Ohh Azizann... |
Rakyat Malaysia sudah menerima perbalahan antara PAS dengan DAP sebagai satu ‘cara hidup’ iaitu akan tetap berlarutan selama-lamanya. Satu ketika PAS akan mengalah, tetapi satu ketika lain akan membuat U-turn, tetapi tidak mustahil akan berbalah semula atas isu yang sama. Semua ini bergantung kepada perkembangan politik semasa. Pendek kata, perkahwinan PAS dengan DAP sentiasa dihiasi dengan dugaan dan cabaran tetapi akhirnya, PAS sebagai isteri tetap akan tunduk juga kepada kehendak suami yang chauvinis.
Dalam perbalahan mengenai isu dalam negeri-negeri jajahan PAS pula, PAS negeri seringkali terpaksa berhadapan dengan DAP Pusat secara bersendirian kerana PAS Pusat enggan menawarkan sokongan kepada PAS negeri, bagi mengelakkan masalah besar dalam perkahwinan mereka.
Dan inilah yang berlaku terhadap YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah beberapa kali. Sebelum ini, beliau telah terpaksa bertekak dengan DAP kerana isu melarang gambar wanita tidak bertudung dipaparkan di papan tanda negeri itu, kemudiannya isu menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan dan kini isu garispanduan bagi aktiviti hiburan di tempat awam di Kedah.
Seperti juga isu-isu lain, PAS Pusat nampaknya langsung tidak cuba untuk membela Azizan dalam isu terkini ini. Malah, kita tidak hairan jika PAS Pusat mengarahkan agar Azizan akur sahaja dengan kehendak DAP. Ini kerana mengenali Azizan, beliau tidak akan semudah itu tunduk kepada DAP jika tidak kerana arahan dari kepimpinan PAS sendiri.
Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching menempelak garispanduan yang dikenakan Azizan sebagai tidak masuk akal, tidak boleh diterima dan tidak bijak. Sementara exco Kedah, Tan Chow Kang dari PKR pula bertanya sinis sama ada Azizan inginkan kaum Cina di Kedah mendengar lagu-lagu komunis sahaja.
Garispanduan itu, yang dilaporkan oleh China Press and Nanyang Siang Pau mengharamkan wanita dewasa dari menyertai persembahan hiburan untuk orang awam. Selain itu, garispanduan tersebut juga mengharamkan persembahan muzik langsung, dan hanya boleh diadakan dengan menggunakan rakaman awal (minus one). Persembahan pula hanya dibenarkan untuk lagu-lagu berunsur agama dengan semua yang terlibat berpakaian sopan.
Kelab Penyokong PAS juga tidak ketinggalan mengkritik Azizan dalam hal ini dan menganggap ia sebagai satu tindakan yang tidak peka dan tidak toleran terhadap agama dan budaya lain, serta ‘pentingkan diri sendiri’.
Apa yang menyakitkan lagi hati DAP ialah garispanduan ini dikeluarkan hanya beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina. Dengan garispanduan ini, tentunya perayaan Tahun Baru Cina di Kedah akan menjadi muram dan hambar.
Tindakan kerajaan negeri Kedah ini memperlihatkan kekeliruan, kalaupun tidak hipokrasi yang kronik di dalam PAS. Bukan kita tidak tahu bahawa dalam isu hiburan, PAS Kedah hanya berada beberapa langkah saja di belakang Selangor dalam perlumbaan membuka pusat-pusat hiburan baru.
Pusat Karaoke tumbuh tanpa kawalan, bagai cendawan sejak PAS memerintah Kedah, sehinggakan ada yang bersebelahan sahaja dengan surau atau masjid. Rungutan mengenai moral anak-anak muda Kedah yang semakin buruk bagai sudah menjadi satu fenomena di kalangan ‘orang-orang lama’ Kedah, terutama di bandar Alor Setar.
Seperti yang kita sedia maklum, pusat-pusat hiburan yang menawarkan hiburan secara tertutup beroperasi secara berterusan sementara hiburan berbentuk persembahan di tempat awam dan di atas pentas pula, adalah bersifat sekali-sekala. Berdasarkan faktor inilah maka garispanduan yang diperkenalkan oleh kerajaan Kedah itu dilihat sebagai usaha untuk menunjuk-nunjuk alim dan bukannya usaha ikhlas untuk memelihara nilai-nilai moral rakyat Kedah.
