Khamis, 17 Januari 2013

PANASS!! Bawani Si Ambiga Jr. Sengaja PROVOK Sharifah Jabeen Untuk Populariti Murahan!!


Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, semestinya tidak menjangkakan bahawa jemputan yang diterima beliau untuk menjadi moderator bagi satu forum di UUM beberapa hari lalu akan mengubah hidup beliau.

Sharifah Zohra bukanlah salah seorang daripada panel bagi forum tersebut (Forum Wanita dan Politik), jadi, bukanlah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan para peserta. Namun, seorang pelajar, Bawani, bertindak mengajukan soalan kepada Sharifah pada saat-saat akhir forum dan enggan 'berhenti bercakap'.

Tidak salah bagi sesiapa untuk mengesyaki bahawa walaupun Syarifah tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku, Bawani mungkin telah membuat rancangan awal terhadap insiden tersebut.

Masa yang dipilih oleh Bawani untuk mengajukan soalan adalah satu perkara. Namun, satu lagi perkara yang tidak boleh diterima adalah nada dan kelakuan Bawani terhadap Syarifah. Budaya timur tidak boleh menerima kelakuan buruk seperti itu, terutamanya kelakuan Bawani kepada seorang yang lebih berusia darinya.

Namun, Bawani hanyalah seorang pelajar, seorang wanita yang masih lagi muda yang masih lagi mentah, penuh dengan perkara yang mahu dilepaskan. dan sama seperti mana-mana golongan muda terpelajar, Bawani percaya bahawa dia adalah lebih arif berbanding orang lain, termasuklah, terutamanya, kerajaan dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, dan dalam kes ini, Sharifah.

Syarifah bagaimanapun, gagal untuk mengawal provokasi yang dibuat oleh Bawani. Penulis percaya bahawa Syarifah mungkin mampu mengawal pelajar tersebut jika beliau lebih bersedia. Sebagai moderator, Syarifah tidak bertanggungjawab untuk menjawab soalan, beliau bertanggungjawab terhadap masa, dan ketika itu, masa bagi forum tersebut telah tamat.

Kami faham bahawa bagi Sharifah, tindakan pelajar tersebut dalam melakukan provokasi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Atas sebab itulah beliau memberikan respon-respon yang tidak relevan. Namun, segalanya berubah dalam sekelip mata.
Kita dapat lihat bagaimana Youtube mampu mengubah kehidupan seseorang; dalam masa sekelip mata, Syarifah dianggap sebagai seorang agen kerajaan yang tidak sensitif dan bodoh sementara Bawani dianggap sebagai seorang hero.

Tiba-tiba, insiden tersebut bertukar menjadi isu politik, lengkap dengan elemen-elemen perkauman, pegawai kerajaan yang tidak bertauliah dan juga mangsa yang berani.
Soalan yang diajukan oleh Bawani bukanlah berbentuk 'killer question'. Penulis pasti Sharifah pasti mampu menjawab persoalan tersebut jika beliau berada dalam situasi yang berlainan.
Dengan segala fakta yang diberkan oleh bawani terhadap pendidikan percuma di beberapa negara, mungkin Bawani rasa bahawa dia adalah lebih besar daripada mana-mana kabinet kerajaan. Namun, seperti apa yang penulis katakan, Bawani adalah seorang anak muda yang belum matang dan naif. Memerintah sebuah negara dan memberikan pendidikan percuma bukanlah semudah ibu bapanya memberikan wang belanja kepada dia dan adik-adiknya.

Nampaknya, Bawani sebenarnya tidak begitu arif tentang isu ini. Bawani membandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil berkenaan dengan pendidikan percuma. Mungkin dia tidak tahu bahawa untuk mendapatkan sistem pendidikan percuma, kos untuk perkara-perkara lain akan meningkat. Untuk memberikan pendidikan percuma, Argentina dan Cuba kekal sebagai negara miskin. Mereka tidak mampu menggunakan sebarang dana untuk memajukan sektor-sektor lain.

Selain itu, pendidikan percuma juga tidak memberikan sebarang jaminan bahawa negara tidak akan dibelenggu masalah lain. Argentina sebagai contoh, akibat daripada kemiskinan, masalah rasuah adalah terlalu tinggi dan kemudiannya membawa kepada ketidakseimbangan dalam peluang pendidikan yang mana nisbah pelajar dari keluarga kaya dan golongan pelajar miskin untuk mendapat peluang untuk mendapatkan pendidikan tertiari adalan 9:1.

