Sponsor

Memaparkan catatan dengan label awang hitam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label awang hitam. Papar semua catatan

Khamis, 20 Oktober 2011

HANGGIT TERBAKAQ!! AWANG HITAM UNGGULI CARTA JENAYAH DI MALAYSIA

                                                                  mr black



Masalah jenayah dan sosial yang ditimbulkan warga Afrika di negara ini bukanlah sesuatu yang baru malah kini semakin meruncing yang memerlukan tindakan drastik kerajaan untuk mengatasinya.
Salah satu puncanya ialah warga Afrika berkenaan bebas berada di negara ini dengan helah belajar di kolej swasta. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebahagian besar warga Afrika khususnya yang terlibat dalam jenayah komersial dan narkotik yang ditahan adalah pelajar kolej swasta.

Statistik Imigresen pula menunjukkan seramai 29,000 pelajar warga Afrika berdaftar secara sah di kolej-kolej swasta di seluruh negara namun jumlahnya disyaki berlipat kali ganda jika mengambil kira mereka yang tinggal melebihi masa.
Bagaimanapun masalah kebanjiran warga Afrika yang melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab terhadap kemasukan pelajar manakala Jabatan Imigresen mengeluarkan pelekat pas pelajar, dilihat gagal dikawal.