Tidak mustahil, usaha menunjuk-nunjuk alim ini adalah respon kepada hujan kritikan yang tidak henti-henti menimpa Azizan kerana gagal melaksanakan pentadbiran Islam sebenar mengikut kacamata PAS.
Azizan tidak ada pilihan selain terpaksa menghadapi seluruh parti DAP dan masyarakat Cina Kedah sekali lagi, secara berseorangan. Jika beliau boleh mengelak dari isu balak dengan hanya bersikap angkuh atau mengelak dari isu-isu yang timbul di dalam Laporan Audit dengan mengambil sikap tak tahu, nampaknya, beliau tidak mungkin dapat mengelak isu ini dengan hanya berdiam diri.
Ini kerana, apabila ia melibatkan kepentingan DAP secara langsung, maka PAS Pusat akan memastikan Azizan tidak senang duduk selagi tidak menanganinya dengan baik tanpa menyinggung DAP.
Disebabkan tekanan yang dihadapi oleh Azizan, beliau membuat keputusan untuk menarik balik cadangannya itu.
Nampak sangat Pas sememangnya sinonim dengan FLIP FLOP. Selepas kes kalimah Allah, kini kes garis panduan baru pun, Pas flip flop. Apa nak jadi dengan parti yang mengaku Islam ni.
ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah hari ini menarik balik garis panduan bagi mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang diumumkan 9 Januari lalu.
Penarikan semula ketetapan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, melalui satu kenyataan yang dihantar kepada Antarapos.
Menurut Azizan, kerajaan negeri PAS Kedah mengakui telah berlaku 'tersalah pandang' pemberitahuan garis panduan yang melibatkan acara perayaan.
Justeru, satu garis panduan baru akan dikeluarkan bagi menggantikan peraturan yang telah ditarik balik untuk kegunaan badan pengurusan bersama City Plaza atau mana-mana pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia di Kedah.
Bagaimanapun, garis panduan baru yang akan dikeluarkan boleh diubahsuai mengikut keadaan.
Kerajaan negeri Kedah juga akur kelonggaran akan diberikan untuk program-program yang berkaitan dengan sambutan perayaan keagamaan dan budaya.
Namun kesemua penganjuran program itu perlu patuh pada tatacara yang sesuai dengan kod etika pemakaian yang sesuai dengan budaya pelbagai kaum.
Kerajaan negeri Kedah sebelum ini dikritik hebat apabila menetapkan beberapa garis panduan yang disifatkan sebagai menafikan budaya dan sensitiviti kaum Cina, yang bakal menyambut sambutan Tahun Baru Cina, Februari depan.
Garis panduan yang diumumkan Exco Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib itu mengharamkan persembahan penyanyi wanita profesional di mana-mana pusat membeli-belah atau lain-lain tempat awam, melainkan pelajar sekolah.
Hanya penghibur lelaki dibenarkan untuk menyanyi dan menari ketika membuat sebarang persembahan.
Muzik secara langsung adalah tidak dibenarkan sebaliknya hanya penggunaan 'minus-one' diizinkan untuk apa jua persembahan.
Pusat membeli-belah juga hanya boleh memainkan lagu-lagu berunsur ketuhanan yang mengandungi mesej positif dan jika melibatkan penghibur, nama dan jadul lagu perlu dimaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.
Paling penting, mana-mana individu yang terlibat dalam persembahan seni itu mestilah berpakaian sopan dan jika mana-mana peraturan dilanggar, kerajaan negeri akan membatalkan serta-merta majlis itu.
Penarikan balik garis panduan oleh PAS bukan perkara baru dalam parti Islam itu.
Sebelum ini, PAS Kelantan turut menarik balik Akta Majlis Undang-Undang Tempatan yang hampir 20 tahun dikuatkuasakan setelah menerima kritikan dari pelbagai pihak terutama rakan komponennya, DAP. - Bernama
P/s: Dap satu kerusi di Kedah, dapat mengawal satu Kerajaan Negeri? kah kah kah.. kelakar loo..
McTheory:
Pas Kedah mana ada telor, nak laksanakan hukum Islam pun terkemut-kemut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan