembangkang dengan meletakkan agen-agen mahasiswa disetiap Universiti...
Ternyata pembangkang dan mahasewel telah mengambil kesempatan ini sebagai satu advantage kepada mereka untuk menghidupkan sentimen perbalahan sesama siswa dan akhir sekali matlamat mereka adalah untuk menyokong Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini...
Mahasiswa telah terikat dan diancam dengan krisis dan permainan politik pembangkang...jika mahasiswa tidak matang maka golongan ini akan mudah dipengaruhi..
Jika benar Anwar Ibrahim menyokong PTPTN dimansuhkan mengapa tidak dia lakukan ketika berada dalam KERAJAAN?
Jika PTPTN dimansuhkan siapa mahu bayar kembali HUTANG?dan apakah nasib pegawai-pegawai yang bekerja di PTPTN...pembangkang tidak fikirkan semua itu..yang mereka tahu hanya SOKONGAN walaupun terpaksa menipu...
Siapa Syarifah Zohra?
Jika tidak kerana video ini, rata-rata kita tidak mengenali siapa Syarifah Zohra ini..populariti Zohra melonjak dalam sekelip mata...wanita berdarah kacukan Mamak ini tiba-tiba popular...Dia yang memikul beban sebagai Presiden Suara Wanita 1 Malaysia amat lantang bersuara tetapi tindakannya yang menghentikan suara Bawani harus ditegur...
Walaupun kenyataan Bawani itu tidak releven, sepatutnya dia kena memberi laluan sehingga Bawani habiskan ayat terakhir dan bukannya mencantas seperti itu...
Perangai seperti ini harus ditolak...lebih-lebih lagi dia memnggunakan label 1 Malaysia...jika letak sahaja label 1 Malaysia.maka yang akan menerima kesan ialah BN walaupun tiada larangan untuk menggunakan label 1 Malaysia...persepsi ini sengaja diracuni oleh pembangkang yang sentiasa mencari peluang memburuk-burukkan BN...
Fahaman Terhadap Pendirian Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin mengakui bahawa Zohra bukan membawa suara BN...tetapi pembangkang akan cuba putar belitkan isu ini supaya rakyat akan menyalahkan BN...akhirnya mereka akan katakan yang BN ini menyekat suara dan kebebasan bersuara...
Pembangkang ibarat syaitan..mereka akan mencari peluang untuk melaga-lagakan orang lain supaya rakyat berpecah belah..bila dalam keadaan huru-hara maka mereka akan menikam peluang supaya menyokong mereka...Politik jijik ini harus diperangi...
Mahasewel mengambil kesempatan atas isu ini...
Pro Mahasewel yang suka panjat pagar, dan baring atas jalan sama seperti pembangkang..mereka amat ternanti-nanti peluang ini...
Belum apa-apa, satu cabaran jemputan Forum antara Zohra dan Bawani telah dikeluarkan...mahasewel ini tidak sedar yang mereka sebenarnya telah kalah di UM pada PRK yang lalu...mereka buat seolah-olah Universiti ini keturunan bapak mereka punya..
Sebab itu tindakan mereka selama ini mengalahkan beruk..
Bukan itu sahaja...proaksi Mahasiswa pro Paktan Rakyat PMIUM turut mengambil kesempatan untuk mengajak Zohra berdebat...ini satu lagi cara mereka mempopularkan ikon-ikon dari kalangan puak cai makan dedak...
P/s : Isu Bawani dan Syarifah ini ternyata telah diambil oleh pembangkang untuk mencari mileage politik mereka..jangan terpedaya dengan mainan Syaitan...menghasut dan melaga-lagakan rakyat adalah keturunan dan perangai Syaitan...
Khamis, 4 Oktober 2012
GEMPAR!! VC UKM dan UIA Perlu Ditukar Dengan Kadar Segera? #NCukm Gagal
![]() |
| Dari kiri : Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah dan Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin |
Pilihanraya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sessi 2012/2013 telah selesai dijalankan di 20 IPTA yang mana kampus UIA yang mengadakan pengundian semula semalam telah dimenangi oleh Pro-M atau pelajar pro-pembangkang.
