Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ketua wanita umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketua wanita umno. Papar semua catatan

Isnin, 9 September 2013

INFO! Kenapa Azalina Bertanding Ketua Wanita? #PemilihanUMNO



Langkah Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menawar diri bertanding merebut jawatan Ketua Wanita UMNO dengan mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertujuan memastikan kira-kira 200,000 bekas ahli Puteri UMNO tidak disisihkan daripada arus politik perdana negara.

Azalina yang juga bekas Ketua Puteri UMNO berkata, berdasarkan maklum balas dalam kalangan bekas ahli Puteri yang secara automatik menjadi ahli Wanita UMNO sebaik sahaja mencapai usia 35 tahun, kewujudan mereka dalam parti keramat itu seolah-olah tidak dihiraukan malah banyak ditekan kepimpinan cawangan atau bahagian.



"Bagi saya, peranan bekas ahli Puteri UMNO dalam tampuk kepemimpinan parti tidak harus diketepikan, malah kesinambungan mereka dalam parti perlu diberi perhatian supaya tidak terlepas kepada pihak lain terutama pembangkang. Tanpa kesinambungan, saya bimbang mereka akan 'disambar'.

"Dalam hal ini, saya amat mengambil berat soal kesinambungan Puteri UMNO kepada Wanita UMNO dan kita perlu terima hakikat peranan mereka akan tamat bila mencecah usia 35 tahun. Mereka dilatih sebagai 'tentera' dalam pilihan raya umum, jadi ini boleh menguatkan parti dengan apa saja peranan," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang ditemui pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang, di Bandar Penawar, di sini semalam.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 tetamu itu, Azalina turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak selain penyerahan sebanyak 1,500 bendera kepada penduduk tempatan sebagai menghayati bulan kemerdekaan.

Dalam pada itu, Azalina menegaskan, keputusannya bertanding bukan untuk mewujudkan kacau-bilau sebaliknya satu evolusi membawa kebaikan.

Katanya, pertandingan itu tidak sepatutnya menidakkan muka baharu kerana sokongan ditentukan oleh ahli yang bijak membuat pilihan.

"Jika dulu sistem kuota menyebabkan mereka memilih orang yang salah tetapi kini sistem pemilihan lebih terbuka. Apa yang saya miliki terutama pengalaman sekurang-kurangnya dapat membantu menguruskan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.

Benar Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Sabtu, 24 Ogos 2013

PANASS!! Punca @Azalina Cabar Sharizat Merebut Jawatan Ketua Wanita UMNO #PemilihanUMNO


Dalam banyak-banyak pertandingan dalam pemilihan UMNO kali ni, Mc lebih tertarik dengan perebutan tempat Ketua Wanita UMNO Malaysia. Sememangnya Mc melihat wanita UMNO adalah nadi dalam UMNO. Keahlian wanita dalam UMNO saja dah hampir setengah dari jumlah 3 juta ahli UMNO.

Sememangnya wanita UMNO perlu pemimpin yang agak 'taktikal' dan keras untuk terus membawa wanita UMNO kesatu tahap yang lain.

Apabila Mc mendengar temubual bersama Dato Seri Azalina Othman di Bernama selama tempoh sejam dalam rancangan Hello Malaysia, yang bertajuk Bahang Wanita UMNO, ternyata aura Puteri dan semangatnya sebagaimana beliau lakukan dalam Puteri masih panas.

Bila Dato Azalina umumkan beliau akan bertanding untuk merebut jawatan Ketua Wanita UMNO, Mc rasa beliau mampu lakukan. Walaupun ada desas-desus yang memperlekehkan watak beliau.

Beliau telah jelaskan tujuannya melawan Kak Jat bukan mahu memporak perandakan Wanita UMNO tapi mahu mentransformasikan Wanita UMNO ke arah lebih bagus. 

Sampai bila kita nak orang pandang wanita UMNO ni golongan makcik-makcik yang lemah. Dengan perubahan pemimpin yang 'laju' macam Azalina, mungkin golongan 'makcik' ni boleh menjadi 'super makcik' dan membantu kempen UMNO dalam PRU yang akan datang.

Kita hanya ada 4 atau 5 tahun lagi untuk merubah apa yang ada sekarang. Tidak mustahil 'tangan ajaib' yang mencorakkan puteri UMNO dulu, dapat di ulang semula di dalam wanita dari sudut yang berbeza.

Itulah harapan orang muda dalam UMNO..mahukan UMNO lebih segar dengan suntikan semangat baharu!!


McTheory:
Tak salah mencuba sesuatu yang baru, untuk perubahan yang lebih bagus..

Isnin, 19 Ogos 2013

INFO! Wanita UMNO Perlukan 'Iron Lady' baru? #PemilihanUMNO


Mc tertarik dengan tulisan sahabat blogger K7L yang mana cuba membuka kesedaran pemimpin sehingga akar umbi UMNO yang mana betapa pentingnya Wanita UMNO memerlukan pembaharuan agar lebih menyengat sebagaimana yang dilakukan di era Iron Lady.

Di bawah ini Mc ingin kongsikan tulisan sahabat K7L:

Kak Ijat antara orang yang menang ketika zaman Pak Lah. Dia tiba-tiba muncul dan menang menumbangkan Iron Lady, Tan Sri Rafidah Aziz yang ketika itu sedang perform, baik sebagai Menteri mahupun pemimpin Wanita UMNO.

Namun dikatakan kegagalan TS Rafidah mempertahankan jawatan adalah berdasarkan dua faktor :

1. Kak Ijat orang Pak Lah, TS Rafidah orang Tun M
2. TS Rafidah dilihat sebagai orang sombong

Namun selepas Kak Ijat memegang Wanita UMNO, dilihat pergerakan itu lebih slow sementelahan apabila Kak Ijat tewas kepada Nurul Izzah pada PRU12. Kemudian dia masih dilantik sebagai Menteri dan Senator.

Timbul kes pula pasal NFC dan bermacam lagi serangan yang Kak Ijat sendiri tak boleh jawab. Kesannya pada siapa? Sudah tentu pada Wanita UMNO itu sendiri, Kini rakyat melihat Wanita UMNO sebagai satu jentera yang lemah dan penuh kontroversi.

Mantan Naib Ketua Wanita UMNO yang dipecat sebab bertanding bebas pun satu hal juga. Sebab tak jadi calon parlimen terus bertanding bebas. Ini pun satu masalah juga kepada Wanita UMNO.

Keris tak ada undi pada Wanita UMNO tapi UMNO tetap UMNO. Keris nak tanya apakah dengan pemimpin Wanita sedia ada mampu bawa perubahan pada #PRU14 kelak?

McTheory:
Wanita perlu perubahan..sampai bila?

Selasa, 2 Julai 2013

TUDIAA!! Rafizi Ramli 'Kempen Manager' Azalina Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO?


Benar atau sekadar gurauan, mungkin juga ianya merupakan hint sebenar Ahli Parlimen Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Semalam ketika perbahasan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, secara berseloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang), menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Tawaran Azalina disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai UMNO terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang boleh membantunya.

Persoalannya, adakah ianya benar sekadar gurauan Aza, yang merupakan bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia….

Mampukah Azalina menarik minat akak-akak dalam Wanita UMNO untuk menerimanya sebagai Ketua….. atau Azalina sekadar bergurau?

Baca seterusnya di JohorDaily

Tapi kalau betul pun apa salahnya, memang dulu beliau ada sedikit kontroversi, namun manusia boleh berubah. Mc tertarik dengan cara kerja Azalina yang memang hebat dan tersusun. Sampai sekarang tidak ada lagi Ketua Puteri UMNO yang mampu menandingi beliau.

Sabtu, 29 Jun 2013

PANASS!! Azalina Othman Sesuai Ganti Shahrizat Jadi Ketua Wanita!


Siapa ingat dengan Datuk Seri Azalina Othman, Pengasas Puteri UMNO yang suatu ketika dulu amat digeruni oleh lawan. Kalau ada PRK atau PRU, Puteri UMNOlah yang turun mendampingi belia dan beliawanis bagi memahami perjuangan UMNO/BN.

Itu dulu, Puteri UMNO sekarang ni Mc malas nak komenlah.. ada ok, takdak pun ok.. he he.. jangan marah haaa. Ikhlas dari hati!

Cuma bila Azalina nak lawan jadi Ketua Wanita ni, Mc ingat satu langkah yang bagus. Beliau rasanya layak untuk memegang jawatan tersebut, berbanding Sharizat. Sebab Shahrizat banyak sangat kes peribadi.. terlalu banyak!

Persaingan utama dalam Umno akan menyaksikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Seri Azalina Othman Said yang bersedia untuk berjuang dalam menerajui kepimpinan Wanita Umno.

Shahrizat mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas perjuangan pahit dihadapi Tan Sri Rafidah Aziz.

Ahli Parlimen Pengerang dan bekas Ketua Puteri Umno Azalina, ketika dihubungi, berkata: "Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan."

Shahrizat, dengan kerjaya politik telah terjejas oleh skandal Pusat Fidlot Kebangsaan atau NFC tahun lepas, berkata keputusan beliau berdasarkan galakan dan sokongan daripada sayap wanita.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak mengambil apa-apa untuk diberikan tetapi yakin ahli-ahli Wanita Umno akan berdiri bersama beliau.

"Mereka berada di sana untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah kawan-kawan saya dan rakan-rakan adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau.

Persaingan antara kedua-dua wanita itu mungkin akan mengambil perhatian dalam pemilihan parti berikutan ia melibatkan dua personaliti besar mereka dan berkepentingan.

Shahrizat berada dalam Kabinet selama 11 tahun dan merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum didesak untuk meletak jawatan pada Mac tahun lepas.

Suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan di mahkamah kerana isu NFC tetapi Shahrizat menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara itu.

Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum dan walaupun masalah melanda beliau, sayap wanita itu terus berdiri di bawah pimpinan beliau seperti yang dibuktikan semasa perhimpunan secara besar-besaran di peringkat akar umbi Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika kemuncak skandal itu.

Ditanya sama ada beliau mempunyai pesaing yang akan bertanding dalam jawatan itu, beliau berkata, beliau akan berbincang dengan penyokong beliau.

Beliau juga berkata, beliau belum lagi bertemu dengan Pengerusi Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Azalina, seorang bekas menteri dan anggota Parlimen wanita menawarkan dirinya sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno.

Beliau berkata, generasi baru wanita Melayu telah muncul dalam Umno dan mereka boleh membantu membuatkan sayap wanita itu lebih menarik dan relevan dengan landskap politik baru.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil:

Tarikh lahir: 15 Ogos 1953

Pada masa ini merupakan Ketua Wanita Umno, dan merupakan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai dari 1995 sehingga 2008. Senator dari 2008 sehingga 2012.

Pernah terbabit dalam kontroversi yang melanda ahli keluarganya yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Isteri kepada Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan memperoleh tiga anak.

Datuk Seri Azalina Othman Said:

Tarikh lahir: 31 Disember 1963

Merupakan Ketua Puteri Umno dari 2002 sehingga 2004.

Pernah dikaitkan dengan kontroversi dalam cadangan projek Brickendonbury ketika beliau ketika itu merupakan Menteri Belia dan Sukan, dan mengenai perbelanjaan Pempena ketika beliau menjadi Menteri Pelancongan.

Ahli Parlimen Pengerang dari 2004.

Merupakan pemegang tali pinggang hitam taekwondo. -mStar