Dan hanya 10% pelajar-pelajar di Sri Lanka berpeluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi, selebihnya hanya mampu mendapatkan pendidikan menengah. Brazil juga memberikan pendidikan percuma, namun, kadar cukai di negara tersebut adalah tinggi.
Hampir kesemua negara-negara maju tidak memberikan pendidikan percuma. Denmark sebagai contoh, walaupun memberikan pendidikan percuma, mereka terpaksa mengenakan kadar cukai yang amat tinggi kepada rakyat. Turki dan Malaysia pula adalah sama, pendidikan hanyalah percuma hingga ke sekolah menengah.

Cukai pendapatan di Finland mencecah kadar 50% berbanding dengan Malaysia pada kadar 26% dan rakyat Malaysia masih mampu menikmati subsidi bagi pendidikan tinggi dimana pelajar hanya perlu membayar 5% daripada kos keseluruhan pembelajaran.

Jadi, Bawani, penulis mahu mencadangkan Bawani supaya membuat satu thesis tentang perkara ini dan berikan idea-idea bernas dalam memberikan pendidikan percuma tanpa perlu menaikkan kadar cukai dan memastikan kadar inflasi stabil. Jika Bawani berjaya, kami akan pastikan Bawani mendapat tempat di Kabinet. Dan hanya jika Bawani berjaya berbuat demikian, barulah Bawani layak digelar sebagai seorang hero.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KOTA KINABALU: A former Sabah National Registration Department (NRD) director has claimed that former Deputy Home Minister, the late Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, directed the issuance of temporary identification receipts for lost or damaged ICs to foreigners.

Ramli Kamaruddin told the Royal Com­mission of Inquiry (RCI) that he and other senior officers were summoned to meet Megat Junid at a hotel here two weeks before the 1994 state election, which was also attended by former Chief Minister Datuk Osu Sukam.

The foreigners, he alleged, were to be added as voters in constituencies classified as “black” and “grey” by Barisan Nasional.

Questioned by conducting officer Azmi Ariffin, Ramli claimed that an average of 200 foreigners were sent to vote in such areas although, in some constituencies, this could be as high as 400, adding that the receipts were revoked three months later.

“The receipts belonged to Malaysians but the information, names, dates of birth and photographs were those of the foreigners,” he said, adding that these “voters” were given about RM20 as compensation for not going to work on the day they cast their ballot.

Ramli also claimed that prior to taking over as state NRD director in March 1993, he was called for a briefing at the National Security Council in Kuala Lumpur, during which he was asked to help ensure a “pro-Islamic” government in Sabah.

To several questions, Ramli, who was detained under the Internal Security Act for two years in 1995 for issuing identification documents to foreigners, said the party in power then was Parti Bersatu Sabah while the Chief Minister was Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Meanwhile, former senior NRD officer Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil told the inquiry that a special unit – G17 – was set up at the state department headquarters here in 1990 to give out Malaysian documents to foreigners, adding that some 100,000 blue ICs and 200,000 birth certificates were issued.

In a statement, NRD senior assistant director Roslan Alias said about 10% of the 970,119 ICs issued in Sabah between 1976 and 1996 were found to be “problematic”.

Some 127,949 ICs were also found to have been “improperly” issued during the 20-year period, said Roslan, adding that 91,656 were subsequently revoked.

After an internal probe, Roslan said a number of its staff were later arrested.

Earlier, former ISA detainee Mohd Nasir Sungit claimed both the NRD and the Election Commission (EC) had “collaborated” to increase the number of Muslim voters in Sabah between 1992 and 1993.

Mohd Nasir, who was deputy director at the department between 1980 and 1995, alleged that the “targets” in the exercise – codenamed Ops Durian Buruk – were Muslim Filipinos and Indonesians above the age of 21.

He said the then Sabah EC director – whom he identified as “Datuk Wan Ahmad” – had handed a list of about 16,000 names to an NRD officer, Azmi Abdul Karim, with instructions that these were to be “used” as Sabah Muslim bumiputras.

Ramli, he said, verbally instructed him to amend details in JPN1/9 and JPN1/11, which were temporary identification receipts for IC renewals and losses, based on the names in the list.

He also alleged that besides officers at Sabah NRD headquarters, others involved were department staff at various districts here.

Mohd Nasir said that “800 of those holding these receipts were registered as voters in the Sugut state seat within the Kinabatangan parliamentary constituency, which Barisan Nasional won with a 70-vote majority in the following election”.