Sponsor

Memaparkan catatan dengan label beeantblues. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beeantblues. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mei 2012

PANASS!! Putrajaya Di Tawan Oleh Belia!! #HBN2012 #BeeAntBlues

Masih ada bunyi-bunyi cengkerik yang mempertikaikan jumlah belia yang datang ke Putrajaya. Kat sini Mc ada beberapa keping gambar yang menunjukkan bukti Putrajaya ditawan oleh belia selama 5 hari berturut-turut.






Lihatlahh.. penuh sesak!! Nak bergerak pun susah, setiap acara yang dianjurkan mendapat sambutan. Ada pentas lagi melayu, lagu asli, pancaragam, rock, slow rock namun acara paling hebat dan mendapat sambutan ialah acara yang dituntut oleh kaum cina, iaitu pentas K-Pop, artis K-Pop dari Korea dijemput khas untuk buat persembahan. 

Jutaan belia telah berkumpul, jutaan belia telah memberi sokongan terhadap program kerajaan. Himpunan Jutaan Belia ini, berlangsung dengan aman. Kawasan yang tidak dibenarkan masuk, mereka tak merempuh masuk. Tak pula nampak pula sebarang provokasi dilakukan terhadap polis. Polis pula kelihatan tenang melakukan tugas mereka.

Belia yang datang amat berdisiplin tinggi, mematuhi undang-undang negara. Tak pula ada kes-kes kena pukul atau dipukul. Sesungguhnya belia Malaysia sudah dididik dengan disiplin dan cintakan negara, yang jahat-jahat tu, berapa kerat saja..

Walaupun himpunan ni berjuta, tapi tak lah kacau bilau macam himpunan bersih yang 22 ribu orang tu.. orang hanya datang 22 ribu, tapi Anwar canang kata 300 ribu orang datang.. kah kah kah.. lawak-lawak!


McTheory:
Inilah bukti belia Malaysia sudah makin tertamadun tinggi!

Ahad, 27 Mei 2012

FULLAMAKK!! Video Kj dan Razali Bikin Awie Susah Hati!! @KhairyKJ @RazaliIbrahim #BeeAntBlues #HBN2012


Tudiaa.. bila Ketua Pemuda bersama timbalan ketua pemuda layan lagi terima kasih dari Awie.. habis la Awie lepas ni, kena cari job lain. he he..

Sabtu, 26 Mei 2012

PANASS!! Penganas Menceroboh dan Menculik orang awam di Putrajaya!! #HBN2012 #BeeAntBlues


Bermula dengan merampas bas kilang, para penganas mula membuat kacau dan menculik orang awam yang berada disekitar untuk dijadikan tahanan.

Kejadian bertambah panas bila ada BOM MENGEBOM berlaku. Namun setelah diserbu oleh pihak komando Tentera Darat. Tahanan berjaya diselamatkan dan penganas ada yang terkorban dan ditahan.

Itulah sesi demontrasi menyelamat dari komando Malaysia. Memang terbaikk!!

TUDIAA!! @HishammuddinH20 @KhairyKJ @RazaliIbrahim Berlawan Hembus di #HBN2012 #BeeAntBlues @tunfaisal

Hembus-hembus..
tak cukup tambah lagi..
Dari kiri Tun Faisal, Kj, Ds Hisham dan D' Razali




Pagi tadi Menteri KDN Ds Hishammuddin Tun Hussien bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin turut serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato Razali Ibrahim melawat tapak Bee Ant Blues.

Pada yang belum datang melawat ke tapak ini, Mc minta datanglah kesini untuk memberi sokongan kepada 'Port' BN Bluess.. suara rasmi BN untuk orang muda. Di sini ada pelbagai program yang menarik, diantaranya konsert oleh BN Youth Music, Paint Ball, gerai makan, gerai jualan cenderahati dan pelbagai lagi barangan.

Untuk keterangan lanjut sila ke Bee Ant Blues Blog


McTheory:
Kalau menteri pun sudi datang, takkanlah korang semua tak sudi yee...