Kegagalan Pro-AM untuk menafikan penguasaan pelajar pro-pembangkang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sememangnya sudah dijangkakan oleh pemerhati.
Sungguh aneh kerana mandat terus diberikan kepada kumpulan pelajar pro-pembangkang yang terbukti gagal melaksanakan tugas mereka sebagai MPP sessi yang lepas terus dipilih untuk menerajui kepimpinan dua kampus besar oleh penuntut di sana.
Sudah tiada pilihan lainkah penuntut-penuntut kampus tersebut?
Jika mengikut logik apabila terdapat kumpulan pelajar yang membawa perjuangan parti pembangkang di UKM dan UIAM ini bermakna Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, Timbalan Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik gagal mendekati penuntut dan memberi pemahaman mengenai gagasan 1Malaysia dan agenda tranformasi yang diilhamkan oleh DS Najib Tun Razak.
Kegagalan Pro-AM di UKM dan UIAM menggambarkan kepada masyarakat mengenai sikap tidak peduli Naib Canselor UKM dan Rektor UIAM dan timbalannya terhadap persekitaran politik kampus, malah mereka juga tidak peka dengan denyut nadi mahasiswa serta pensyarah-pensyarah di sana.
Tindakan Naib Canselor UKM dan Rektor di UIA membuktikan bahawa penerangan secara jelas mengenai dasar-dasar kerajaan tidak dijalankan dengan sempurna.
Sehinggakan pentadbiran universiti gagal melahirkan pemimpin pelajar yang baru dan beridealisme yang mempunyai perjuangan sendiri dalam membawa aspirasi atau suara sebenar penuntut IPT.
Kejadian yang berlaku di UKM di mana 7 kerusi dikatakan dimenangi tanpa bertanding oleh pelajar pro-pembangkang adalah asas kukuh bagi membuktikan kegagalan Naib Canselor UKM dalam melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai keberanian, pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dalam memikul setiap amanah yang disandarkan.
Kesedaran-kesedaran berbentuk kepimpinan ini prosesnya harus diambil tempat di universiti, yang mana ianya merupakan langkah dalam melahirkan pemimpin masa hadapan dalam pelbagai bidang termasuk profesional.
Jika Naib Canselor UKM iaitu Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah dan Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin beserta TNC HEP & TNC Akademik menjalankan tugas mereka mendekati pelajar, nescaya pelajar pro-pembangkang tidak akan mampu menjalankan gerakan membawa suara parti pembangkang ke dalam kampus.
Gantikan Naib Canselor UKM & Rektor UIAM
Kegagalan ini tidak boleh dibiarkan, sewajarnya Perdana Menteri DS Najib Tun Razak menggantikan Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik dari kedua-dua kampus ini dengan mereka yang lebih faham tentang agenda transformasi kerajaan.
Tempat mereka wajar digantikan dengan Naib Canselor dan Rektor yang mampu turun ke bawah memberi penerangan kepada mahasiswa, pensyarah serta pentadbir agar mereka turut menjayakan agenda tranformasi kerajaan dan gagasan 1 Malaysia.
Disebabkan kegagalan dan sikap tidak peduli inilah, penyambungan kontrak Naib Canselor UKM tidak disambut baik oleh mahasiswa serta pensyarah di kampus terbabit. PM DS Najib Tun Razak telah dinasihati secara salah dan satu tindakan segera diperlukan bagi memperbetulkan semula keadaan ini.
Mahasiswa serta pensyarah menolak sikap bodek pemimpin yang diamalkan oleh sesetengah Naib Canselor untuk memastikan mereka terus kekal berjawatan.
