Sponsor

Memaparkan catatan dengan label azalina othman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label azalina othman. Papar semua catatan

Khamis, 10 Oktober 2013

INFO! Layak, Azalina Ke Kerusi Majlis Tertinggi? #PemilihanUMNO


Dato Sri Azalina Othman Said telah membuat satu kejutan apabila menarik diri dari merebut jawatan Ketua Wanita..Beliau yang pada awalnya mahu bertanding Ketua Wanita UMNO telah menarik diri setelah mendapat nasihat. Keputusan yang mengejutkan ini telah mendapat berbagai2 reaksi dari para penyokongnya...

Sebaik sahaja beliau mengumumkan penarikan diri itu ramai beranggapan Azalina tidak patut membuat keputusan tersebut...belum pun cakap-cakap orang berhenti tentang penarikan ini, Azalina telah mengumumkan bahawa beliau ingin bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi dalam UMNO...

Sebenarnya MT amat penting bagi memastikan dan mengukuhkan sistem pentadbiran parti secara keseluruhan dari dalam..antara peranan penting MT dalam UMNO ialah menggubal perlembagaan parti...lembaga tindakan disiplin parti UMNO...memang penting bukan...yang jatuhkan hukuman ke atas Isa Samad dan tarik balik kemenangan beliau ialah lembaga disiplin...betapa pentingnya jawatan MT sehingga boleh menggantung keahlian serta menarik semula kemenangan Tan Sri Isa samad...

Jawatan ini memerlukan seorang yang banyak pengalaman...Disebabkan hal inilah DS Azalina Othman Said difikirkan mampu dan perlu diberi sokongan untuk jawatan ini..di sini juga aku ingin kongsikan beberapa Jawatan beliau yang pernah disandang ..


Malah bagi Mc, jika mahu lakukan perubahan dalam wanita, walaupun Azalina ke MT namun ia satu langkah untuk beliau menjadi Ketua Wanita UMNO kelak.

Sebenarnya wanita UMNO perlu tenaga dan pemikir seperti Azalina, cuma belum sampai masanya beliau mengorak langkah ke arah itu. Namun UMNO sendiri perlukan pemikiran dan taktikal profesional Azalina, jangan sia-siakan kemahiran beliau dalam perancangan dan taktikal yang hebat.


McTheory:
Sorang lagi bakat muda untuk diketengahkan..

Rabu, 31 Julai 2013

PANASS! Azalina Boleh Menang Jika Bertanding Ketua Wanita?


Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid bekas Setiausaha Puteri UMNO Malaysia yakin ramai bekas pimpinan serta ahli ahli Puteri yang kini sudah berada dalam kelompok Wanita UMNO akan memberikan sokongan padu kepada bekas Ketua Puteri sewaktu mula mula ditubuhkan pada 20 Jun 2001, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menang pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan tahun ini.

Bibi yang juga merupakan bekas ADUN Paroi memaklumkan bahawa rakan rakan bekas Exco Puteri sudah pasti akan menyokong Azalina, bekas Boss mereka untuk menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Diantara mereka adalah seperti Noraini Ahmad, Mastina Abdul Hamid, Rosnah Rashid Shirlin, Azlina Mehtab, Nora Azmin Radzuan, Norasmah Nawawi dan ramai lagi yang kini sudah pun secara otomatik menjadi ahli Wanita UMNO.

"Kami yakin dengan kepimpinan Azalina. Lihatlah betapa kuatnya Puteri UMNO suatu ketika dahulu..." jelas Puan Sri Bibi yang ditemui dalam majlis Iftar FELDA di Dewan Perdana Kuala Lumpur semalam.

Apabila diajukan soalan apakah ada peluang untuk Azalina menang, maka ini jawapnya,

"Biasalah adat pertandingan, dah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Azalina got nothing to lose kalau dia tewas tapi kalau dia menang.., its bonus for her, we never know"

"Ramai juga dikalangan Ketua Wanita Bahagian pun dah bagi signal pada Azalina untuk bertanding dan mereka akan sokong untuk perubahan kepimpinan..." tambah Bibi lagi dengan penuh yakin.

Sebagai isteri kepada Pengerusi FELDA, Yb Tan Sri Isa Samad, pada majlis Iftar semalam Puan Sri Bibi dilihat memikul tugas sebagai tuan rumah meraikan tetamu yang hadir. Sumber SINI.

Mungkin kita perlu pembaharuan dari segi kepimpinan untuk wanita UMNO terus menjadi tunjang dalam parti.

Selasa, 2 Julai 2013

TUDIAA!! Rafizi Ramli 'Kempen Manager' Azalina Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO?


Benar atau sekadar gurauan, mungkin juga ianya merupakan hint sebenar Ahli Parlimen Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Semalam ketika perbahasan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, secara berseloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang), menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Tawaran Azalina disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai UMNO terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang boleh membantunya.

Persoalannya, adakah ianya benar sekadar gurauan Aza, yang merupakan bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia….

Mampukah Azalina menarik minat akak-akak dalam Wanita UMNO untuk menerimanya sebagai Ketua….. atau Azalina sekadar bergurau?

Baca seterusnya di JohorDaily

Tapi kalau betul pun apa salahnya, memang dulu beliau ada sedikit kontroversi, namun manusia boleh berubah. Mc tertarik dengan cara kerja Azalina yang memang hebat dan tersusun. Sampai sekarang tidak ada lagi Ketua Puteri UMNO yang mampu menandingi beliau.