PANASS!! Lufya AF Bengang Dengan Siapa?? #BeeAntBlues #HBN2012


Lufya artis yang sering menjadi mangsa 'berbaur seks' apabila dianggap dia Zarina Ann Julie. Artis melayu yang paling banyak kontroversi. Kini Lufya sudah bertudung, katanya, dia mendapat hidayah dan akan terus dengan imej bertudung sampai bila-bila


Mc pun sokong Lufya, bagus la imej terbarunya.. mungkin lepas ni peminat boleh membezakan, yang mana satu Lufya yang mana satu Zarina yang seksi nu..


McTheory:
Bee Ant Blues terbaikk..

Jumaat, 25 Mei 2012

PANASS!! @RazaliIbrahim, @TunFaisal dan Imam Muda Terbang di Himpunan Sejuta Belia #BeeAntBlues #HBN2012

Pehh..balon gas..

Sebelum naik posing dulu bro..

alamak Dato.. cover takut tengok BB ke? haha..

Muka senyum tapi takut tuu..

Akhirnya terbang juaa..

Fullamak.. semalam Mc tengok Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tun Faisal Exco Pemuda UMNO dan Iman Muda mencuba 'hot air ballon'. Macam best saja pun, Mc diberitahu hot air ballon ni dibuka kepada sesiapa saja yang hendak mencubanya. Kena bayar atau tidak itu Mc tak pasti, tapi rasanya kena laa..

Pada yang nak rasa naik hot air ballon ni boleh datang Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya dan cari Bee Ant Blues port yang khemahnya warna biru berdepan dengan bangunan Majlis Peguam.

Jangan lepaskan peluang.. marilah beramai-ramai!!



McTheory:
Mc pun ada sini.. meh laa..

GEMPAR!! Kejadian Tembak Menembak Berlaku di Putrajaya?? #HBN2012 #BeeAntBlues


Pada peminat PaintBall boleh kunjungi 'PORT' Bee Ant Blues untuk menembak kawan anda sendiri! Mc dah cubaa.. bestt gilaa.. jangan lepaskan peluang. Ajak kawan ramai-ramai baru layan sehh..

PANASS!! Radhi OAG Cabar Belia Malaysia?? #BeeAntBlues #HBN2012


Steady la bro Radhi.. pada sesiapa peminat kumpulan OAG, sila serbu pentas di PORT KDN pada pukul 11 malam ni. Memang layan sehh.. mari layan angguk!!

Selasa, 22 Mei 2012

PANASS!! Apa maksud sebenar #BeeAntBlues ? Lebah dan Semut?






Jika pembaca diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.

Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.

Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.


Apakah pilihan pembaca semua?

Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.

Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada Keris, Keris akan menilai sebagaimana berikut:


Semut

Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. 

Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

Labah-labah

Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.


Lebah

Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur’an disebut, marhumnya, “Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16: 68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat. Ini dibuktikan dalam salah satu rancangan yang memaparkan kisah-kisah pelik tetapi benar terbitan Amerika Syarikat.

Keris pilih lebah. Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat indung lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya.

Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas.

Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.

“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah. Namun begitu semut juga rajin dan saling bereganding bahu. Maka Pemuda UMNO Malaysia juga memilih Lebah dan Semut






BEE ANT BLUES adalah satu inisiatif PEMUDA BN untuk mencipta jenama mereka sendiri dalam bidang pengurusan acara (event management). Ini untuk membuka peluang kepada anak muda yang berbakat, inovatif dan berwawasan merebut peluang untuk sama-sama menjayakannya.

KARNIVAL BEE ANT BLUES akan berlangsung untuk pertama kalinya pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23-27 Mei ini. Pelbagai acara menarik telah dirancang pada karnival tersebut, melibatkan aktiviti kesenian, hiburan, motivasi dan kerohanian.

Segmen yang dinamakan BEE ANT BLUES PORT merupakan tempat berhimpun, lepak dan santai anak-anak muda yang rajin bekerja, mempunyai semangat berpasukan dengan gerak-kerja tersusun, penuh semangat patriotisme dan taat kepada pemimpin.

Pemilihan BEE (lebah) & ANT (semut) merupakan perlambangan bagi sifat rajin, kerja berpasukan yang tersusun dan patuh kepada arahan ketua.



McTheory:
Sumber dari Keris7Lok si mamak skema.. he he..