Malah disarankan DS Najib Tun Razak turun ke UKM dan UIAM untuk lebih memahami situasi yang berlaku di kampus tersebut dan bukan hanya mendengar laporan 'palsu' daripada pembodek yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga UKM dan UIAM serta kampus-kampus lain di dalam negara.
P/s: Betul tulisan dari blog Double Y ni, Mc sokong 100%.
McTheory:
Kalau dah tak relevan, kita patut tukar saja, bagi yang mampu buat kerja galas tempat tu..
Selasa, 2 Oktober 2012
PANASS!! Wufi ialah Pro-M, Kurang Ajar dan Sokong Syiah? #AspirasiMahasiswa
Pendedahan Rakaman Video Oleh Pelajar UIAM ini menunjukkan kebiadapan pelajar UIAM sendiri yang tidak menghormati Timbalan Rektornya sendiri, Dato' Dr. Mizan yang cuba menjelaskan perkara sebenar tentang kepincangan sistem yang berlaku semasa Pilihanraya Kampus UIAM pada 25hb September yang lepas.
Sikap pelajar UIAM #ProMenipu ini tidak dapat menghormati seorang Timbalan Rektor mahupun seorang yang lebih berumur daripada pelajar tersebut. Adakah ini akhlak yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang pelajar yang datangnya daripada Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?
Lihat sendiri bagaimana mereka biadap dalam berkata-kata :
Jika dilihat semula mereka ini seolah-olah berdendam dengan Timbalan Rektor. Teringat pula kes fitnah WUFI terhadap Timbalan Rektor di [SINI]. Tambahan pula pekung mereka terbongkar maka mereka akan terus menyalahkan Timbalan Rektor walhal merekalah dalang disebalik pengundian pilihanraya kampus semula SRC IIUM 2012/2013.
Malahan berita yang diterima petang tadi yang mana kemungkinan perkara ini sedang berlaku sekarang adalah kehadiran seorang budak yang mengaku mahasiswa tetapi punyai perangai paling sampah dan memalukan iaitu Khalid Ismath.
Tak mustahil budak WUFI jadi kurang ajar kalau Khalid Ismath orang mereka jadikan ikon. Apapun setelah meneliti video-video yang di lihat di channel Youtube MediaIIUM masih ada juga mahasiswa yang boleh berfikir dengan matang.
Tetapi kebanyakan yang lain menunjukkan sifat PAS mereka. Jangan terkejut jika anda nak tahu kebanyakan calon yang bertanding adalah penyokong PAS. Akan Mc dedahkan kemudian. Yang pastinya mereka yang membawa aspirasi pembangkang disokong oleh WUFI
Teruk benar Pilihanraya Kampus kat UIAM ni. Keris7Lok mendedahan betapa jahatnya permainan budak Wufi di UIAM. Wufi menjadi besar kepala apabila pentadbiran UIAM dilihat memihak kepada mereka. Apabila ada calon bebas mendapat sokongan dari luar, mereka katakan ianya pro Aspirasi Mahasiswa dan tak layak bertanding. Apabila Wufi menjemput Khalid Syiah datang ke UIAM bertemu mahasiswa dan Wufi, apakah itu bukan bukti sokongan pro-M pada Wufi?
Sungguh tidak adil pentadbiran UIAM. Kalau mereka sendiri pun tak dapat mendisiplinkan diri dan berlaku adil pada mahasiswa yang mereka jaga. Bagaimana mereka nak mendidik mahasiswa tersebut menjadi Insan yang berguna kelak?
McTheory:
Tahh-tahh pentadbiran UIAM ni, menyokong Syiah kot??
Sikap pelajar UIAM #ProMenipu ini tidak dapat menghormati seorang Timbalan Rektor mahupun seorang yang lebih berumur daripada pelajar tersebut. Adakah ini akhlak yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang pelajar yang datangnya daripada Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?
Lihat sendiri bagaimana mereka biadap dalam berkata-kata :
Jika dilihat semula mereka ini seolah-olah berdendam dengan Timbalan Rektor. Teringat pula kes fitnah WUFI terhadap Timbalan Rektor di [SINI]. Tambahan pula pekung mereka terbongkar maka mereka akan terus menyalahkan Timbalan Rektor walhal merekalah dalang disebalik pengundian pilihanraya kampus semula SRC IIUM 2012/2013.
Malahan berita yang diterima petang tadi yang mana kemungkinan perkara ini sedang berlaku sekarang adalah kehadiran seorang budak yang mengaku mahasiswa tetapi punyai perangai paling sampah dan memalukan iaitu Khalid Ismath.
Tetapi kebanyakan yang lain menunjukkan sifat PAS mereka. Jangan terkejut jika anda nak tahu kebanyakan calon yang bertanding adalah penyokong PAS. Akan Mc dedahkan kemudian. Yang pastinya mereka yang membawa aspirasi pembangkang disokong oleh WUFI
Teruk benar Pilihanraya Kampus kat UIAM ni. Keris7Lok mendedahan betapa jahatnya permainan budak Wufi di UIAM. Wufi menjadi besar kepala apabila pentadbiran UIAM dilihat memihak kepada mereka. Apabila ada calon bebas mendapat sokongan dari luar, mereka katakan ianya pro Aspirasi Mahasiswa dan tak layak bertanding. Apabila Wufi menjemput Khalid Syiah datang ke UIAM bertemu mahasiswa dan Wufi, apakah itu bukan bukti sokongan pro-M pada Wufi?
Sungguh tidak adil pentadbiran UIAM. Kalau mereka sendiri pun tak dapat mendisiplinkan diri dan berlaku adil pada mahasiswa yang mereka jaga. Bagaimana mereka nak mendidik mahasiswa tersebut menjadi Insan yang berguna kelak?
McTheory:
Tahh-tahh pentadbiran UIAM ni, menyokong Syiah kot??
Rabu, 26 September 2012
TERBAIKK!! Mahasiswa Pro Aspirasi Mahasiswa Mendapat Undian Tertinggi 10,900 Undian!!
Dalam Pilihan Raya Kampus UUM 2012/2013, 8 kerusi umum dan 28 kerusi fakulti telah di pertandingkan untuk mahasiswa memilih Majlis Pewakilan Pelajar yang terbaik untuk mewakili suara mereka.
Keputusan pengundian telah di baca oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dan telah berpihak kepada calon PERUBAHAN yang mewakili suara Aspirasi Mahasiswa (PRO-AM) dengan 7 kerusi umum dari 8 kerusi umum yang di pertandingkan.
Bagi baki 1 lagi kerusi telah di menangi calon bebas yang tidak hadir semasa pengumuman keputusan Pilihan Raya kampus.
Untuk 28 kerusi fakulti yang di pertandingkan, calon PERUBAHAN yang mewakili PRO-AM telah memenangi 27 kerusi dan kalah 1 kerusi kepada PRO-M dari 28 kerusi yang di pertandingkan
Antara 8 kerusi Umum yang di pertandingkan dalam Pilihan Raya Kampus, Iqtiyani Bt Mohd Bashir dari pengajian tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian telah mendapat undian yang paling terbanyak iaitu 10,890 atau 82.8% undi. - Media Kedah
EKSKLUSIF!! (Video) Naib Canselor UUM Beranggapan Calon-Calon Yang Di Pilih Dalam Pilihan Raya Kampus UUM Adalah Yang Terbaik #AspirasiMahasiswa
Sintok, 26 September - Dalam Pilihan Raya Kampus di UUM yang berakhir kelmarin, keputusannya telah berpihak kepada calon PRO-AM dengan kemenangan 34 kerusi dari 36 kerusi yang di pertandingkan.
Bagi kerusi yang selebihnya , satu kerusi di menangi oleh calon bebas dan satu lagi kerusi di menangi oleh calon dari Pro-M.
Dalam sidang media yang telah di lakukan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, beliau beranggapan Pilihan Raya Kampus di jalankan dengan baik sekali dan demokratik, kerana calon-calon yang bertanding telah menunjukan sikap mahasiswa yang matang di dalam berkempen secara sihat tanpa berlaku kekecohan.
Selain dari itu, beliau berharap supaya calon-calon yang di pilih akan membentuk satu penampilan kepimpinan yang baik dan berkesan untuk menjayakan agenda utama mahasiswa UUM yang mahu melihat mahasiswa dan UUM menjadi Universiti yang hebat dan terkemuka. - Media Kedah
Selasa, 25 September 2012
TUDIAA!! Pro Aspirasi Mahasiswa Perubahan UUM Menang Besar Di UUM!! Pro-Militan Bungkuih!! #AspirasiMahasiswa
Keputusan PRKampus Universiti Utara Malaysia telah diumumkan sebentar tadi dimana calon bagi Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan selesa dengan memperolehi 34 kerusi dari 36 kerusi yang dipertandingkan..
Satu kerusi berjaya dimenangi oleh calon bebas dan satu lagi dimenangi oleh pro mahasiswa..Peratusan keluar mengundi bagi UUM sebanyak 85.2% setakat jam 1.30pm tengah hari..
Lihatlah Malaysia, siapa kata Mahasiswa menolak dasar kerajaan. Bukankah Aspirasi Mahasiswa ini pro Kerajaan? hehe.. kalah teruk Pro-M di UUM, walaupun mendapat sokongan kewangan dari Setpol MB Kedah sendiri.. cehh.. mengabihkan beras saja!!
EKSKLUSIF!! Pilihan Raya Kampus, Calon Aspirasi Mahasiswa Bersama Manifestor Penentu Hala Tuju Mahasiswa UUM #AspirasiMahasiswa
Video di bawah ini merupakan calon dari no 1 sehingga no 8 yang patut di pilih dalam Kerusi UMUM, Pilihan Raya Kampus UUM , bertonggakan aspirasi mahasiswa yang akan memperjuangkan hak mahasiswa melalui saluran yang sebenar.
Pada hari ini bermula jam 9.00 pagi sehingga ke pukul 12.00 tengahari bermulalah pengundian bagi memilih calon yang layak memperjuangkan nasib golongan mahasiswa UUM
Pada hari ini bermula jam 9.00 pagi sehingga ke pukul 12.00 tengahari bermulalah pengundian bagi memilih calon yang layak memperjuangkan nasib golongan mahasiswa UUM
Dari maklumat yang Pisau Kedah perolehi, Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) yang bertanggungjawap memperjuangkan nasib mahasiswa sehinggakan atas daya usahanya itu, Kerajaan Malaysia telah membuat satu inisiatif membantu mahasiswa di dalam menghadapi permasalah kos sara hidup yang kian meningkat dengan penyediaan Kad Diskaun Siswi 1 Malaysia (KAD S1M) , sebenarnya merupakan MPP perubahan (Aspirasi Mahasiswa) 2011 UUM, Ku Amirul Faiz B Ku Seman.
Kepada yang tidak mengetahui apa itu Kad Diskaun Siswi 1 Malaysia (KADS1M) sila klik di sini untuk mengetahi maklumat KADS1M.
Bagi tahun ini, Ku Amirul Faiz yang merupakan IKON Mahasiswa telah bertanding di kerusi UMUM yang memegang calon umum no 5 di antara calon umum no 1sehingga no8 aspirasi mahasiswa bagi merebut 8 kerusi UMUM untuk menjadi MPP UUM tahun 2012/2013.
Antara agenda utama di dalam manifestor aspirasi mahasiswa adalah memperjuangkan 10 perkara membabitkan mahasiswa UUM.
Dalam manifestor aspirasi mahasiswa, sepuluh agenda utama yang akan di perjuangkan adalah.
1) Memperkasa dan memperkemas infratruktur dan kemudahan dalam UUM.
2) Pembangunan kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah dalam mempertingkatkan lagi keboleh pasaran mahasiswa .
3) Keutamaan menjaga kebajikan mahasiswa.
4) Keberkesanan penyampaian informasi yang muktahir.
5) Pembangunan sukan yang mampan dan menyeluruh.
6) Pembudayaan semangat kesukarelawanan dan kemasyarakatan.
7) Melestari kampus hijau mesra alam.
8) Pemantapan sistem praktikum menerusi jarinagn luar yang berkesan.
9) Keterbukaan keintelektualan aspirasi mahasiswa serta amalan budaya korporat.
10) Mempromosi amalan tadbir urus korporat di semua jabatan serta pelajar.
1) Memperkasa dan memperkemas infratruktur dan kemudahan dalam UUM.
2) Pembangunan kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah dalam mempertingkatkan lagi keboleh pasaran mahasiswa .
3) Keutamaan menjaga kebajikan mahasiswa.
4) Keberkesanan penyampaian informasi yang muktahir.
5) Pembangunan sukan yang mampan dan menyeluruh.
6) Pembudayaan semangat kesukarelawanan dan kemasyarakatan.
7) Melestari kampus hijau mesra alam.
8) Pemantapan sistem praktikum menerusi jarinagn luar yang berkesan.
9) Keterbukaan keintelektualan aspirasi mahasiswa serta amalan budaya korporat.
10) Mempromosi amalan tadbir urus korporat di semua jabatan serta pelajar.
PANASS!! Kenapa Kita Perlu Tolak Pro-Mahasewel (Militan Pembangkang) !! #AspirasiMahasiswa #MediaSiswaUUM




Inilah realiti sesetengah mahasiswa yang kini menggelar diri mereka Pro-M, WUFI dan sebagainya. Mereka inilah punca nama mahasiswa telah dipandang serong. Niat utama seseorang pergi ke universiti adalah untuk menimba ilmu, namun bagi puak-puak ini berbeza pula niatnya.
Mereka dijadikan alat kempen pembangkang. Menyebarkan risalah anti kerajaan, menghasut mahasiswa supaya berdemo, mengapi-apikan sentimen perkauman dan berbagai lagi bentuk kebencian yang mereka bentuk.
Apakah kita mahu menyokong mahasiswa sebegini? Atau memilih mahasiswa yang lebih terpelajar dan pekerti menjadi bakal pemimpin kita?
Untuk Mahasiswa yang mahu keluar mengundi pada hari ni Mc sertakan link dibawah untuk tatapan anda!!
Video dan Poster Calon Pro-Aspirasi Mahasiswa Perubahan UUM, rugi woo tak tengok, cun-cun dan hensem-hensem adik-adik kita ni!! Meh klik link meh..
Video-Video Calon UMUM
Surat sokongan Calon Menang Tanpa Bertanding Kepada Calon yang bertanding!
Calon-Calon UMUM yang Bertanding
Calon-calon yang menang tanpa bertanding!!
http://makancabai.blogspot.com/2012/09/pilihanraya-kampus-uum-calon-calon-yang.htmlJangan lupa klik tengok.. rugi woo..
HOT!! Video Khas Untuk Mahasiswa yang Nak Mengundi Esok!! #AspirasiMahasiswa
Mc taktau sapa buat video ni. Memang sesuai untuk budak-budak yang suka layan K-Pop. Biasa la student, ramai yang tak ambil kisah pasal Pilihanraya Kampus.
Sabtu, 22 September 2012
EKSKLUSIF!! Video Penamaan Calon Pro Aspirasi Mahasiswa!! #AspirasiMahasiswa #MediaSiswaUUM
Bakal-bakal pemimpin dan generasi masa depan!!
Langgan:
Catatan (Atom)













